Ketika saya melawat FELDA Mempaga Satu m…

Ketika saya melawat FELDA Mempaga Satu minggu lalu, saya telah dimaklumkan oleh Tuan Pengurus Rancangan, En. Nazri Che Musa bahawa mereka telah menubuhkan pusat agihan makanan asas untuk mereka yang memerlukan di kawasan berkenaan dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Mempaga Satu.

Saya amat kagum dengan usaha murni mereka. Sebagai tanda sokongan, pejabat saya telah menyerahkan bantuan untuk pusat berkenaan pada hari ini.

Oleh yang demikian, kepada penduduk Mempaga yang ingin bantuan makanan bolehlah terus ke pusat berkenaan.

Saya turut berkesempatan menziarah taman perumahan berdekatan di mana didiami ramai generasi kedua FELDA yang rata-rata juga anak peneroka. Ramai antara mereka yang berpendapatan harian terkesan akibat PKP. Saya secara peribadi menyerahkan beberapa pek bungkusan makanan asas kepada keluarga yang terjejas.

Turut bersama saya pada hari ini adalah ADUN Ketari, YB Young Syefura Othman.

Bersamalah kita lakukan yang terbaik untuk rakyat.

#KitaJagaKita





Source

16 April 2020…

16 April 2020

Bersama wakil penduduk Kg Sum Sum Janda Baik, HR Kilang Elektrisola dan Ahli Parlimen Bentong, YB Wong Tack 黄德 membincangkan permasalahan yang dihadapi penduduk kampung.

Beberapa perkara telah diutarakan oleh penduduk kampung mengenai isu pekerja-pekerja dari kilang Eletriksola. Wakil penduduk juga turut menyampaikan surat bantahan kepada wakil Kilang Elektrisola.

Saya faham kerisauan penduduk dan saya faham kepentingan kilang untuk beroperasi. Walaubagaimanpun pihak saya akan terus memantau isu ini dari masa ke masa demi keselamatan penduduk Janda Baik.

Terima kasih kepada wakil Kilang Elektrisola dan wakil penduduk kampung yang memberikan kerjasama yang baik dalam sesi perbincangan yang singkat ini.




Source

昨天,我连同李政贤和菈菈州议员同志一起分发面罩给文冬各政府医院和诊所。感谢雪兰莪…


昨天,我连同李政贤和菈菈州议员同志一起分发面罩给文冬各政府医院和诊所。感谢雪兰莪州无拉港的一群同志们,用手工精心打造的面罩。

一位医护人员对我们说,面罩正是现在他们所缺乏的配备。他感到非常惊讶,因为我们的同志们可以用全手工大量製造面罩。

医护人员们都心存感激。前线医护人员们接受的不只是面罩,同時也感受到大众对他们的关爱。

再次的感谢无拉港的同志们精心製作的面罩。

全民抗疫,我们一定会成功。





Source

Penyerahan pelindung muka buatan tangan …

Penyerahan pelindung muka buatan tangan oleh sukarelawan2 dari Selangor untuk Klinik2 Kesihatan di Bentong bersama YB Rara dan YB Lee Chin Chen semalam.

"Inilah yang amat kami perlukan," ujar salah seorang pegawai dari salah sebuah klinik berkenaan.

Sambil beliau memeriksa pelindung muka itu, dia menambah, "Wah, buatan tangan!"

Mendengar nada suara, ekspresi dan senyumannya, saya tahu beliau sangat bersyukur. Barisan hadapan kita bukan sahaja menerima pelindung muka tetapi juga penghargaan dan rasa kasih sayang daripada rakyat.

Terima kasih kepada Unit Tindak Balakong untuk pelindung muka ini.

Bersama-samalah kita menghadapi dugaan ini!

——————-

Presented face shields made by volunteers from Selangor to clinics in Bentong with my comrades YB Rara and YB Lee Chin Chen yesterday.

“This is what we really need”, said an officer from one of the clinics.

