{"id":240,"date":"2017-11-05T23:47:08","date_gmt":"2017-11-05T15:47:08","guid":{"rendered":"https:\/\/wongtack.com\/archives\/240"},"modified":"2017-11-05T23:47:08","modified_gmt":"2017-11-05T15:47:08","slug":"km-rakam-rasa-terharu-sumbangan-rm1-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/wongtack.com\/archives\/240","title":{"rendered":"KM rakam rasa terharu sumbangan RM1 juta…"},"content":{"rendered":"
\nKM rakam rasa terharu sumbangan RM1 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor<\/p>\n
GEORGE TOWN – Sebagai tanda solidariti, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebentar tadi mengumumkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada negeri Pulau Pinang yang dilanda banjir paling teruk dalam sejarah ekoran tempias taufan Damrey.<\/p>\n
Katanya, sumbangan tersebut turut disertai dengan jentera serta logistik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 300 sukarelawan.<\/p>\n
\u201cSaya mewakili Kerajaan Negeri Selangor menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.<\/p>\n
\u201cRM1 juta yang diberikan adalah untuk disumbangkan kepada keperluan mangsa-mangsa banjir di negeri ini… PBT bersama-sama jentera juga diarahkan untuk turun membantu di sini sebaik sahaja banjir reda,\u201d katanya pada sidang media di Bilik Kawalan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dekat Komtar di sini tadi. <\/p>\n
Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow; Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin; Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri, Wong Hon Wai; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato\u2019 Seri Farizan Darus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato\u2019 Ghazali Derahman dan Datuk Bandar MBPP, Dato\u2019 Maimunah Mohd. Sharif.<\/p>\n
Azmin dalam pada itu turut memuji Ketua Menteri yang memberikan komitmen selama 48 jam dalam menangani isu banjir yang berlaku di Pulau Pinang.<\/p>\n
Dalam pada itu, Guan Eng ketika berucap menyatakan rasa terharu kepada sokongan yang ditunjukkan oleh Azmin bersama-sama rombongannya.<\/p>\n
\u201cSaya berasa terharu atas sokongan, simpati dan solidariti yang ditunjukkan oleh Azmin ke atas bencana yang berlaku di Pulau Pinang, dan apa yang berlaku dan diderita oleh rakyat di sini.<\/p>\n
\u201cSaya ucapkan terima kasih mewakili Kerajaan Negeri atas sokongan beliau (Azmin), sehingga beliau sendiri hadir ke Pulau Pinang, batalkan program-program lain untuk menunjukkan komitmen beliau,\u201d ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.<\/p>\n
Sehingga pukul 7 petang hari ini, Farizan memaklumkan bahawa seramai 3,573 mangsa berada di pusat pemindahan banjir seluruh negeri.<\/p>\n
Azmin ketika hadir turut ditunjukkan paparan rakaman CCTV tempias taufan yang membadai sekitar pulau semalam.<\/p>\n
Pautan video langsung : https:\/\/www.facebook.com\/buletinmutiara\/videos\/1885312561486185\/<\/p>\n
Teks & Gambar: WATAWA NATAF ZULKIFLI
\nVideo Langsung : ALVIE CHENG<\/p>\n
<\/a> GEORGE TOWN – Sebagai tanda solidariti, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebentar tadi mengumumkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada negeri Pulau Pinang yang dilanda banjir paling teruk dalam sejarah ekoran tempias taufan Damrey.<\/p>\n Katanya, sumbangan tersebut turut disertai dengan jentera serta logistik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 300 sukarelawan.<\/p>\n \u201cSaya mewakili Kerajaan Negeri Selangor menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.<\/p>\n \u201cRM1 juta yang diberikan adalah untuk disumbangkan kepada keperluan mangsa-mangsa banjir di negeri ini… PBT bersama-sama jentera juga diarahkan untuk turun membantu di sini sebaik sahaja banjir reda,\u201d katanya pada sidang media di Bilik Kawalan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dekat Komtar di sini tadi. <\/p>\n Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow; Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin; Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri, Wong Hon Wai; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato\u2019 Seri Farizan Darus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato\u2019 Ghazali Derahman dan Datuk Bandar MBPP, Dato\u2019 Maimunah Mohd. Sharif.<\/p>\n Azmin dalam pada itu turut memuji Ketua Menteri yang memberikan komitmen selama 48 jam dalam menangani isu banjir yang berlaku di Pulau Pinang.<\/p>\n Dalam pada itu, Guan Eng ketika berucap menyatakan rasa terharu kepada sokongan yang ditunjukkan oleh Azmin bersama-sama rombongannya.<\/p>\n \u201cSaya berasa terharu atas sokongan, simpati dan solidariti yang ditunjukkan oleh Azmin ke atas bencana yang berlaku di Pulau Pinang, dan apa yang berlaku dan diderita oleh rakyat di sini.<\/p>\n \u201cSaya ucapkan terima kasih mewakili Kerajaan Negeri atas sokongan beliau (Azmin), sehingga beliau sendiri hadir ke Pulau Pinang, batalkan program-program lain untuk menunjukkan komitmen beliau,\u201d ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.<\/p>\n Sehingga pukul 7 petang hari ini, Farizan memaklumkan bahawa seramai 3,573 mangsa berada di pusat pemindahan banjir seluruh negeri.<\/p>\n Azmin ketika hadir turut ditunjukkan paparan rakaman CCTV tempias taufan yang membadai sekitar pulau semalam.<\/p>\n Pautan video langsung : https:\/\/www.facebook.com\/buletinmutiara\/videos\/1885312561486185\/<\/p>\n Teks & Gambar: WATAWA NATAF ZULKIFLI KM rakam rasa terharu sumbangan RM1 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor GEORGE TOWN – Sebagai tanda solidariti, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebentar tadi mengumumkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada negeri Pulau Pinang yang dilanda banjir paling teruk dalam sejarah ekoran tempias taufan Damrey. Katanya, sumbangan tersebut turut disertai dengan jentera serta logistik … <\/p>\n
KM rakam rasa terharu sumbangan RM1 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor<\/p>\n
\nVideo Langsung : ALVIE CHENG
\n
\n
Source<\/a> <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"