【admin】Kira-kira pukul 3 petang tadi, calon Pakatan Harapan …


【admin】Kira-kira pukul 3 petang tadi, calon Pakatan Harapan Parlimen Bentong Wong Tack telah disiasat oleh pihak polis di bawah Akta AntiBerita Tidak Benar 2018. Wong Tack telah memberikan kenyataannya selama satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Pihak polis telah memulakan siasatan terhadap Wong Tack akibat laporan polis oleh Pemuda MCA Wilayah Persekutuan. Atas tuduhan bahawa terdapatnya individu yang menjerit nama “Liow Tiong Lai” dalam siaran langsung halaman Facebook berkenaan insiden alamat Lau Hoi Keong, maka Pemuda MCA telah membuat laporan polis terhadap Wong Tack di bawah Akta tersebut.

Menurut Akta tersebut, sesiapa yang menyebarkan berita palsu akan dikenakan hukuman RM500,000.00 ataupun dipenjarakan sebanyak 6 tahun ataupun dikenakan kedua-duanya sekaligus.

Wong Tack telah menjelaskan kepada media bahawa beliau tidak pernah sesekalipun mempersoalkan kad identiti Liow Tiong Lai dalam proses penamaan calon. Wong Tack hanya menuntut Lau Hoi Keong untuk mengemukakan kad identitinya demi mengesahkan bahawa alamat kad identitinya adalah berlokasi di negeri Pahang.

Sesungguhnya pimpinan calon Pakatan Harapan Bentong telah ditindas oleh pihak penguatkuasa SPR dan UMNO BN sepanjang kempen PRU ini. Daripada insiden alamat calon BN DUN Ketari, dan perobohan papan iklan Pakatan Harapan sahaja, serta taktik BN yang memburukkan pihak lawan dalam sepanduknya sehinggalah penyiasatan terhadap Wong Tack di bawah Akta tersebut, semua ini menunjukkan bahawa UMNO BN semakin gentar.

Walaupun dizalimi, namun kami akan lawan tetap lawan demi rakyat!


Source

Wong Tack, calon Parlimen Bentong dan Young Syefura (Rara), …


Wong Tack, calon Parlimen Bentong dan Young Syefura (Rara), calon DUN Ketari berkempen dari rumah ke rumah di Taman Anggerik Utama pagi tadi.

Ramai pengundi-pengundi yang kami temui kata, “INI KALILAH YA!!”

今早黄德与菈菈,吉打里州席候选人,来到Taman Anggerik Utama 沿路拜访每家每户及派发竞选宣传册。
期间遇到的很多选民都说向我们说 : “INI KALILAH YA!!”

#undiWongtack
#undiRara
#undiPKR













Source

Chronology Hari Penamaan Calon PRU 14…


Chronology Hari Penamaan Calon PRU 14
N. 34 KETARI, BENTONG.

By: Nik Wan Nurul Ain (Young Syefura’s campaign manager)


Chronology Hari Penamaan Calon PRU 14
N. 34 KETARI, BENTONG.

By: Nik Wan Nurul Ain (Young Syefura’s campaign manager)

7.30 am: berkumpul untuk perarakan ke Dewan Penamaan Calon. Dari awal sehingga sepanjang perjalanan perarakan seringkali ditahan oleh pihak polis atas alasan jumlah penyokong yang dibenarkan masuk ke kawasan dewan hanya seramai 30 orang. Jumlah kami memang 30 orang yang berarak di depan, tidak lebih dan tidak kurang tetapi alasan diberikan masih sama. Perjalanan seolah olah sengaja diperlahankan.

8.55 am: baru dapat dibenarkan masuk ke perkarangan Dewan.

9.00 am: diarahkan hanya calon, pencadang dan penyokong untuk masuk ke dalam tanpa wakil calon/agent calon. Kami bantah kerana wakil calon perlu menguruskan dokumentasi calon. Wakil calon mempunyai tag nama. Selepas berunding, kami semua yang mempunyai TAG NAMA berjaya masuk.

9.05 am: Calon, pencadang dan penyokong menunggu giliran untuk hantar dokumen penamaan calon. Didapati, wakil calon/agent calon dari Parti lain telah ada di dalam dewan. Persoalannya, mengapa agent calon PH dihalang sedangkan parti lain boleh??

9.30 am: giliran Young Syefura (Rara), penyokong dan pencadang menyerahkan dokumen kepada SPR.

