KENYATAAN MEDIA
20 SEPTEMBER 2020 (AHAD)
Hentikan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air untuk Loji Rawatan Air Sungai Gapoi di Pelangai, Bentong.
1. Sekumpulan pemimpin masyarakat dari Pelangai telah datang ke pejabat saya untuk menyampaikan kebimbangan mereka mengenai aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Loji Rawatan Air Sungai Gapoi di Pelangai, Bentong.
2. Sebenarnya, ada percubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencabuli kawasan ini kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. Tetapi kerana bantahan yang kuat daripada masyarakat setempat dan NGO alam sekitar yang khuatir sumber air minuman untuk penduduk akan musnah, aktiviti pembalakan segera dihentikan oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Dato Seri Adnan Yaakob, ADUN Pelangai lapan penggal dan sekarang. ‘U-turn’ ini membuktikan bahawa keputusan untuk meluluskan kegiatan pembalakan di kawasan ini adalah salah.
3. Sekarang, lampu hijau diberikan sekali lagi untuk mencabuli kawasan ini menggunakan dalih ‘pembersihan tanah’ untuk memberi jalan bagi projek ‘Ladang Rakyat’.
4. Alasan lemah dan pincang ini jelas satu usaha untuk mengelirukan rakyat dan menghalalkan kegiatan pembalakan semata-mata. Beribu-ribu ekar hutan telah ditebang secara tidak bertanggungjawab dalam beberapa dekad lalu tetapi dibiarkan terbengkalai hingga ke hari ini. Mengapa kita perlu tebang hutan lagi? Niatnya jelas. Nak balak saja, sampai ‘cucu pokok’ pun sapu habis.
5. Tindakan tidak bertanggungjawab dengan menebang hutan beribu-ribu ekar di hulu loji rawatan air ini akan memberi kesan buruk kepada bekalan air minum bersih kepada lebih daripada 50,000 penduduk Pelangai. Ini adalah satu-satunya sumber air bersih yang tinggal di Pelangai, dan satu-satunya sumber yang tidak berubah menjadi ‘teh tarik’. Sudah tak ada lagi yang lain.
6. Kedua, ini juga akan mempengaruhi potensi eko-pelancongan di kawasan hilir yang antara lain memiliki air terjun dan perkampungan orang asli.
7. Ketiga, walaupun Pelangai mungkin kawasan luar bandar pada masa ini, pembangunan diramalkan berlaku dalam masa terdekat setelah seksyen lebuhraya pintasan Central Spine Road yang menghubungkan Pelangai dan Bentong selesai dibina. Sekiranya jalan raya ini dilanjutkan ke Negeri Sembilan, maka Pelangai akan menjadi pintu masuk selatan ke Bentong. Dengan perkembangan ini, permintaan untuk air akan meningkat. Oleh itu, melindungi sumber air ini sangat penting untuk pembangunan Pelangai di masa hadapan.
8. Oleh itu, saya menggesa Menteri Besar Pahang, Menteri Alam Sekitar dan Air dan ADUN Pelangai untuk segera bertindak dan menghentikan semua aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air untuk loji rawatan air Sungai Gapoi.
9. Anak-anak kita dan generasi akan datang berhak mendapat segelas air bersih.
WONG TACK
Ahli Parlimen Bentong
Stop Logging activities in the water catchment area for Sg Gapoi Water treatment plant in Pelangai, Bentong.
1. A group of community leaders from Pelangai have come to my office to raise their serious concern with regards to logging activities in the water catchment area for the Sg. Gapoi water treatment plant in Pelangai, Bentong.
2. In fact, there were attempts by certain parties to log this area about a year before the 14th General Election. But due to strong protests from the local communities and environmental NGOs who were concerned that the source of drinking water for the people will be destroyed, the logging activities were immediately stopped by the then Menteri Besar of Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob, an eight-term and current ADUN of Pelangai. This U-Turn proved that the decision to approve it in the first place was wrong.
3. Now, greenlight was again given to log this area under the pretext it was cleared to make way for a “ladang rakyat”.
4. This lame excuse was clearly an attempt to mislead the people and legitimize the logging activities. Thousands of acres of forests have been irresponsibly cut down in the past decades but left abandoned to this day. Why do we need to clear more? The intention is clear. Log is what they are after.
5. This irresponsible act of total clearing of thousands of acres of forests upstream of a water treatment plant will adversely affect the supply of clean drinking water to more than 50,000 residents of Pelangai. And this is the only clean water source left in Pelangai, the only one which has not turn into ‘teh tarik’.
6. Secondly, it will also adversely affect the eco-tourism potential of the downstream area which has among others a waterfall and orang asli settlements.
7. Thirdly, even though Pelangai may be a rural area at present, developments are foreseen in the near future once the Central Spine Road section connecting Pelangai and Bentong is completed. And in the event this road is further extended to Negeri Sembilan, then Pelangai will be the southern gateway into Bentong. With development, demand for water will increase. Therefore, protecting this water source is crucial to Pelangai’s future development.
8. Therefore, I strongly urged the Menteri Besar of Pahang, Environment and Water Minister and ADUN of Pelangai to act immediately and put a stop to all logging activities in the water catchment area for the Sungai Gapoi water treatment plant.
9. Our children and future generations deserve a clean glass of water.
Source