KEMPEN AIR BERSIH – SEJUTA POKOK…

KEMPEN AIR BERSIH – SEJUTA POKOK
‘999 @ Bentong’

Air nadi hidup.

Air bersih adalah landasan ekosistem/alam sekitar dan masyarakat sihat serta ekonomi yang mantap. Melindungi sumber bekalan air dan memastikan kualiti air minum yang bagus harus menjadi kewajiban semua.

Oleh kerana pokok memainkan peranan penting dalam melindungi kualiti serta sumber bekalan air, kami membawa inisiatif Kempen Air Bersih – Sejuta pokok – ‘999@Bentong’.

Pada 18hb November 2018, 999 pohon anak pokok akan ditanam sepanjang tebing Sg Perting dan kawasan sekelilingnya. Sg Perting membekalkan air kepada 50,000 penduduk Bentong. Ia juga merupakan tempat tadahan air. Sekiranya kita dapat melindungi Sg Perting, kita dapat memastikan bekalan air bersih bukan sahaja untuk orang Bentong tetapi juga penduduk Lembah Kelang juga.

Kempen ini adalah sebuah kempen yang inklusif yang mengalu-alukan sokongan semua. Oleh itu, kami ingin menjemput semua badan-badan bukan kerajaan, jabatan dan agensi kerajaan serta orang ramai untuk mengambil bahagian sebagai SATU KELUARGA untuk membina masyarakat penyayang alam sekitar. Anggaplah aktiviti ini sebagai HARI KELUARGA. Bawalah ahli-ahli keluarga, termasuklah anak-anak dan kawan-kawan.

Untuk mengambil bahagian sila isikan Borang Penyertaan dan kembalikan kepada sam509harapan@gmail.com.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Samantha/ Reena di talian 09-221 1813.
atau Whatsapp 012-972 1813.

#KempenAirBersih
#SejutaPokok
#wongtack
#Bentong





[vid_url]

Source

Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Kg Baharu,Jerantut.PAHANG



“Sebatang balak pun tak akan kami benarkan keluar !” – Wong Tack.




Source

Sesi interaksi perancangan Kolam Air Pan…


Sesi interaksi perancangan Kolam Air Panas Bentong
青山绿水,绘出梦想

Tarikh/ 日期:21-04-2013(星期日)

Masa/ 时间:3pm-7pm

Tempat/ 地点:Kolam Air Panas Bentong 文冬热水湖

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack akan berinteraksi dengan penduduk Bentong berkenaan perancangan Kolam Air Panas Bentong.


Source