9.45 am: Rara menyerahkan baki dokumen kepada saya selepas SPR. Didapati, borang A tidak diambil SPR sedangkan itu dokumen penting! Saya bertemu pegawai SPR bagi Dun Ketari dan bertanya kenapa tidak diambil? Pegawai akui, perlu diserahkan dan Registrar Officer (RO) akan mengesahkan. Terus dokumen tersebut diserahkan. Kenapa borang itu tidak diambil? Sedangkan calon lain sebelum Rara diambil? Sekiranya ada apa-apa borang yang dihantar tidak mencukupi, calon akan hilang kelayakan. Syukur, berjaya dihantar semula sebelum pukul 10 pagi waktu tamat penyerahan. Walaupun dalam hati mula curiga.

11 am: Masih menunggu keputusan. Pengumuman dari kawasan lain telah pun berlaku tetapi Bentong masih lagi menanti dengan sabar. Kami mendengar khabar bahawa kad pengenalan calon B-End Ketari tidak menepati syarat kelayakan bertanding DUN dimana alamat tertera bukan bermastautin di negeri bertanding iaitu Pahang. Kami masih juga sabar menunggu SPR sekiranya ada masalah atau penolakan.

11.30 am: SPR memaklumkan untuk mengumumkan penamaan calon di luar Dewan. Kami memohon kerjasama SPR untuk menjelaskan sama ada benarkah khabar bahawa alamat kad pengenalan calon B-End Ketari bukan di Pahang tetapi di kuala lumpur. SPR enggan menjawab dan ingin teruskan dengan penamaan. Kami bantah!! Tunjukkan dahulu kad pengenalan kerana sekiranya benar, ia adalah salah di sisi undang-undang dan SPR sendiri.

12 pm: Hari kami menggesa untuk kad pengenalan didedahkan. Berani kerana benar! Kekecohan berlaku di luar Dewan. SPR dan calon B-End tersebut enggan dan calon menyepikan diri. Saya sediakan borang bantahan yang diberikan oleh SPR bersama-sama dokumen terdahulu. Rara tandatangan dan kami masuk semula ke dalam dewan untuk menyerahkan borang bantahan. SPR menolak dengan menyatakan tiada lagi bantahan boleh dibuat. Perlu umumkan penamaan calon dahulu. Sekiranya ada bantahan, melalui petisyen dan boleh bawa ke mahkamah. Amboi amboi! Mahkamah?

Kami terus menggesa pegawai SPR. Kemudian kami diberi jawapan bahawa tiada masalah bagi calon tersebut mempunyai alamat di KL kerana alamat dalam cip kad pengelanan calon itu telah ditukar ke Pahang semenjak tahun 2017. Make sense tak? What on earth are you talking about?! You can get your ic changed within a day from JPN! Since 2017 and only in chip? Habis buat apa hantar salinan ic bagai kalau pakai cip? Buat online je la.

Dalam rundingan dengan SPR, saya dan beberapa agent calon PH lain dapati ada 2 individu yg mencurigakan tanpa TAG NAMA di dalam dewan. Cameraman pun ada Tag. SPR pun ada tag. Who are you?!

Individu tersebut seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya mengambil initiatif bertanya kepada perempuan itu yg sedang on the phone dgn seseorang yg dipanggil Dato. Perkataan yang kami dengar adalah “clear”. Agent calon lain berhampiran. Saya bertanya, “Puan dari mana ye?”. Terkejut dengan teguran saya, secara spontan dijawab JPN. Lelaki di sebelahnya tidak membantah. Kami terkejut dan mereka ‘act cool’ dengan katakan sibuk. Kami nampak perempuan itu menyerahkan sekeping kertas kepada lelaki disebelahnya. Perempuan itu bangun dan ditahan oleh calon PH dan kami.

Saya ikuti dekat lelaki tersebut dan berjaya melihat kertas itu kerana lelaki tersebut tidak melipat kertas dan sibuk dengan phone. Rupanya kertas itu adalah salinan ic calon B-End Ketari! Saya dekati dan berjaya melihat alamat! Kuala Lumpur! Segera saya maklumkan kepada rakan agent calon dan kami bersama sama menuju ke arah lelaki itu, dalam pada waktu yg sama, salah seorang pegawai SPR bertugas mendahului kami dan mengarahkan lelaki tersebut melipat dan simpan salinan itu. Lelaki tersebut sempat lipat tetapi tidak berjaya masukkan ke dalam poket lalu diletakkan di belakangnya dan menafikan.

Kekecohan berlaku lagi. Perempuan tadi rampas salinan ic itu dari rakannya dan cuba menyimpan. Calon calon kami cuba ambil dari perempuan itu. Pengurus SPR mengambil Salinan.

