Perjalanan rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan sekarang. Saya faham ramai yang sedih kerana anak dan cucu tidak dapat pulang beraya. Tapi saya yakin ini bukanlah penghalang untuk menyambut raya dengan penuh kegembiraan dan makna. Walaupun berjauhan, tapi dekat di hati. Asalkan anak cucu sihat dan selamat, kita bersyukur.
Ahad lalu, saya bersama-sama dengan rakan-rakan Pakatan Harapan telah menyampaikan 200 bakul makanan, 500 ekor ayam segar, 400 pek bubur lambuk dan buah kurma untuk keluarga kurang mampu dan penduduk di sekitar kawasan DUN Pelangai.
Saya harap pemberian yang tidak seberapa ini dapat membawa sedikit keceriaan kepada penerima sempena Syawal yang bakal tiba.
#Pelangai