Mengedar limau kepada penduduk-penduduk Manchis bersama Cikg…


Mengedar limau kepada penduduk-penduduk Manchis bersama Cikgu Nab dari Parti Amanah. 昨天与诚信党党员们一同到文积派柑与拜年,并且与当地居民交流一些国家议题,我们都希望新的一年,国家能有新的希望。






Edaran limau manderin Puan nurhaizan @ cikgu nab bersama Mr Wong tack Dan jentera pakatan Harapan dun pelangai di perkampungan manchis.kehadiran kami cukup disenangi oleh penduduk setempat ada yang peluk cium tanda sokongan Dan amat kenal walaupun berlainan bangsa. kesempatan mengucapkan gong xi fa cai cukup bermakna bagi mereka terutama warga tua dari raut wajah mereka terpancar kegembiraan walaupun hanya beberapa bijik limau.

#TEAMCIKGUNAB
#PAKATANHARAPAN


Source

Ceramah Umum Bentong bersama Tun Dr Maha…


Ceramah Umum Bentong bersama Tun Dr Mahathir pada 10 feb 2018, semua dijemput hadir, perubahan di tangan mu.


Ceramah Umum Tun Mahathir di Bentong

📌10 Feb 2018 (Sabtu)

📍4.00pm: Tapak Pasar Malam Felda L. Bilut
📍9.00pm: Tapak Stesen Bas Felda Mempaga

Penceramah:
Tun Mahathir ( Pengerusi Pakatan Harapan)
Mat Sabu (Pengerusi Parti Amanah)
Dato Fauzi (Pengerusi PKR Pahang)
Teresa Kok ( Timbalan Setiausaha Agung DAP)
Mazlan Aliman (Pengerusi Felda)
Wong Tack (Penegrusi Pakatan Harapan Bentong)
Rara (Naib Pengerusi Pakatan Harapan Bentong)
Lee Chin Chen (ADUN Ketari)
Chow Yu Hui (ADUN Bilut)
Kamache Doray Rajoo (ADUN Sabai)

Semua Dijemput Hadir !


Source

Bersama dengan pimpinan DAP Bentong, say…


Bersama dengan pimpinan DAP Bentong, saya telah mengedarkan kalendar tahun 2018 kepada warga Bentong. Dalam sesi pagi ini, ramai yang bertanyakan tarikh PRU ke-14 dan saya telah menjawab dalam masa 100 hari ini akan berlangsungnya PRU yang akan menyaksikan kejatuhan rejim UMNO BN.

Namun pembangkang tidak pernah menawan Parlimen Bentong selama ini dan kami sedar bahawa perjuangan menawan Bentong tidaklah mudah. Oleh it, sama ada DAP dapat menawan Bentong untuk menyumbang kepada Pakatan Harapan dalam usaha mara ke Putrajaya adalah bergantung kepada semua rakyat Bentong.

Pimpinan DAP Bentong perlukan sebanyak mungkin sukarelawan untuk perjuangan penting ini. Sila FB PM saya melalui m.me/wongtack.green sekiranya anda berminat untuk menyumbang. Ayuh berjuang bersama demi tanah air kita dan hentikan pemerintahan perompak UMNO BN!

#UbahSekarang
#DAPHarapanBentong















Source

Bersama dengan ADUN Bilut Chow Yu Hui da…


Bersama dengan ADUN Bilut Chow Yu Hui dan ADUN Ketari Lee Chin Chen, kami telah melancarkan program membantu golongan miskin dengan menggunakan truk HARAPAN.

Kami telah menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga miskin di Kampung Benggali dan Taman Bukit Chamang.

Sesungguhnya pimpinan DAP Bentong telah memulakan usaha untuk membantu golongan miskin khususnya di luar bandar sejak dua tahun yang lalu.

Dengan truk HARAPAN ini, diharapkan pimpinan Pakatan Harapan Bentong dapat membantu lebih banyak lagi rakyat yang memerlukan bantuan terutamanya di kawasan luar bandar untuk mewujudkan HARAPAN demi tanah air kita.

Sila PM saya sekiranya anda ingin memberitahu kita sesiapa memerlukan bantuan barangan keperluan.













Source