{"id":6682,"date":"2021-03-01T18:08:42","date_gmt":"2021-03-01T10:08:42","guid":{"rendered":"https:\/\/wongtack.com\/archives\/6682"},"modified":"2021-03-01T18:08:42","modified_gmt":"2021-03-01T10:08:42","slug":"semasa-lawatan-ke-kampung-orang-asli-sungai-dua-hulu-bersama-sama-adun-ketari-y","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/wongtack.com\/archives\/6682","title":{"rendered":"Semasa lawatan ke Kampung Orang Asli Sungai Dua Hulu bersama-sama ADUN Ketari, Y…"},"content":{"rendered":"
Semasa lawatan ke Kampung Orang Asli Sungai Dua Hulu bersama-sama ADUN Ketari, YB Rara baru-baru ini, saya berkesempatan singgah di Asrama Seri Pahang, SK Sungai Dua yang pelajarnya seratus peratus daripada kaum Orang Asli. <\/p>\n
Memandangkan persekolahan bermula hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kampung Orang Asli, Encik Rosli sempat membisikkan kepada saya yang mereka memerlukan dua unit pengimbas suhu untuk memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi. Pengimbas suhu yang mereka ada sebelum ini mudah rosak dan tidak praktikal.<\/p>\n
Tanpa berlengah, saya meminta pejabat saya untuk menempah dua set pengimbas suhu ini dan menyerahkannya kepada Encik Rosli yang juga bertugas sebagai pekerja am di sekolah berkenaan.<\/p>\n
Semoga anak-anak #Bentong dilindungi daripada virus Covid-19.<\/p>\n
<\/a> Semasa lawatan ke Kampung Orang Asli Sungai Dua Hulu bersama-sama ADUN Ketari, YB Rara baru-baru ini, saya berkesempatan singgah di Asrama Seri Pahang, SK Sungai Dua yang pelajarnya seratus peratus daripada kaum Orang Asli. Memandangkan persekolahan bermula hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kampung Orang Asli, Encik Rosli sempat membisikkan kepada saya yang mereka memerlukan dua unit … <\/p>\n
\n
Source<\/a> <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"