Saya dengan segera mengatur sukarelawan pejabat saya untuk membuat longkang sementara selepas turun meninjau kawasan aduan di Kampung Perting #Bentong beberapa hari yang lalu bersama-sama YB Young Syefura. Setidak-tidaknya dapat menyelesaikan untuk seketika masalah penduduk di situ.
Kawasan tersebut tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna. Air sering bertakung dan banjir kilat sering berlaku jika hujan lebat. Banyak kali aduan dibuat kepada MAJLIS PERBANDARAN BENTONG namun tiada tindakan diambil. Masalah ini menimbulkan ketidakselesaan serta rasa bimbang kepada penduduk sekitar sejak bertahun-tahun lamanya. Saya benar-benar kasihan kepada mereka.
Saya menggesa pihak MPB untuk mengambil tindakan segera kerana masalah ini telah dibiar berlarutan terlalu lama.