Hari ini saya berkesempatan menyerahkan sumbangan RM1,000 sempena Ramadan kepada…

Hari ini saya berkesempatan menyerahkan sumbangan RM1,000 sempena Ramadan kepada kesemua 16 buah masjid di Parlimen Bentong untuk DUN Bilut, Ketari dan Sabai.

Terima kasih kepada semua wakil masjid yang bersusah payah datang ke pejabat saya untuk menerima sumbangan yang tidak seberapa ini. Ada antara mereka yang terpaksa berpusing beberapa kali untuk mendapatkan petak parkir kosong. Saya amat memahami kesukaran yang dialami apatah lagi setelah seharian berpuasa. Saya memohon maaf atas kesulitan berkenaan.

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pemberian sumbangan kepada lapan lagi masjid di DUN Pelangai memandangkan lokasi mereka jauh untuk datang ke pejabat saya. Pengaturan akan dibuat agar pemberian berkenaan dihantar kepada mereka.

Saya juga berkesempatan berkongsi minat saya dalam bidang penanaman organik. Saya telah memberi galakan untuk menggunakan ruang kosong di perkarangan masjid untuk tanaman organik. Inisiatif seperti ini boleh membantu ahli kariah mendapatkan sumber makanan yang lebih sihat untuk keluarga. Pejabat saya akan cuba bantu apa yang mampu terutamanya daripada segi baja organik dan tunjuk ajar teknikal.


Source