<
Pada minggu lalu, dua projek telah dijalankan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG*) di Bentong.
Saya kagum dengan dedikasi Prof Madya Dr Zainal Abidin Sanusi, Prof Madya Dr Khairul Azami Sidek dan pasukan mereka dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam menganjurkan ‘Bengkel Mengarusperdanakan Matlamat Pembangunan Lestari’.
Saya juga gembira melihat penyertaan yang sangat menggalakkan oleh pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan.
Penghargaan juga diberikan kepada SEEDS dan Persatuan Penggerak Hijau Bentong kerana menyelaraskan ‘Bengkel Pertanian Lestari’ sehari selepas itu.
Sebagai ahli APPGM-SDG, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kejayaan inisiatif ini.
Mari kita semua bekerjasama untuk membentuk masa depan yang dapat kita wariskan kepada anak-anak kita dengan rasa bangga.
* APPGM-SDG ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia pada bulan Oktober 2019 dengan tema ‘Tidak Meninggalkan Sesiapa Pun Di Belakang’. Ia dibentuk sebagai platform untuk membincangkan topik yang mempunyai kepentingan bersama antara Anggota Parlimen dan senator, serta pihak luar seperti ahli akademik, profesional dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
#Bentong
#SDG
#sustainabledevelopment
——————-
Last week, two projects were carried out by the All-party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals (APPGM-SDG*) in Bentong.
I was impressed by the dedication of Prof Madya Dr Zainal Abidin Sanusi, Prof Madya Dr Khairul Azami Sidek and their team from the International Islamic University Malaysia in organizing the ‘Workshop on Mainstreaming Sustainable Development Goals’.
I was also glad to see highly encouraging participation by officers from various government agencies.
Appreciation also goes out to SEEDS and Persatuan Penggerak Hijau Bentong for coordinating the ‘Workshop on Sustainable Farming’ the day after.
As a member of the APPGM-SDG, I will do my best to ensure the success of these initiatives.
Let’s us all work together to shape a future we can leave to our children and be proud of.
*APPGM-SDG was established by the Parliament of Malaysia in October 2019 with the theme ‘Leaving No One Behind’. It was formed as a platform to discuss topics of common interest among the Members of Parliament and senators as well as external parties like academicians, professionals and non-governmental organisations.
#Bentong
#SDG
#sustainabledevelopment