十多年前,我在沙巴有机会认识到活力农耕法,觉得非常不错,于是有意推崇,甚至赞助了几个人去参加培训课程。遗憾的是,鉴于当时信息和资源的缺乏,并没有取得很大的进展。
十年过去了,经过许多人的不懈努力,如今我很高兴看到马来西亚掀开新篇章,在活力农耕领域的国际舞台上展示了杰出的表现。
就在彭亨州劳勿积罗,有一所推动活力农耕的中心 Fay Farm 已经开业。数日前,我前往该中心参观,发现它非常成功,而且吸引了来自全国各地的人们。
叶博士及其团队无私的知识分享,令我很是钦佩。他们热衷这份事业,并以拯救人类作为唯一的目标,带给他们源源不绝的动力。
Lebih kurang sepuluh tahun lalu, saya diperkenalkan kepada sistem pertanian biodinamik. Saya amat tertarik dengan amalan yang mesra alam ini dan telah berusaha untuk menggalakkan penggunaannya di Sabah. Malah, saya juga pernah menaja beberapa individu untuk menghadiri kursus latihan. Malangnya, kami tidak banyak kemajuan dicapai kerana kekurangan maklumat dan sumber pada masa itu.
Sepuluh tahun berlalu, saya sangat gembira melihat sebuah kumpulan dalam bidang ini akhirnya telah ditubuhkan di Malaysia. Negara kita kini ada perwakilan di peringkat antarabangsa dalam bidang pertanian biodinamik.
Mereka telah menubuhkan sebuah pusat pertanian biodinamik yang dinamakan Fay Farm di Cheroh, Raub, Pahang, yang telah saya kunjungi seminggu yang lalu. Pusat ini berjaya menarik minat orang ramai dari seluruh negara.
Saya amat mengagumi kemurahan hati Dr. Yap dan pasukannya yang tidak lokek berkongsi ilmu. Jelas sekali komitmen mereka terhadap usaha itu didorong oleh tujuan utama untuk memelihara kehidupan manusia.