Source

[Admin] Berlaku sekarang di penamaan calon di Parlimen Bento…


[Admin] Berlaku sekarang di penamaan calon di Parlimen Bentong. Menerima info tak sah bahawa bakal calon BN bagi DUN Ketari, Lau Hou Keong tidak cukup syarat untuk bertanding di Pahang kerana memegang kad pengenalan beralamat luar dari Pahang. Jika perkara ini benar, ia jelas melanggar syarat SPR untuk kerusi DUN. Pihak Pakatan Harapan akan membantah bermati-matian jika SPR membenarkan beliau bertanding.

这是在文冬大选提名现场的即时消息。接获未经证实的消息指出,国阵吉打里候选人拿督刘开强未符合竞选条规,其所持有的身份证地址并非文冬本地。若此消息属实,便证明他严重违反选举委员会说设下竞选吉打里州议席的资格。若选举委员会批准他成为候选人,希望联盟将尽全力严厉抗议!

#LawanTetapLawan
#KalahkanPenipuan
#抗争到底
#爱国锄盗

Source

Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di B…


Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di Bentong pada 15.04.2018

Demokrasi Negara Semakin Terbelakang Di Bawah BN
Wong Tack Desak Liow Tiong Lai Kecam Ahmad Zahid

Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru rakyat yang bekerja di Singapura agar tidak balik mengundi sekiranya tidak mendapat kebenaran majikan.

Dalam kenyataan medianya, Wong Tack menyatakan bahawa kata-kata Ahmad Zahid ini sebenarnya adalah membelakangi prinsip demokrasi lantaran setiap rakyat haruslah menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi. Sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid patutnya menyeru semua rakyat untuk melibatkan diri dalam PRU kali ini demi menentukan hala tuju negara dan bukannya menanamkan kesedaran sebegini yang tidak demokratik dan salah dan menyebabkan demokrasi negara terbelakang lagi.

Wong Tack berujar bahawa kenyataan Ahmad Zahid sebenarnya adalah bertujuan untuk mengetepikan tanggungjawab yang seharusnya dipikul rakyat lantaran kadar keluar mengundi yang rendah akan memudahkan BN untuk terus bersubahat dengan SPR demi memenangi PRU kali ini.

Wong Tack menegaskan bahawa niat hati BN sudah ternyata jelas. Kini BN amat gentar terhadap kadar keluar mengundi yang tinggi kerana kadar mengundi yang melebihi 85% sudah tentunya akan menjanakan perubahan kerajaan. Sebenarnya beberapa kenyataan pemimpin UMNO yang tidak munasabah dan tidak logik langsung telah menunjukkan bahawa UMNO jelas bahawa pemerintahan mereka akan ditamatkan dalam masa sebulan ini dan pemimpin yang rakus rasuah akan dihantar ke penjara Sungai Buloh tidak lama lagi.

Selepas pengumuman tarikh PRU, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah menggerakkan kempen balik undi secara besar-besaran dan kehangatan ini tidak pernahnya wujud sebelum ni. Kempen balik undi yang digerakkan melalui media sosial mengilustrasikan bahawa rakyat jelata adalah mementingkan PRU kali ini dan kesemua inilah yang paling ditakuti oleh rejim UMNO BN. Malah SPR sengaja meletakkan hari Rabu sebagai hari mengundi untuk mengelakkan orang ramai untuk balik mengundi.

Sebelum bermulanya kempen PRU, sekali lagi pemimpin tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan sebegini yang memalukan dan tidak menghormati demokrasi. Oleh itu, Wong Tack mendesak Liow Tiong Lai untuk menyatakan pendirian sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Ahmad Zahid yang menyeru rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara agar tidak balik mengundi dan sekiranya tidak bersetuju, adakah Liow Tiong Lai berani mengecam kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara ini dan menyeru pengundi di Bagan Datuk untuk menolak calon sedemikian yang membelakangi prinsip demokrasi.

Wong Tack turut menyeru semua rakyat untuk melibatkan diri dalam PRU kali ini. Sekiranya BN terus menggunakan tipu muslihat seperti persempadanan semula yang tidak adil untuk menjejaskan keputusan PRU, maka rakyat wajib bangkit lawan tetap lawan dan tidak tunduk kepadanya. Kadar keluar mengundi yang tinggi sudah tentu akan menjamin pembentukan sistem dua parti dan pastinya Pakatan Harapan dapat mara ke Putrajaya demi membina HARAPAN untuk anak cucu kita.

Kami tinggalkan kampung demi mencari rezeki dan balik rumah demi selamatkan negara. Semua rakyat sekali lagi diseru untuk mengundi Pakatan Harapan dalam PRU kali ini lantaran setiap undi anda adalah berupaya untuk mengubah hala tuju negara kita untuk membuka lembaran baru demi Malaysia.


Source