Sejak beberapa hari yang lalu, kami menerima banyak panggilan daripada pekebun kecil. Mereka mengadu tidak dapat menjalankan kerja-kerja berkebun ketika perintah berkurung.
Kami memahami kegelisahan, kekecewaan dan rasa tidak puas hati anda semua.
Pejabat saya telah menghubungi Dato’ Pegawai Daerah Bentong serta pihak polis di IPD Bentong sebaik sahaja perintah berkurung dikuatkuasakan yang mana kami berusaha mendapatkan sedikit kelonggaran untuk para petani.
Bagaimana pun, kami dimaklumkan situasi di Bentong sangat kritikal dan perkara paling utama sekarang ini adalah untuk terus #dudukrumah.
Dato’ Pegawai Daerah dan polis akan memaklumkan situasi dari semasa ke semasa untuk perbicangan selanjutnya kemudian.
Buat masa sekarang, saya mohon untuk anda semua #dudukrumah agar keselamatan semua terjaga.
华文 👉 https://www.facebook.com/122457974452808/posts/4501355853229643/?d=n