Pendidikan adalah satu-satunya langkah k…

Pendidikan adalah satu-satunya langkah ke arah masa depan yang lebih cerah.

Saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Pas Bulanan Perkhidmatan Van Sekolah kepada 97 pelajar daripada keluarga golongan B40 daripada enam sekolah (SMK Karak, SK Karak, SJKT Sri Telemong, SJKT Ladang Renjok, SJKC Telemong dan SMK Telemong). Kebanyakan mereka berasal dari estet.

Program ini menelan belanja sebanyak RM30,800 setahun dan dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Ahli Parlimen Bentong daripada Kerajaan Pakatan Harapan. Ini merupakan tahun kedua pejabat saya menaja program ini.

Sesuatu yang menggembirakan melihat keterujaan wajah mereka hari ini. Ramai yang berpakaian uniform baru yang merupakan sumbangan daripada pelbagai pihak yang berhati mulia. Saya akan terus berusaha untuk mewujudkan peluang untuk golongan yang berhati mulia ini untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

——
Education is the only way to a better future.

Presented the Monthly Passes for School Van Services to 97 school children of B40 families from six schools (SMK Karak, SK Karak, SJKT Sri Telemong, SJKT Renjok, SJKC Telemong and SMK Telemong). Most are from the estates.

This program cost RM 30,800 per year and is fully funded through the MP Bentong allocation from the Harapan Federal Government. This is the second year in a row my office is sponsoring this program.

So happy to see smiles on their faces today. Many were clad in new uniforms donated by kind hearted people. I will continue to create platforms for good people to contribute to those in need.




Source

Felda Kemasul adalah kawasan yang mereko…

Felda Kemasul adalah kawasan yang merekod kes denggi yang tinggi setiap tahun. Dalam tahun ini, walaupun baru sahaja masuk bulan kedua, lima kes denggi telah dilaporkan dan empat keluarga telah dikeluarkan kompaun.

Demi membanteras denggi, masyarakat setempat, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bentong telah mengadakan kempen kesedaran serta aktiviti gotong-royong Ahad yang lalu.

Inisiatif pro-aktif sedemikian sangat membanggakan.

Saya sentiasa percaya bahawa kasih sayang dan tolong-menolong sesama umat manusia mampu menangani segala cabaran hidup. Kita mesti sayangi setiap orang dalam komuniti kita seperti ahli keluarga sendiri.

Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat!





Source

Keputusan kerajaan Malaysia adalah muktamad – Lynas mesti ke…

Keputusan kerajaan Malaysia adalah muktamad – Lynas mesti keluarkan sisa radioaktifnya WLP dari Malaysia.

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Menteri MESTECC kepada soalan saya di Parlimen hari ini, pihak MESTECC telah memanjangkan surat rasmi kepada pihak berkuasa Australia pada 26 Februari 2019 untuk membantu “mempercepatkan Lynas mendapat kebenaran daripada Kerajaan Australia untuk menhantar balik residue WLP ke negara tersebut.”

Penghantaran sisa radioaktif WLP keluar dari Malaysia adalah syarat yang telah ditetapkan oleh MESTECC untuk pembaharuan lesen operasi Lynas yang akan tamat tempoh pada 2 September tahun ini. Lesen operasi Lynas tidak akan diperbaharui jika syarat ini tidak dipenuhi.




[vid_url]

Source

Sekolah adalah landasan untuk membina masa depan rakyat dan …

Sekolah adalah landasan untuk membina masa depan rakyat dan negara.

Pembelajaran dan pengalaman yang dikecapi anak-anak kita di perkarangan sekolah akan mencerminkan keadaan sosial masyarakat dan halatuju negara di masa hadapan.

Sekiranya kita mahukan perpaduan, keamanan dan keharmonian,
Maka kita perlu terapkan nilai saling hormat menghormati antara kaum di sekolah.
Sekiranya kita mahukan kehidupan dalam persekitaran yang sihat, maka kita perlu tanamkan sikap sayang pada alam sekitar semasa zaman persekolahan.

Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah.
Sekiranya guru-guru berjaya mendidik anak-anak murid mereka dengan baik, maka sekolah akan berjaya.
Sekolah berjaya, rakyat dan negara akan berjaya.









[vid_url]

Source

“Ia adalah satu kejahilan yang nyata unt…


“Ia adalah satu kejahilan yang nyata untuk menyatakan bahawa ketidakadilan terhadap alam sekitar tiada kaitan dengan politik.” – Wong Tack.

“只有無知才會覺得環境不義與政治無關”~黄德

“It is plain ignorance to think that environmental injustice has got nothing to do with politics.” – Wong Tack.

*HH telah di jemput untuk ucaptama DSAI malam tadi. Dato Seri telah berjanji untuk memberikan sokongan penuh kepada perjuangan kita.

拿督斯里安华已答应我们会继续绿色盛会并肩作战

HH was invited to DSAI’s keynote address last night. Dato Seri promised us his full support in our struggle.




Source

“Bendera Himpunan Hijau adalah lambang k…


“Bendera Himpunan Hijau adalah lambang kuasa rakyat. Menurunkan bendera ini secara kasar adalah satu penghinaan kepada rakyat .” – Wong Tack

“绿色盛会旗帜是人民力量的标志。强行的把它拆下,等同于掴了人民一记耳光” – 黄德

“The Himpunan Hijau flag is the symbol of people’s power. To forcefully tear it down is an insult to the people.” – Wong Tack.


Source