[scroll down for English]
Hampir tiga minggu yang lalu, saya telah mengagihkan bekalan makanan kepada Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Gabong dan Kampung Orang Asli Sungai Miak.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang nampaknya tidak berkesudahan menyebabkan kesan yang mendalam kepada kehidupan mereka.
Permintaan daun pisang, bunga kantan dan herba tradisional yang juga sumber pendapatan utama juga jatuh merudum.
Hasil tahunan durian juga menurun. Mungkin berpunca daripada perubahan iklim.
Satu lagi sumber pendapatan mereka adalah hasil dividen daripada RISDA. Dalam tahun 1999-2000, kerajaan ketika itu memperkenalkan satu skim Projek Tanam Semula Berkelompok yang kononnya dapat meningkatkan taraf kehidupan Orang Asli. Bawah skim ini, RISDA Plantation Bentong mengambil alih 578.71 hektar tanah di tujuh penempatan Orang Asli di Daerah Bentong. Sejumlah 269 individu menyertainya dan setiap peserta dijanjikan dividen bulanan.
Kawasan hutan, termasuk cerun yang curam, tebing sungai dan kawasan yang mempunyai nilai ekologi yang tinggi seperti air terjun telah dibuka dan digantikan dengan tanaman kelapa sawit, yang mana beberapa sub-kontraktor diberi tugas menguruskannya.
RISDA mengambil 138.4 hektar tanah di Kg. Sungai Gabong. Sejak 2019, saya mendengar rungutan daripada Orang Asli di sini berkenaan bayaran dividen yang tidak diterima selepas Januari 2019.
Pada Oktober 2019, saya membawa isu ini untuk perhatian menteri yang menguruskan hal ehwal Orang Asli ketika itu.
Susulan itu, saya dimaklumkan bahawa mereka telah menerima satu bayaran saja pada tahun 2020 iaitu RM100 pada awal tahun dan RM200 diterima baru-baru ini.
Amat menyedihkan apabila melihat sebuah agensi kerajaan seperti RISDA mengambil kesempatan terhadap Orang Asli yang naif dengan cara ini – mengambil tanah mereka beratus ekar termasuk kawasan rayau di hutan namun hanya membayar bayaran yang amat sedikit, sesuka hati mereka sahaja.
Ternyata amat jelas skim ini gagal mencapai sasaran seperti yang dirancang. Malah, projek ini hanya menyebabkan lebih kesulitan kepada Orang Asli – tanah mereka diambil, dan hutan serta ekosistem yang juga sumber makanan, ubat-ubatan, sumber air bersih dan tempat cara hidup tradisi musnah sama sekali.
Saya memohon agar pihak kerajaan membuat satu kajian tanah secara terperinci, menanda ukuran yang sebenar dan pulangkan semula hak tanah Orang Asli. Saya percaya Orang Asli lebih mahir dan bijak menguruskan tanah mereka sendiri. Itu adalah ‘rumah’ mereka. Beri peluang kepada mereka untuk memakmurkan semula tanah yang telah musnah. Benarkan mereka untuk menjalani semula cara kehidupan lestari yang telah dirompak sebelum ini.
____
About three weeks ago, I sent food supplies to the orang asli in Kg Orang Asli Sg Gabong and Kg Orang Asli Sg Miak.
The prolonged various phases of movement control orders have caused adverse impact on their livelihoods.
Demands for banana leaves, bunga kantan and traditional herbs which are their main source of income have dropped significantly.
Annual durian production has also decreased. Probably due to impacts of climate change.
Another source of income for them is dividend payout from RISDA. In year 1999-2000, the government came in with a scheme called “Projek Tanam Semula Berkelompok” a so-called scheme to improve the livelihoods of the Orang Asli. Under this scheme, RISDA Plantation Bentong took over 578.71 hectares of land belonging to seven Orang Asli settlements in the Bentong district. There are a total of 269 participants and each participant will receive a monthly dividend.
Forests, including steep slopes, river riparian and areas with high eco-value like waterfalls were cleared and converted into oil palm plantations, which were then sub-contracted to be managed by different contractors.
In Kg OA Sg. Gabong, RISDA has taken 138.4 hectares of their land. In 2019, I received complaints from the Orang Asli here that they did not receive any dividend payments after January 2019.
In October 2019, I raised the issue to the then minister in-charge of Orang Asli affairs.
I was told that they received a single payment of RM100 in early 2020 and recently got another RM200.
It is sad and appalling to see a government agency like RISDA taking advantage of the innocent Orang Asli this way – taking away hundreds of acres of their forest lands but paying measly dividends, in whatever amounts they choose to pay, as and when they please.
It is clear that this scheme has failed to serve its purpose. In fact, it has caused more suffering to the Orang Asli – their lands were taken, and the forests and ecosystems which they relied on for food, medicine, clean water and a traditional way of life have all been destroyed.
I call upon the government to carry out a proper survey, mark out the boundaries and return the land rights to the Orang Asli. I am sure the Orang Asli know best when it comes to managing their own lands. It is their home. Give them a chance to restore the damage done. Give them a chance to return to the sustainable way of life in which they were robbed of.
#Bentong
Source