{"id":1382,"date":"2015-05-04T15:39:11","date_gmt":"2015-05-04T07:39:11","guid":{"rendered":"https:\/\/wongtack.com\/archives\/1382"},"modified":"2015-05-04T15:39:11","modified_gmt":"2015-05-04T07:39:11","slug":"wear-black-tomorrow-hitam505-resist","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/wongtack.com\/archives\/1382","title":{"rendered":"Wear BLACK tomorrow! #Hitam505 #Resist…"},"content":{"rendered":"


\nWear BLACK tomorrow! #Hitam505<\/a> #ResistPoliceState<\/a><\/p>\n

——————————-
\nKENYATAAN AKHBAR
\nOleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
\n4 MEI 2015<\/p>\n

\u201cOps Hitam 505\u201d untuk menolak GST, pilihanraya kotor
\ndan negara polis<\/p>\n

Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) melancarkan \u201cOps Hitam 505\u201d di seluruh negara pada 5hb Mei 2015 (Selasa), ulangtahun kedua Najib Razak dikekalkan di Putrajaya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai kerajaan minoriti sungguhpun ditolak oleh 53% pengundi.
\nKami memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya berpakaian hitam atau memasangkan ribbon atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda peribadi pada 5hb Mei 2015, sebagai tanda menolak provokasi angkuh Kerajaan Minoriti Najib kepada rakyat dengan tangkapan, tahanan dan gangguan terhadap para pemimpin dan peserta perhimpunan aman pada 1hb Mei di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
\nRakyat mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman Kerajaan Minoriti Najib, polis dan SPR.
\n\u201cOps Hitam 505\u201d, selain tanda solidariti dengan meraka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, juga mewakili tiga tuntutan rakyat yang berikut:
\n(a) Pemansuhan Cukai barangan dan perkidmatan (GST);<\/p>\n

(b) Penghapusan penipuan dalam pilihanraya terutamanya \u201cPembahagian Tidak Sekata\u201d (Malapportionment) dan \u201cPersempadanan Tidak Adil\u201d (Gerrymandering) dalam Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak, Sabah dan Semenanjung supaya tidak wujud lagi kerajaan minoriti;<\/p>\n

(c) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan pempolitikan polis.<\/p>\n

Kami berharap bahawa esok seluruh rakyat akan mewujudkan suatu lautan hitam di setiap perusuk negara, terutamanya di Permatang Pauh dan Rompin di mana rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi, untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadap GST, pilihanraya yang kotor dan negara polis.<\/p>\n

<\/a>
\n
\n
Source<\/a> <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Wear BLACK tomorrow! #Hitam505 #ResistPoliceState ——————————- KENYATAAN AKHBAR Oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 4 MEI 2015 \u201cOps Hitam 505\u201d untuk menolak GST, pilihanraya kotor dan negara polis Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) melancarkan \u201cOps Hitam 505\u201d di seluruh negara pada 5hb Mei 2015 (Selasa), ulangtahun kedua Najib Razak dikekalkan di Putrajaya … <\/p>\n