ini Archives - 扎根家园•深耕民主 https://wongtack.com/archives/tag/ini 黄德部落格 Wong Tack Blog Mon, 27 Apr 2020 14:57:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://wongtack.com/wp-content/uploads/2018/02/cropped-wong-tack-mugshot-32x32.jpeg ini Archives - 扎根家园•深耕民主 https://wongtack.com/archives/tag/ini 32 32 Agihan sayuran diteruskan pada hari ini…. https://wongtack.com/archives/5880 Mon, 27 Apr 2020 14:57:55 +0000 https://wongtack.com/archives/5880 Agihan sayuran diteruskan pada hari ini. 4 ribu kilogram sayuran telah dihantar kepada lebih seribu keluarga di kawasan Pelangai. Proses mengasing, membungkus dan mengagihkan lebih seribu beg sayuran bukanlah tugas mudah. Apatah lagi memerlukan kerja keras dan berkorban keringat pada cuaca yang panas ketika ini. Apa yang paling menyentuh hati saya adalah apabila melihat mereka …

The post Agihan sayuran diteruskan pada hari ini…. appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Agihan sayuran diteruskan pada hari ini. 4 ribu kilogram sayuran telah dihantar kepada lebih seribu keluarga di kawasan Pelangai.

Proses mengasing, membungkus dan mengagihkan lebih seribu beg sayuran bukanlah tugas mudah. Apatah lagi memerlukan kerja keras dan berkorban keringat pada cuaca yang panas ketika ini.

Apa yang paling menyentuh hati saya adalah apabila melihat mereka yang sebelum ini menerima sumbangan sayuran dua hari lalu kini pula berganding bahu menghulurkan bantuan membungkus dan mengagihkan sayuran berkenaan kepada keluarga di kawasan Pelangai. Rakan kami yang beragama Islam juga tidak terkecuali untuk bersama-sama menolong walaupun pada bulan puasa.

Terima kasih kepada semua Ketua Kampung di kawasan Pelangai atas kerjasama yang diberikan, tidak lupa juga sukarelawan dari Manchis yang tidak kenal erti penat lelah dalam menjalankan tugas hari ini. Ini menunjukkan semangat #KitaJagaKita!

Pada tengahari, kami berjaya menyelesaikan agihan di semua kawasan kecuali dua tempat – FELDA Chemomou dan FELDA Sungai Kemahal. Diharapkan lebih banyak penyumbang dapat menyalurkan sumbangan agar kami dapat membuat agihan sehingga ke sempadan Negeri Sembilan.

Untuk yang ingin menyumbang :
【PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG】
PUBLIC BANK 3215046400

Sila hubungi 012-9621813/ 012-9721813 untuk sebarang pertanyaan.
———
Another batch of vegetables were distributed today. 4000 kgs were sent out to more than 1000 families in Pelangai.

Sorting, packing and distributing more than 1000 bags of vegetables were no small matter. It involved a lot of hardwork and sweat especially under such an extremely hot weather.

What touched me most was seeing those who have received our vegetables packages two days ago coming out today to help with the packing and distribution for families in Pelangai. Our Muslim friends have also came forward, though it’s puasa month.

Thank you to all the Ketua Kampung from Pelangai for their cooperation and all the volunteers from Manchis who have worked tirelessly today. This is truly the spirit of #KitaJagaKita!

By afternoon, we’ve covered all the areas except two – Felda Chemomoi and Felda Sungai Kemahal. Hopefully more funds will come in this week and we will push all the way til the Negeri Sembilan boundary.

To donate, please bank-in to :
[PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG]
Public Bank 3215046400

Enquiries : 012-9621813/ 012-9721813

#ParlimenBentong





Source

The post Agihan sayuran diteruskan pada hari ini…. appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan ra… https://wongtack.com/archives/5836 Wed, 15 Apr 2020 12:37:30 +0000 https://wongtack.com/archives/5836 Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan rakyat diberi keutamaan. Saya dimaklumkan oleh Pegawai Daerah Bentong, Dato' Mohd Zulkifli Hashim bahawa peruntukan seribu pek bakul makanan bagi Parlimen Bentong telah tiba. Beliau telah meminta saya menyenaraikan nama penerima yang berada dalam kesusahan. Berkesempatan singgah di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bentong semalam. Sememangnya …

The post Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan ra… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan rakyat diberi keutamaan.

Saya dimaklumkan oleh Pegawai Daerah Bentong, Dato' Mohd Zulkifli Hashim bahawa peruntukan seribu pek bakul makanan bagi Parlimen Bentong telah tiba. Beliau telah meminta saya menyenaraikan nama penerima yang berada dalam kesusahan.

