PERBAHASAN MENJUNJUNG KASIH TITAH DIRAJA DI DEWAN RAKYAT, 21 SEPTEMBER 2021.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Sejak Covid-19 melanda kita, fokus seluruh dunia termasuk negara kita adalah selamatkan nyawa dan ekonomi. Selalunya dalam situasi seperti ini, isu alam sekitar akan dipinggirkan.
Oleh itu, ucapan saya pada hari ini hanya akan tertumpu pada isu alam sekitar.
Satu isu yang telah saya lawan sejak kerajaan BN, ke PH sehingga kerajaan ini, satu isu yang rakyat tak akan lupa dan tak akan putus asa iaitu Lynas.
10 tahun lalu, empat menteri, Liow Tiong Lai, mantan Menteri Kesihatan; Mustapha Mohamed, mantan Menteri MITI; Maximus Ongkili, mantan Menteri MOSTI dan Douglas Unggah, mantan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, dengan jelas mengatakan, sebanyak tiga kali, sisa Lynas mesti di hantar balik ke Australia. Jika gagal, lesen Lynas akan ditarik balik.
10 tahun lalu, empat menteri yang sama juga menyatakan bahawa lokasi Permanent Disposal Facility (PDF) mesti dikenal pasti dalam tempoh 10 bulan dari tarikh TOL Lynas dikeluarkan. Jika gagal, lesen Lynas akan ditarik balik.
Jelas ‘this is all talk only’.
Pada 2018, syarat yang sama diulangi. The Atomic Energy Licensing Board (AELB) sekali lagi meminta Lynas mengenal pasti lokasi PDF, jika gagal lesen tidak akan dilanjutkan.
Bukit Ketam telah dicadangkan. Dr Maketab Mohamed, seorang pakar kualiti air terus memberi amaran bahawa ia merupakan kawasan tadahan air. Tapi AELB ‘went ahead and bulldoze through a three year licence extension for Lynas’. Lepas itu, bazir masa satu tahun untuk buat Environmental Impact Assessment (EIA).
Setelah cadangan Bukit Ketam ditolak, kita diberitahu Lynas kini mencadangkan kawasan 30 meter dari kilang mereka pula.
This is total madness! How could we allow Lynas to store millions of tons of radioactive wastes on a low lying wetland area, in a developed industrial park, close to fishing communities and resorts, 2km away from the nearest residential area and a 700,000 population within a 25km radius, dengan izin.
Saya ingin mengingatkan AELB bahawa pada 15 Ogos 2018, kamu sendiri yang memberi amaran bahawa kawasan ini tidak sesuai sebab risiko banjir besar. I quote : “Pembinaan PDF Lynas perlu disegerakan untuk meminimakan risiko timbunan sisa radioaktif WLP yang kini terkumpul melebihi 580,000 tan di kemudahan penstoran sementara yang terdedah kepada ancaman bencana alam seperti banjir besar.
Pada Julai tahun lepas, seorang menteri yang muda dan dinamik, lulusan Oxford, Yang Berhormat Rembau, Menteri MOSTI ketika itu, memberitahu dewan yang mulia ini bahawa Lynas mesti mula bina PDF mereka sebelum 2 Mac tahun ini. Kalau gagal, lesen akan ditarik balik.
For 10 years Lynas has violated this same licensing condition.
For 10 years, Lynas has failed to find a solution to its radioactive wastes.
For 10 years, from one government to another, from one minister to another, all failed to see the seriousness of this problem.
Saya mohon kepada menteri baru – Please right the wrong. Gantung lesen Lynas sehingga syarat ini dipatuhi. There should be no more compromise. Enough is enough.
HUTAN
Isu kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan anugerah Tuhan untuk semua, iaitu hutan kita.
Pada tahun 1992, di Rio Earth Summit, negara kita telah memberi komitmen untuk mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara diliputi hutan semula jadi.
Untuk sepanjang 30 tahun sejak itu, pemimpin kita sering mengulangi komitmen ini di pentas dunia.