As he examined the face shields, he added, “Wow, made by hand!”

From the tone of his voice,expression and smile, I know he was grateful. Our frontliners were not only receiving face shields but gratitude and love from the people.

Thank you so much to Unit Tindak Balakong for the face shields.

Together we will win this war!

#KitaJagaKita



Source

在这个時刻我們应该抛开政见,应以人民的利益为先。…


在这个時刻我們应该抛开政见,应以人民的利益为先。

今天文冬县县長,拿督莫哈末祖基菲里通知我,一千份属于文冬国会选区的救援物资已经抵达文冬。他需要我提供一份弱勢群体的名单,以便可以尽快的把物资分发给有许要的人士。

昨天我抽出了时间到访了文冬福利局。我发现福利部现在正面临人手不足的问题,尤其是在这行动管制令期间。但是官员们还是刻苦耐劳的确保物资可以顺利的分发到弱勢群体的手中。我非常赞赏官员们的付出与努力。

我希望物资可以尽快的分发到有需要的人手中。

我的办公室也会竭尽所能去帮助有需要的人士。

“我们会竭尽所能給予协助”

#同心协力
#文冬




Source

Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan ra…

Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan rakyat diberi keutamaan.

Saya dimaklumkan oleh Pegawai Daerah Bentong, Dato' Mohd Zulkifli Hashim bahawa peruntukan seribu pek bakul makanan bagi Parlimen Bentong telah tiba. Beliau telah meminta saya menyenaraikan nama penerima yang berada dalam kesusahan.

Berkesempatan singgah di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bentong semalam. Sememangnya petugas JKM sedang menghadapi cabaran besar kerana kekurangan tenaga kerja dalam waktu kritikal seperti sekarang. Namun mereka masih bertungkus-lumus memastikan agihan bekalan makanan dapat dijalankan dengan lancar. Syabas diucapkan atas usaha mereka.

Saya berharap pek bekalan makanan dapat diserahkan kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin.

Pihak pejabat saya juga sedia membantu semampu mungkin jika diperlukan.

"We do what we can."

#KitaJagaKita
#Bentong


Source

Telah dijemput oleh Tuan Haji Sulaiman, …

Telah dijemput oleh Tuan Haji Sulaiman, SU Koperasi FELDA Mempaga Satu untuk bersama-sama menjayakan program jualan buah-buahan tempatan secara pandu lalu (drive through) bertempat di Stesen Minyak Petron FELDA Jaya Mempaga semalam.

Usaha ini dijana oleh Unit Buah-Buahan Koperasi FELDA Mempaga Satu bagi memasarkan buah-buahan dengan harga yang lebih murah memandangkan sektor pertanian terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Saya memuji usaha pihak pengurusan Koperasi FELDA Mempaga Satu kerana menjalankan inisiatif seperti ini yang dapat membantu pekebun kecil menjual hasil tanaman mereka. Langkah seperti ini harus dicontohi oleh semua pihak.

Syabas diucapkan kepada semua warga Koperasi FELDA Mempaga Satu atas program ini. Kepada penduduk FELDA Jaya Mempaga dan sekitar, marilah bersama-sama memberi sokongan dengan membeli buah-buahan yang disediakan.

#Kitajagakita
#Bentong





Source

我感到非常欣慰,因為在这艱難的時刻,有那麼多的善心人士挺身而出來協助貧困的家庭与…

我感到非常欣慰,因為在这艱難的時刻,有那麼多的善心人士挺身而出來協助貧困的家庭与人士。

昨天收到文冬“33米糧专配店”老板贊助三十包的白米。

今天我們開始分發這些白米給有需要的人。

在这時刻让我们肩并肩,大家一起共度這难关。我不希望有任何的貧困人士被遺漏在後。

我們會盡力,做我門所能做到的。加油!



Source

Amat menerujakan melihat ramai yang berh…

Amat menerujakan melihat ramai yang berhati mulia ke depan menghulur sumbangan ketika waktu kritikal seperti sekarang.

