Saya berterima kasih kepada Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air, Ir. Dr…

Saya berterima kasih kepada Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air, Ir. Dr. Zaki Zainudin kerana meluangkan masa pagi ini bersama wakil pasukan NGO di pejabat saya untuk membincangkan isu air yang sangat penting untuk kelangsungan hidup rakyat khususnya di Daerah Bentong.

Isu kualiti dan bekalan air sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan saya. Isu pembalakan haram, pencemaran sisa toksik, bencana alam akibat kecuaian manusia dan aktiviti perlombongan haram yang menyebabkan berlakunya pencemaran terhadap air bersih sangat membahayakan nyawa manusia. Justeru, perbincangan pagi ini sangat bermakna untuk memastikan pelbagai tindakan dan program kesedaran dapat dilakukan dengan segera.

Menurut Ir. Dr. Zaki, ‘prevention is better than cure’, oleh yang demikian adalah mustahak bagi semua pihak untuk memastikan pencegahan berlakunya pencemaran dari awal lebih baik daripada melakukan rawatan apabila pencemaran berlaku. Kita harus mencontohi negeri seperti Selangor dan Kedah yang telah pun mempunyai lembaga air sendiri, yang mana memberikan kuasa mutlak kepada pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan akta yang digubal demi menjaga kepentingan sumber air.

Dalam masa sama, banyak perancangan yang difikirkan sesuai telah dibincangankan demi memastikan sumber bekalan air berada dalam keadaan terbaik. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.



Source