[Please scroll down for English version] Saya dijemput untuk menyaksikan majlis…

[Please scroll down for English version]

Saya dijemput untuk menyaksikan majlis pelantikan ahli jawatankuasa eksekutif Bentong Hakka Association yang baru kali ke-50 pada hari Ahad yang lalu.

Dalam ucapan saya, saya menasihati kepada para pemimpin bahawa selain berkhidmat untuk kumpulan mereka atau orang di sekeliling mereka semata-mata, mereka juga harus menjangkau untuk melayani masyarakat secara lebih meluas.

Tanggungjawab sebagai pemimpin tidak terhad kepada melindungi kesejahteraan rakyat generasi sekarang, tetapi yang lebih penting kita harus memastikan bahawa generasi mendatang dapat terus menjalani kehidupan yang berkualiti. Kita harus lebih berwawasan dan memberi perhatian yang lebih kepada isu yang mempengaruhi kesejahteraan anak-anak di masa depan.

Pada era ini, isu alam sekitar adalah perkara yang sangat kritikal.

Saya memetik contoh yang mana kira-kira dua minggu lalu, ribut besar berlaku di hulu Sungai Perting. Ini menyebabkan tanah runtuh dan akibatnya Loji Rawatan Air Bentong Fasa 2, yang membekalkan air minum kepada 50,000 penduduk, terpaksa ditutup sementara selama 24 jam.

Saya meminta mereka membayangkan akibat terhadap bekalan sumber air minuman kita hari ini jika kita membiarkan orang tamak dan ego menebang hutan di hulu Sg Perting.

Saya juga memberitahu mereka bahawa satu lagi loji rawatan air di Sungai Gapoi yang membekalkan air minum kepada lebih daripada 50,000 penduduk juga terancam yang mana ribuan ekar hutan sedang ditebang ketika ini.

Pada masa sama, saya turut menerima berita bahawa ada industri berat yang mencemar alam sekitar ingin bertapak di Bentong.

Semua ini akan menjejaskan potensi Bentong untuk maju ke arah pembangunan yang mampan.

Sebagai pemimpin, kita mesti melihat lebih jauh dan bukan sekadar keuntungan jangka pendek.

Kita harus memikul tanggungjawab untuk membina Bentong sebagai tempat di mana anak-anak kita dapat pulang untuk tinggal dan bekerja dan mempunyai kualiti hidup yang terbaik.

———-
I was invited to witness the 50th installation of the Bentong Hakka Association’s new executive committee last Sunday.

In my speech, I pointed out to the leaders that besides wholeheartedly serving their own clan or circle, they must also reach out to serve the society at large.

The responsibilities of leaders are not limited to protecting the wellbeing of people of the present generation, but more importantly we have to ensure that our future generations can continue to live a quality life. We must be more visionary and pay more attention to issues affecting the wellbeing of our future generations.

In this era, environment is a very critical issue.

I then cited an example where about two weeks ago, a heavy storm occurred at the upstream of Perting River. It caused a landslide and as a consequence the Bentong Phase 2 water treatment plant, which supplies drinking water to 50,000 residents, had to be temporarily shut down for 24 hours.

I asked them to imagine the consequences to our drinking water today if we had allowed greedy and selfish people to clear the forest upstream of Sg Perting.

I also informed them that another water treatment plant in Sg Gapoi which supplies drinking water to more than 50,000 residents is also under threat where thousands of acres of forests are being cleared at the moment.

At the same time, I have also received news that some highly polluting heavy industries are looking into setting foot in Bentong.

All this will jeopardize Bentong’s potential to move forward towards sustainable development.

As leaders, we must look beyond short term gains.

As leaders we must shoulder the responsibility to build up Bentong as a place where our children can come home to live and work and have the best quality of life.




Source