Kami menerima sumbangan sebanyak 30 kampit beras daripada pemilik Thirty Three Rice Mart dua hari lepas.

Agihan kepada mereka yang memerlukan telah dilakukan semalam.

Jom bersama-sama berganding bahu menghadapi dugaan ini. Tiada siapa yang patut ketinggalan pada waktu ini.

“We do what we can.”

———
Glad to see so many good-hearted people stepping forward during this difficult time.

Received a donation of 30 bags of rice from the boss of Thirty Three Rice Mart two days ago.

Started distributing them to those in need yesterday.

Let’s continue to hold hands and get through this critical time together. No one should be left behind

We do what we can.



Source

((中文读者请往下滑))…

((中文读者请往下滑))
Saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada mereka yang memohon bantuan.

Sekali lagi sumbangan pek makanan asas telah dihantar ke kawasan Pelangai dengan kadar segera semalam.

Kita akan cuba sedaya upaya untuk pastikan tiada yang kelaparan dalam waktu genting sebegini.

Terima kasih sekali lagi kepada pasukan saya di Bentong atas tugasan yang cemerlang. Semangat anda sememangnya menakjubkan.

Keluasan kawasan Parlimen Bentong adalah dua setengah kali lebih besar daripada Singapura, dan ada 15 perkampungan Orang Asli, 8 skim Felda dan 15 lagi perkampungan baru, yang mana majoritinya mendiami kawasan pedalaman yang jauh ke kawasan terpencil.

Oleh kerana PKP dipanjangkan tempohnya, lebih ramai yang memerlukan bantuan.

Kami percaya lebih ramai insan berhati mulia akan terus menyalurkan sokongan.

Pejabat saya sedang bekerjasama dengan sebuah NGO di Bentong untuk membantu orang perseorangan dan keluarga yang terkesan akibat PKP kerana Covid-19 :

Sila salurkan sumbangan anda kepada :[PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG]
Public Bank 3215046499

Sila Whatsapp resit sumbangan anda/hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut : 012-9621813 (Samantha) atau 012-9721814 (Reena).

我陸續的接到许多人的求助电话。

第二批的物資已經送往甘榜柏朗挨、地里望新村和文积新村。

我们將會竭盡所能确保在这个困难的时期没有人挨餓。

再次感谢所以文冬的同志与志工們出色的表現和無私奉獻的精神。

文冬國會选区的面积是新加坡的两倍半。 文冬是由15個原住民村落、8個垦直民区(Felda) 和15個新村所组成,其中大部分都是郊區。

随着行動管制令的延长,将會有更多的人需​​要帮助。

我們希望有更多的善心人士给予我們協助与支持。

我的办公室正在与文冬的非政府組織密切合作,以帮助受行動管制令影响的个人和家庭:

有意捐助者請把善款匯入:
[PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG]
Public Bank 大众银行3215046499

请把匯款證明Whatsapp致以下電話號碼,以方便我們做紀錄。如有任何查询請联系以下电话:012-9621813(Samantha)或012-9721813(Reena)。

I’ve continued to receive so many phone calls asking for help.

Another batch of basic food packages was rushed over to Pelangai yesterday.

Will try our best to ensure no one goes hungry during this difficult time.

Thanks again to all my comrades in Bentong for their good work. Your spirits are amazing.

The Bentong parliamentary constituency covers an area which is two and a half times bigger than Singapore. It is made up of 15 Orang Asli settlements, 8 FELDA schemes and 15 new villages in which a majority of them are spread out deep into the rural areas.

With the prolonged MCO period, more help will be needed.

We are counting on all good-hearted people for continuous support.

My office is working closely with an NGO in Bentong to help individuals and families who are affected by the Covid-19 MCO :

Please make your contributions to :
[PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG]
Public Bank 3215046499

Please whatsapp the deposit slip to / contact the following numbers for any enquiries : 012-9621813 (Samantha) or 012-972813 (Reena).





Source