Tapi di kawasan saya, di Hutan Simpan Lentang, kawasan tadahan air, terletak di tepi Karak Highway, sebelah kuarters pejabat hutan saja, betul-betul depan mata, pembalakan boleh berlaku.
Tasik Chini, yang telah diisytiharkan sebagai UNESCO Biosphere Reserve pun boleh dimusnahkan.
Bentong meminta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menjelaskan apakah kriteria yang ditetapkan untuk membelanjakan kerajaan negeri di bawah program Ecological Fiscal Transfer (EFT)? Dan adakah program tersebut digunakan untuk memastikan perlindungan hutan khasnya di Negeri Pahang?
Industri eksport utama kita terutamanya minyak sawit dan perabot juga sering diserang oleh komuniti antarabangsa. Kita dituduh memusnahkan hutan.
Dengan perkembangan sains dan teknologi hari ini, kita mempunyai alat dan kemampuan untuk mengenal pasti sempadan dan keadaan hutan kita. Kenapa kita tidak menggunakannya sebagai bukti untuk menyakinkan komuniti antarabangsa terhadap komitmen kita?
Semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah, mantan Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Seputeh telah mencadangkan dasar untuk mengehadkan kawasan tanaman sawit kepada 6.5 juta hektar menjelang 2023. Saya gembira kerana menteri baru, YB Ampang telah memberikan respon positif terhadap cadangan ini.
Tetapi cakap sahaja tidak berguna. Kita mesti mengambil langkah segera untuk melaksanakan dasar ini.
Mengenai industri perkayuan pula, kayu Malaysia adalah ‘world class’, No. 1. It’s a scarce resource.Why are we wholesaling our timber by the shiploads? Worse still they are sold to our wood and furniture industry competitors!
Untuk memastikan keutuhan industri perkayuan dan perabot, saya sarankan total ban untuk sawn timber export.
SEKURITI AIR
Kebelakangan ini kita melihat insiden pencemaran sungai sering berlaku.
Di kawasan saya Bentong, hampir semua sungai sudah jadi seperti teh tarik disebabkan aktiviti pembalakan, perlombongan pasir, batu, timah tak taulah apa lagi dan pembangunan khasnya di kawasan curam seperti Gotong Jaya.
Baru-baru ini juga, EIA untuk sebuah kilang kertas telah diluluskan walaupun ia terletak di kawasan tadahan air yang membekalkan 2 juta liter air mentah setiap hari ke loji rawatan air Langat 2 di Selangor.
Sekiranya situasi begini dibiarkan berterusan, negara kita pasti akan menghadapi krisis air pada satu hari nanti.
Maka, adalah amat penting kita mengambil langkah-langkah untuk memastikan sekuriti air negara kita terjamin.
Pertama, KASA mesti memantapkan lagi pengurusan lembangan sungai serta menjalankan satu analisis ‘river basin’ yang komprehensif.
Kedua, kita perlu mewartakan kawasan tadahan air tanpa sebarang bentuk pembangunan untuk menghindar pencemaran berlaku.
KESIMPULAN
Melihat kepada bencana alam yang telah berlaku di Yan dan Sabah baru-baru ini, kita tidak boleh lagi elak daripada memberi perhatian serius kepada isu perubahan iklim. More disasters will come and it will be more intense.
Impak perubahan iklim akan merampas semua yang telah kita bina selama ini. Sama seperti pandemik Covid-19, semua akan terkesan tak kira kaya atau miskin.
Tuan Yang Dipertua,
Sampai hari ini kita tak ada Select Commitee untuk alam sekitar dan perubahan iklim. Ini menunjukkan how little we care for an issue that will greatly impact the survival of humanity, walaupun kita selalu dengar pemimpin kita kata betapa mereka cintakan tanahair, sayang anak cucu.
Memang kita sudah lambat sikit tapi ini masanya untuk kita sedar dan ambil tindakan yang serius dan tegas. We cannot go on business as usual.
Sekian terima kasih. Bentong mohon menyokong.