{"id":1468,"date":"2015-03-23T07:19:28","date_gmt":"2015-03-22T23:19:28","guid":{"rendered":"https:\/\/wongtack.com\/archives\/1468"},"modified":"2015-03-23T07:19:28","modified_gmt":"2015-03-22T23:19:28","slug":"kempen-satu-juta-tandatangan-bebaskan-anwar-bermula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/wongtack.com\/archives\/1468","title":{"rendered":"Kempen Satu Juta Tandatangan Bebaskan Anwar Bermula!"},"content":{"rendered":"
\n
Kenyataan Media pada 22 Mac 2015
\n\u00a0
\nPetaling Jaya \u2013 Kempen Satu Juta Tandatangan Bebaskan Anwar secara rasminya dilancarkan hari ini, dengan sasaran mendapatkan satu juta tandatangan sebelum 1 Mei 2015, untuk memohon pengampunan Anwar Ibrahim oleh Yang Di Pertuan Agong.
\n\u00a0
\nJawatankuasa juga mengumumkan bahawa satu \u2018mock up\u2019 penjara akan didirikan di depan penjara Sungai Buloh dan 100 orang pemimpin masyarakat akan diminta untuk tinggal di dalamnya selama 24 jam untuk mengetahui rasa kehilangan kebebasan.
\n\u00a0
\nPengerusi kempen dan pemimpin gerakan mahasiswa Fahmi Zainol mengatakan, banduan teraniaya (prisoner of conscience) Anwar Ibrahim yang berusia 67 tidak melarikan diri ke luar negara, sebaliknya beliau memilih untuk menghadapi penindasan politik dan dihumban ke penjara. Sebab itu rakyat Malaysia juga perlu teguh mempertahankan prinsip keadilan dan demokrasi, memberi sokongan kepada kempen bebaskan Anwar.
\n\u00a0
\n\u201cSaya menyeru semua rakyat, NGO dan pertubuhan komuniti menyokong kempen tandatangan inisiatif rakyat ini, sila melayari laman web \u00a0http:\/\/freeanwarpetition.blogspot.com\/\u00a0untuk muat turun borang tandatangan. Setiap orang cuma perlu mengutip 10 tandatangan, seterusnya faks ke 03-79549202 atau hantar ke\u00a0emelfreeanwarpetition@gmail.com\u00a0atau hantar ke alamat sekretariat No 11, Lorong 11\/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor\u201d
\n\u00a0
\nFahmi berkata demikian di sidang media di pejabat Badan Amanah TBH demi Demokrasi. Penasihat kempen A. Samad Said dan Wong Tack, anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah \u00a0turut menghadiri sidang media.
\n\u00a0
\nPengerusi Himpunan Hijau Wong Tack menekankan, masa sekarang adalah masa kesulitan negara kita, pemenjaraan Anwar dan tahanan pemimpin politik dan NGO berturutan menyebabkan \u2018set back\u2019 demokrasi. Rakyat yang bertanggungjawab mesti berdiri mempertahankan keadilan dan demokrasi.
\n\u00a0
\n\u201cKami menolak label ahli politik, kami tidak menyokong mana-mana parti politik, yang kami menyokong ialah nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia, yang kami bantah ialah penindasan politik\u201d
\n\u00a0
\nWong Tack menambah, kempen tandatangan perlu menggunakan borang cetak, ia bertujuan menjalankan pengutipan tandatangan dengan kaedah lebih terbuka, melalui proses lobi lebih ramai rakyat akan menyedari dan memahami tanggungjawab mereka sendiri. Kempen ini akan memperkasakan dan menggalakkan rakyat untuk mengambil tindakan aktif bagi mengatasi masalah mereka, pada jangka masa panjang ia akan memanfaatkan proses pembinaan masyarakat demokrasi.
\n\u00a0
\n\u201cIni adalah satu inisiatif rakyat, semua rakyat yang bertanggungjawab dari desa ke Bandar harus mendepani cabaran pada momen kritikal ini.\u201d Wong berkata.
\n\u00a0
\nPenandatangan individu kempen ini:
\n\u00a0
\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Wong Tack
\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0A. Samad Said
\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fahmi Zainol
\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0S. Ambiga
\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maria Chin Abdullah
\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Toh Kin Woon
\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jannie Lasimbang
\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Thomas Fann
\n9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Chow Yu Hui
\n10.\u00a0\u00a0\u00a0Adam Adli
\n11.\u00a0\u00a0\u00a0Mandeep Singh
\n12.\u00a0\u00a0\u00a0Bang Seet Ping
\n13.\u00a0\u00a0\u00a0Yusmadi Yusoff
\n14.\u00a0\u00a0\u00a0Ng Yap Hwa
\n15.\u00a0\u00a0\u00a0Lim Joo
\n16.\u00a0\u00a0\u00a0Siah Kwong Liang
\n17.\u00a0\u00a0\u00a0Ray Ng Yun Long
\n18.\u00a0\u00a0\u00a0S.Barathidasan
\n19.\u00a0\u00a0\u00a0Clement Low
\n20.\u00a0\u00a0\u00a0M. Vivek
\n21.\u00a0\u00a0\u00a0Lee Chiun Min
\n22.\u00a0\u00a0\u00a0Lai Yak Guan
\n23.\u00a0\u00a0\u00a0Ibrahim
\n24.\u00a0\u00a0\u00a0Ooi Chen Lin
\n\u00a0
\nPenandatangan Pertubuhan kempen ini:
\n\u00a0
\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Himpunan Hijau
\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Teoh Beng Hock Trust for Democracy
\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anak Muda Harapan Malaysia
\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ENGAGE
\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KLSCAH Youth Section
\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0LENSA Anak Muda Malaysia
\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0MIPAS
\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0SHIELD
\n9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0KL Tak Nak Insinerator
\n10.\u00a0\u00a0\u00a0Perak Green Pioneers
\n11.\u00a0\u00a0\u00a0Rights Foundation
\n12.\u00a0\u00a0\u00a0Old Pa Old Ma Reform movement
\n\u00a0 <\/p>\n
<\/a> <\/p>\n