Saya berkesempatan menemui Sham di kebun…

Saya berkesempatan menemui Sham di kebun halianya. Sham sejak sekian lama menjadi penyokong setia saya dari Janda Baik.

Rizom2 halia yang kami tanam dua bulan yang lepas telah mula menampakkan tunasnya.

Seperti biasa, saya membawa bersama 'sifu' saya dalam bidang pertanian organik, yang kebetulan namanya juga Shum, tetapi dieja dengan 'U'. Saya mengenali Encik Shum lebih dari dua dekad. Ketika di Sabah, kami bekerjasama dalam pelbagai inisiatif seperti membangunkan kebun sayuran organik di sekolah-sekolah, membina pusat penjanaan baja organik serta kajian menggunakan kaedah baru dalam penanaman padi yang kurang menggunakan air, bertujuan menaik taraf kehidupan masyarakat setempat khususnya orang asal.

Dua pengusaha pertanian organik, Encik Chua dan Cik Melissa juga turut serta dalam pertemuan itu. Kami bersama-sama membantu Sham untuk membangunkan kebun halianya ke arah pertanian secara organik.

Ini adalah antara langkah awal untuk menjadikan Bentong sebagai hub pertanian organik di negara ini.

———-
Went to Sham’s ginger farm. Sham is a long-time supporter from Janda Baik. The ginger roots that we planted in January have sprouted. Shoots a few inches long can already been seen emerging from the ground.

My organic farming sifu, who coincidently is also named Shum, but spelt with a ‘u’ came along with me again to provide technical support. Mr. Shum and I have known each other for more than two decades. Back in Sabah, we have worked together in various initiatives like the setting up of organic vegetable gardens in schools, building an organic fertilizer plant and even paddy farming to test a new rice cultivation method that uses less water with the aim of upgrading the livelihood of the indigenous people.

Two organic farming pratitioners, Mr Chua and Melissa also joined us on that day. We were all there to help Sham to convert his ginger farm as organic.

Baby steps taken to turn Bentong into an organic farming hub of this country.

#organicfarming
#GreenBentong





Source

Berkesempatan berkenalan dengan seorang …


Berkesempatan berkenalan dengan seorang Pakcik berumur 75 tahun di majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Shafie semalam. Semasa sembang2 saya pun kata, ” Orang kampung memang susah sikit nak ubah sebab tak disalurkan maklumat yang betul. BN juga selalu main isu perkauman dan agama.”

Pakcik tersebut memandang saya sambil tersenyum. Jawab beliau, “Mr. Wong, ini sudah cerita lama. Orang kampung tak bodoh lagi. Dulu Tun M buat kita tak bijak. Tapi sekarang kita semua sudah sedar dan jadi bijak sebab Tun M jugak.”

– Wong Tack





Source