Bakal Archives - 扎根家园•深耕民主 https://wongtack.com/archives/tag/bakal 黄德部落格 Wong Tack Blog Tue, 08 May 2018 11:45:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://wongtack.com/wp-content/uploads/2018/02/cropped-wong-tack-mugshot-32x32.jpeg Bakal Archives - 扎根家园•深耕民主 https://wongtack.com/archives/tag/bakal 32 32 SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketuju… https://wongtack.com/archives/4938 Tue, 08 May 2018 11:45:18 +0000 https://wongtack.com/archives/4938 SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, di ambang hari mengundi PRU14, dari Dewan Ho Peng, Kuah, Langkawi. #KitaMestiMenang #PRU14 Kongsikan siaran langsung ini di laman-laman sosial anda. https://www.facebook.com/wongtack/videos/10155585707698652/ Source

The post SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketuju… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>


SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, di ambang hari mengundi PRU14, dari Dewan Ho Peng, Kuah, Langkawi.

#KitaMestiMenang #PRU14
Kongsikan siaran langsung ini di laman-laman sosial anda.



https://www.facebook.com/wongtack/videos/10155585707698652/

Source

The post SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketuju… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketuju… https://wongtack.com/archives/4931 Tue, 08 May 2018 11:27:10 +0000 https://wongtack.com/archives/4931 SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, di ambang hari mengundi PRU14, dari Dewan Ho Peng, Kuah, Langkawi. #KitaMestiMenang #PRU14 Kongsikan siaran langsung ini di laman-laman sosial anda. https://www.facebook.com/wongtack/videos/10155585657843652/ Source

The post SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketuju… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>


SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, di ambang hari mengundi PRU14, dari Dewan Ho Peng, Kuah, Langkawi.

#KitaMestiMenang #PRU14

Kongsikan siaran langsung ini di laman-laman sosial anda.



https://www.facebook.com/wongtack/videos/10155585657843652/

Source

The post SIARAN LANGSUNG amanat bakal Perdana Menteri Malaysia Ketuju… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di B… https://wongtack.com/archives/4273 Sun, 15 Apr 2018 08:22:02 +0000 https://wongtack.com/archives/4273 Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di Bentong pada 15.04.2018 Demokrasi Negara Semakin Terbelakang Di Bawah BN Wong Tack Desak Liow Tiong Lai Kecam Ahmad Zahid Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru rakyat yang bekerja di Singapura agar tidak balik mengundi sekiranya …

The post Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di B… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di Bentong pada 15.04.2018

Demokrasi Negara Semakin Terbelakang Di Bawah BN
Wong Tack Desak Liow Tiong Lai Kecam Ahmad Zahid

Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru rakyat yang bekerja di Singapura agar tidak balik mengundi sekiranya tidak mendapat kebenaran majikan.

Dalam kenyataan medianya, Wong Tack menyatakan bahawa kata-kata Ahmad Zahid ini sebenarnya adalah membelakangi prinsip demokrasi lantaran setiap rakyat haruslah menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi. Sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid patutnya menyeru semua rakyat untuk melibatkan diri dalam PRU kali ini demi menentukan hala tuju negara dan bukannya menanamkan kesedaran sebegini yang tidak demokratik dan salah dan menyebabkan demokrasi negara terbelakang lagi.

Wong Tack berujar bahawa kenyataan Ahmad Zahid sebenarnya adalah bertujuan untuk mengetepikan tanggungjawab yang seharusnya dipikul rakyat lantaran kadar keluar mengundi yang rendah akan memudahkan BN untuk terus bersubahat dengan SPR demi memenangi PRU kali ini.

Wong Tack menegaskan bahawa niat hati BN sudah ternyata jelas. Kini BN amat gentar terhadap kadar keluar mengundi yang tinggi kerana kadar mengundi yang melebihi 85% sudah tentunya akan menjanakan perubahan kerajaan. Sebenarnya beberapa kenyataan pemimpin UMNO yang tidak munasabah dan tidak logik langsung telah menunjukkan bahawa UMNO jelas bahawa pemerintahan mereka akan ditamatkan dalam masa sebulan ini dan pemimpin yang rakus rasuah akan dihantar ke penjara Sungai Buloh tidak lama lagi.

Selepas pengumuman tarikh PRU, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah menggerakkan kempen balik undi secara besar-besaran dan kehangatan ini tidak pernahnya wujud sebelum ni. Kempen balik undi yang digerakkan melalui media sosial mengilustrasikan bahawa rakyat jelata adalah mementingkan PRU kali ini dan kesemua inilah yang paling ditakuti oleh rejim UMNO BN. Malah SPR sengaja meletakkan hari Rabu sebagai hari mengundi untuk mengelakkan orang ramai untuk balik mengundi.

Sebelum bermulanya kempen PRU, sekali lagi pemimpin tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan sebegini yang memalukan dan tidak menghormati demokrasi. Oleh itu, Wong Tack mendesak Liow Tiong Lai untuk menyatakan pendirian sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Ahmad Zahid yang menyeru rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara agar tidak balik mengundi dan sekiranya tidak bersetuju, adakah Liow Tiong Lai berani mengecam kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara ini dan menyeru pengundi di Bagan Datuk untuk menolak calon sedemikian yang membelakangi prinsip demokrasi.

Wong Tack turut menyeru semua rakyat untuk melibatkan diri dalam PRU kali ini. Sekiranya BN terus menggunakan tipu muslihat seperti persempadanan semula yang tidak adil untuk menjejaskan keputusan PRU, maka rakyat wajib bangkit lawan tetap lawan dan tidak tunduk kepadanya. Kadar keluar mengundi yang tinggi sudah tentu akan menjamin pembentukan sistem dua parti dan pastinya Pakatan Harapan dapat mara ke Putrajaya demi membina HARAPAN untuk anak cucu kita.

Kami tinggalkan kampung demi mencari rezeki dan balik rumah demi selamatkan negara. Semua rakyat sekali lagi diseru untuk mengundi Pakatan Harapan dalam PRU kali ini lantaran setiap undi anda adalah berupaya untuk mengubah hala tuju negara kita untuk membuka lembaran baru demi Malaysia.


Source

The post Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di B… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>