19 April 2019 | KARAK
Turun padang di Karak pagi tadi untuk memeriksa kerja-kerja membaikpulih beberapa buah rumah yang dilanda ribut angin beberapa hari yang lepas.
Sejak beberapa hari berturut-turut, pasukan Parlimen Bentong telah bekerja bertungkus lumus di bawah matahari terik untuk membaiki rumah-rumah yang terjejas di Taman Karak Permai, Taman Sri Bayu, Taman Perdana Raya dan Kampung Baru. Setakat ini, 9 buah rumah telah dibaiki. Terima kasih dan Syabas kepada mereka!
Bagi beberapa buah keluarga terlibat yang telah membuat kerja-kerja pembaikan sendiri, pejabat saya akan menguruskan bantuan kewangan untuk mereka. Pejabat saya juga telah menghulurkan bantuan kewangan kepada dua buah keluarga yang terpaksa dipindahkan ke Kuarters JKR untuk sementara waktu.
Semua kerja-kerja dan kos pembaikan telah ditanggung sepenuhnya oleh dana dari Pejabat Ahli Parlimen Bentong yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan.
#Bentong
#DemiSabai