Berkesempatan singgah di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bentong semalam. Sememangnya petugas JKM sedang menghadapi cabaran besar kerana kekurangan tenaga kerja dalam waktu kritikal seperti sekarang. Namun mereka masih bertungkus-lumus memastikan agihan bekalan makanan dapat dijalankan dengan lancar. Syabas diucapkan atas usaha mereka.

Saya berharap pek bekalan makanan dapat diserahkan kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin.

Pihak pejabat saya juga sedia membantu semampu mungkin jika diperlukan.

"We do what we can."

#KitaJagaKita
#Bentong


Source

The post Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan ra… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Ini perjuangan kita…. https://wongtack.com/archives/5554 Wed, 23 Jan 2019 15:14:09 +0000 https://wongtack.com/archives/5554 Ini perjuangan kita. Tabah dan cekalkan hati. Terus ambil langkah ke depan dan HARAPAN kita pasti akan tercapai. #UndiHARAPAN #PRKCameronHighlands [vid_url] Source

The post Ini perjuangan kita…. appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Ini perjuangan kita.
Tabah dan cekalkan hati.
Terus ambil langkah ke depan dan HARAPAN kita pasti akan tercapai.

#UndiHARAPAN
#PRKCameronHighlands



[vid_url]

Source

The post Ini perjuangan kita…. appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Hijau Kuning di Parlimen hari ini. https://wongtack.com/archives/5253 Tue, 17 Jul 2018 13:43:42 +0000 https://wongtack.com/archives/5253 Hijau Kuning di Parlimen hari ini. Source

The post Hijau Kuning di Parlimen hari ini. appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

Hijau Kuning di Parlimen hari ini.


Source

The post Hijau Kuning di Parlimen hari ini. appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
[Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab ki… https://wongtack.com/archives/4912 Tue, 08 May 2018 06:41:23 +0000 https://wongtack.com/archives/4912 [Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai pengundi yang bijaksana, dengan memilih Pakatan Harapan. Bagi penduduk Bentong yang berada di kota mahupun di luar negara, #balikundi kerana undi anda amat bernilai. Langkah ke Putrajaya bermula dengan undi anda. 9 Mei ini, undi Wong Tack sebagai Ahli Parlimen Bentong dan …

The post [Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab ki… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

[Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai pengundi yang bijaksana, dengan memilih Pakatan Harapan.

Bagi penduduk Bentong yang berada di kota mahupun di luar negara, #balikundi kerana undi anda amat bernilai. Langkah ke Putrajaya bermula dengan undi anda.

9 Mei ini, undi Wong Tack sebagai Ahli Parlimen Bentong dan #teambinaharapan sebagai ADUN anda bagi Bilut (Lee Chin Chen) , Ketari (Young Syefura), Sabai (Kamache Doray Rajoo) dan Pelangai (Norhaizan Binti Abu Hassan) dengan memilih #keadilan!

#undikeadilan
#pakatanharapan
#teambinaharapan
#wongtack4bentong


Source

The post [Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab ki… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
“PRU kali ini adalah pilihan antara yang MENCURI dan yang T… https://wongtack.com/archives/4880 Mon, 07 May 2018 08:04:51 +0000 https://wongtack.com/archives/4880 “PRU kali ini adalah pilihan antara yang MENCURI dan yang TANGKAP PENCURI. Jadi, buka MATA besar-besar dan PANGKAH sahaja.” – Wong Tack, calon Pakatan Harapan Parlimen Bentong #undiwongtack #wongtack4bentong Source

The post “PRU kali ini adalah pilihan antara yang MENCURI dan yang T… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

“PRU kali ini adalah pilihan antara yang MENCURI dan yang TANGKAP PENCURI.
Jadi, buka MATA besar-besar dan PANGKAH sahaja.”

– Wong Tack, calon Pakatan Harapan Parlimen Bentong

#undiwongtack
#wongtack4bentong


Source

The post “PRU kali ini adalah pilihan antara yang MENCURI dan yang T… appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
“Nasib anak cucu dan negara ini di tangan anda. Adakah anda … https://wongtack.com/archives/4866 Mon, 07 May 2018 03:55:32 +0000 https://wongtack.com/archives/4866 “Nasib anak cucu dan negara ini di tangan anda. Adakah anda semua sudah bersedia!!!” – Wong Tack. #wongtack4bentong #PakatanHarapan Source

The post “Nasib anak cucu dan negara ini di tangan anda. Adakah anda … appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

“Nasib anak cucu dan negara ini di tangan anda. Adakah anda semua sudah bersedia!!!” – Wong Tack.

#wongtack4bentong
#PakatanHarapan


Source

The post “Nasib anak cucu dan negara ini di tangan anda. Adakah anda … appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Baru terima mesej ini di inbox saya. … https://wongtack.com/archives/4824 Sun, 06 May 2018 09:52:40 +0000 https://wongtack.com/archives/4824 Baru terima mesej ini di inbox saya. Syabas! Gelombang kebangkitan rakyat sudah bermula. Bersama-sama kita Membina Harapan baru. #balikUndi #KitaMestiMenang #wongtack4bentong Source

The post Baru terima mesej ini di inbox saya. … appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

Baru terima mesej ini di inbox saya.

