Photos from Lee Chin Chen’s postBerkenaan dengan satu postin…


Photos from Lee Chin Chen’s post










Berkenaan dengan satu posting Facebook mengenai aduan terhadap jalan-jalan yang rosak sekitar Bentong dan Ketari, saya ingin menjelaskan beberapa perkara.

Saya telah membut aduan dan laporan kepada pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) mengenai kerosakkan jalan-jalan ini sepanjang 5 tahun ini. Aduan dilakukan kepada pihak MPB dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong melalui surat rasmi dan mesej WhatsApp. Antara aduan dan laporan telah dikemukan seperti yang tertera dalam gambar-gambar di bawah. Sebenarnya jumlah aduan dan laporan adalah lebih dari ini tapi tidak dapat dikongsikan semuanya di sini.

Ingin dijelaskan bahawa kerja-kerja penyelengaraan jalan ini sebenarnya memang adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan dan JKR.

Sebagai ADUN yang berstatus pembangkang di negeri Pahang, saya hanya boleh membuat aduan dan memberi tekanan supaya mereka yang bertanggungjawab menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.Ini telah saya lakukan dengan sehabis baik.

Wakil-wakil rakyat dan penduduk yang berstatus Kerajaan termasuklah Ahli Parlimen Bentong, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob dan Ahli Majlis yang dilantik oleh Barisan Nasional seharusnya memainkan peranan mereka di dalam kerajaan dengan lebih efektif demi kebajikan rakyat dan penduduk Bentong.

Terima kasih kepada pihak yang membangkitkan isu ini untuk perhatian ramai. Terima kasih juga kepada pihak MPB dan JKR kerana telah membaiki jalan-jalan yang rosak seperti yang dilaporkan.

P/s : Surat yang dalam FB tu hanya surat kepada JKR sahaja, tidak termasuk surat aduan kepada MPB, kerana surat terlalu banyak. Jika sesiapa yang minat baca surat tersebut boleh datang pejabat DAP Bentong bila bila masa sahaja.

Source