Tahniah dan syabas kepada Saudara Jega dan team Karak2020 at…

Tahniah dan syabas kepada Saudara Jega dan team Karak2020 atas kejayaan Program Pengagihan Juadah Berbuka Puasa. Mereka akan berada di Padang Tras, Bentong hari ini dan esok.

Saya amat gembira kerana berpeluang untuk memberi penajaan untuk program ini untuk setiap hari berturut-turut sejak Ahad lepas. Harap dapat diteruskan sehingga sehari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Namun, sumbangan ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan usaha para sukarelawan yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Yang pergi ke kedai membeli bekalan, yang memasak, yang mengagih – sumbangan keringat adalah tidak ternilai harganya.

#Karak2020


Source

Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan ra…

Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan rakyat diberi keutamaan.

Saya dimaklumkan oleh Pegawai Daerah Bentong, Dato' Mohd Zulkifli Hashim bahawa peruntukan seribu pek bakul makanan bagi Parlimen Bentong telah tiba. Beliau telah meminta saya menyenaraikan nama penerima yang berada dalam kesusahan.

Berkesempatan singgah di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bentong semalam. Sememangnya petugas JKM sedang menghadapi cabaran besar kerana kekurangan tenaga kerja dalam waktu kritikal seperti sekarang. Namun mereka masih bertungkus-lumus memastikan agihan bekalan makanan dapat dijalankan dengan lancar. Syabas diucapkan atas usaha mereka.

Saya berharap pek bekalan makanan dapat diserahkan kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin.

Pihak pejabat saya juga sedia membantu semampu mungkin jika diperlukan.

"We do what we can."

#KitaJagaKita
#Bentong


Source

Sekolah adalah landasan untuk membina masa depan rakyat dan …

Sekolah adalah landasan untuk membina masa depan rakyat dan negara.

Pembelajaran dan pengalaman yang dikecapi anak-anak kita di perkarangan sekolah akan mencerminkan keadaan sosial masyarakat dan halatuju negara di masa hadapan.

Sekiranya kita mahukan perpaduan, keamanan dan keharmonian,
Maka kita perlu terapkan nilai saling hormat menghormati antara kaum di sekolah.
Sekiranya kita mahukan kehidupan dalam persekitaran yang sihat, maka kita perlu tanamkan sikap sayang pada alam sekitar semasa zaman persekolahan.

Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah.
Sekiranya guru-guru berjaya mendidik anak-anak murid mereka dengan baik, maka sekolah akan berjaya.
Sekolah berjaya, rakyat dan negara akan berjaya.









[vid_url]

Source

[admin] Pagi tadi, Wong Tack dan Lee Chin Chen mengunjungi r…


[admin] Pagi tadi, Wong Tack dan Lee Chin Chen mengunjungi rumah rakan-rakan dan memyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka di Lurah Bilut dan Mempaga. Semoga silaturahim sesama kita dapat dieratkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat ! ☺

今天早上和黄德一起到美律谷垦殖区和猛巴卡垦殖区拜访我们的穆斯林朋友,大家不分彼此共庆佳节。

祝所有穆斯林朋友开斋节快乐!









Source

Melawat JKM Bentong dan berbincang dengan pengarah berhubung…


Melawat JKM Bentong dan berbincang dengan pengarah berhubung cara untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran Kg Repas. 昨天与政贤和菈菈到文冬福利局与其总监讨论如何协助力巴士火灾的灾民。





昨天到文冬福利局和局长利娅那开会商讨力巴士大火灾事宜。

他向我们汇报已经将日用品及援助金发放给灾民,并将会持续关注灾民的情况。

我们也将在网络筹款运动截止后与福利局合作安排分配所筹获的款项。

感谢福利局在发生火灾后迅速的展开救灾工作,协助灾民度过难关。

Source