Syabas! Gelombang kebangkitan rakyat sudah bermula.

Bersama-sama kita Membina Harapan baru.

#balikUndi
#KitaMestiMenang
#wongtack4bentong


Source

The post Baru terima mesej ini di inbox saya. … appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
‘Ini orang ‘tarak’ guna lagi’ – Rara https://wongtack.com/archives/4676 Thu, 03 May 2018 06:58:52 +0000 https://wongtack.com/archives/4676 Rara : “Sekarang kita ada Menteri Besar dalam Bentong. Kita ada Menteri Pengangkutan dalam Bentong. Ini orang ‘tarak’ guna lagi. Ini orang kita kasi simpan diam-diam. Boleh tak?” #Undiwongtack #undirara #kitamestimenang ‘Ini orang ‘tarak’ guna lagi’ – Rara ‘Ini orang ‘tarak’ guna lagi’ – Rara Source

The post ‘Ini orang ‘tarak’ guna lagi’ – Rara appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

Rara : “Sekarang kita ada Menteri Besar dalam Bentong. Kita ada Menteri Pengangkutan dalam Bentong. Ini orang ‘tarak’ guna lagi. Ini orang kita kasi simpan diam-diam. Boleh tak?”

#Undiwongtack
#undirara
#kitamestimenang

‘Ini orang ‘tarak’ guna lagi’ – Rara

‘Ini orang ‘tarak’ guna lagi’ – Rara

Source

The post ‘Ini orang ‘tarak’ guna lagi’ – Rara appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>
Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu https://wongtack.com/archives/4674 Thu, 03 May 2018 04:58:38 +0000 https://wongtack.com/archives/4674 PRU ini PANGKAH MATA, sebab DACING TIPU!!! [Admin] Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu ‘Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu’ PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini. Menyertai ceramah HARAPAN di pejabat Parti …

The post Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

PRU ini PANGKAH MATA, sebab DACING TIPU!!! [Admin]

Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu

‘Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu’

PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini.

Menyertai ceramah HARAPAN di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pendang Daim mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan mengundi BN.

Sebaliknya kata Daim, mereka mesti mengundi ‘mata’ – merujuk kepada simbol PKR yang disepakati oleh HARAPAN menjadi logo bersama mereka sempena PRU kali ini.

“Pangkah mata, jangan pangkah dacing (BN) sebab dacing tu tipu. Kemudian pada 10 hari bulan nanti, kita akan ada sebuah kerajaan baru,” katanya di depan hampir 100 orang yang berada di program berkenaan.

Pendang ialah sebuah kerusi yang dianggap berpotensi untuk dimenangi HARAPAN walaupun sejarah menunjukkan pemenang di kerusi parlimen itu bertukar-tukar di antara BN dan PAS.

Suatu ketika ia pernah diduduki Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebelum beliau meninggal dunia.

Pada PRU ke-13 Pendang dikuasai BN melalui Datuk Othman Abdul. Pada 9 Mei ini Othman berdepan cabaran tiga calon lain iaitu Wan Saiful Wan Jan (HARAPAN), Awang Hashim (PAS) dan Abdul Malik Manaf (bebas).

Di peringkat DUN pula, HARAPAN diwakili Mohd Firdaus Jaafar (Tokai) serta Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).

Untuk rekod Daim ialah antara tokoh yang rapat dengan Dr Mahathir dan menduduki jawatan menteri kewangan hasil lantikan pengerusi HARAPAN itu.

Kedua-dua mereka juga berasal dari Kedah.

Sekarang barang naik

Kata Daim ekonomi negara di bawah Dr Mahathir juga berkembang dengan baik berbanding apa yang berlaku semasa zaman Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga secara bersahaja memberikan ‘makna baru’ buat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijanjikan HARAPAN bakal hapus jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

“GST ni sebenarnya (singkatan) government sudah tipu.

“Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) pernah kata harga barang akan turun kalau GST dilaksanakan. Ada turun (harga) tak?

“Tunjuk satu barang yang turun. Yang turun ialah harga getah, yang turun pendapatan rakyat,” katanya.

Justeru kata Daim, 80, pada PRU lapan hari lagi pengundi tidak boleh membuat kesilapan kerana ia akan membawa masalah kepada generasi akan datang.
Beliau juga banyak berjenaka dan orang ramai jelas terhibur dengan apa yang disampaikannya.

Antaranya Daim mengaitkan pilihan raya ini dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Sekarang orang kata BN ni ialah barang naik.

“Sekarang ni orang kata kalau undi BN, maksudnya undi siapa? Undi bini Najib,” katanya.

Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

Source

The post Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>