Kebebasan Archives - 扎根家园•深耕民主 https://wongtack.com/archives/tag/kebebasan 黄德部落格 Wong Tack Blog Fri, 06 Apr 2018 11:21:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://wongtack.com/wp-content/uploads/2018/02/cropped-wong-tack-mugshot-32x32.jpeg Kebebasan Archives - 扎根家园•深耕民主 https://wongtack.com/archives/tag/kebebasan 32 32 RUU AntiBerita Tidak Benar Mencabuli Kebebasan … https://wongtack.com/archives/4117 Fri, 06 Apr 2018 11:21:56 +0000 https://wongtack.com/archives/4117 RUU AntiBerita Tidak Benar Mencabuli Kebebasan Wong Tack Seru Undi Pakatan Bina Harapan BN Tetap Zalim, Rakyat Wajib Ubah Kerajaan BN telah meluluskan usul persempadan semula dalam parlimen pada minggu lepas secara bengis tanpa menghiraukan suara bantahan tempatan mahupun antarabangsa demi mencuri keputusan pilihan raya yang akan datang. Sekali lagi ahli parlimen BN telah meluluskan …

The post RUU AntiBerita Tidak Benar Mencabuli Kebebasan … appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>

RUU AntiBerita Tidak Benar Mencabuli Kebebasan
Wong Tack Seru Undi Pakatan Bina Harapan

BN Tetap Zalim, Rakyat Wajib Ubah

Kerajaan BN telah meluluskan usul persempadan semula dalam parlimen pada minggu lepas secara bengis tanpa menghiraukan suara bantahan tempatan mahupun antarabangsa demi mencuri keputusan pilihan raya yang akan datang. Sekali lagi ahli parlimen BN telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) AntiBerita Tidak Benar 2018 yang telah dikecam oleh pelbagai pihak pada hari semalam demi menjamin rejim Najib boleh terus bermaharajalela.

Wong Tack yang turut merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Bentong berkata definisi berita tidak benar (palsu) dalam RUU tersebut adalah kabur dan tidak diterangkan secara jelas. Hal ini telah membolehkan kerajaan berhak untuk mentafsirkan kesahihan sesuatu berita. RUU sedemikian bukan sahaja menyekat pihak media dan penerbit, malah sesiapa yang menyebarkan berita yang telah ditafsirkan kerajaan sebagai berita palsu akan didenda sebanyak RM500 ribu ataupun dipenjarakan sebanyak 6 tahun mahupun dikenakan kedua-dua hukuman tersebut sekaligus.

Wong Tack mengulas bahawa Majlis Peguam Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia dan Persatuan Penerbit Baharu dan Akhbar Dunia serta pertubuhan sivil lain telah membantah pelaksanaan undang-undang sedemikian yang berkemungkinan besar akan disalahgunakan oleh kerajaan. Hal ini disebabkan undang-undang tersebut bukan sahaja tidak mentakrifkan sesuatu secara jelas, malah bidang kuasa undang-undang ini juga membolehkan pihak media negara lain didakwa dan maka undang-undang ini adalah langsung tidak munasabah dan keterlaluan. Asalnya tahap kebebasan media negara kita sudah semakin menurun dan kelulusan RUU sebegini hanya akan menjadikan keadaannya bertambah teruk.

Wong Tack berujar, Malaysia merupakan negara pertama di sedunia yang meluluskan dan akan melaksanakan undang-undang anti berita palsu dan ini telah memberikan impak besar terhadap kebebasan bersuara rakyat serta operasi pihak media. Kerajaan harus berunding dan merujuk kepada pelbagai pihak yang berkenaan sebelum penggubalan undang-undang ini. Namun seperti lumrahnya, kerajaan UMNO BN telah meluluskan undang-undang ini dengan pantas sekali tanpa sebarang perbincangan yang menyeluruh. Jelasnya, kerajaan UMNO BN ingin menyampaikan mesej kepada semua pihak yang melawannya, khususnya pihak media luar yang melaporkan skandal 1MDB, bahawa rejim UMNO BN adalah bersedia untuk menggunakan segala taktik termasuklah menzalimi pihak media untuk memenangi pilihan raya yang akan datang.

“Tindakan jahat UMNO BN yang merompak hak rakyat demi membela rejim penyangak adalah amat menghampakan. Tidak lupa juga Ahli Parlimen Bentong, Liow Tiong Lai yang menyokong segala dasar zalim kerajaan UMNO BN dalam parlimen demi memenangkan rejim Najib. Walaupun rakyat menentang kuat kedua-dua persempadanan semula dan RUU tersebut, namun kerajaan BN tetap meluluskannya. Hal ini jelas mengilustrasikan bahawa kerajaan minoriti UMNO BN tidak lagi mempedulikan suara majoriti rakyat dan berniat untuk terus memerintah dengan bersenjatakan sistem pilihan raya yang tidak adil serta penggunaan undang-undang zalim”, kata Wong Tack.

Wong Tack menyatakan bahawa kerajaan UMNO BN tidak pernah mempedulikan suara rakyat dan hanya sibuk menindas rakyat selama 60 tahun ini, tidak kiranya dalam isu merosakkan alam sekitar seperti operasi kilang Lynas, persempadanan semula serta pelaksanaan undang-undang antiberita palsu.

Wong Tack menyeru semua rakyat bangkit UBAH demi menyelamatkan tanah air kita yang semakin terjerumus di bawah rejim UMNO BN. Ayuh mengundi calon Pakatan Harapan untuk menghancurkan kepimpinan rejim autokratik BN demi memulihkan sistem serta institusi kerajaan dan membina semula negara ini.


Source

The post RUU AntiBerita Tidak Benar Mencabuli Kebebasan … appeared first on 扎根家园•深耕民主.

]]>