Bersama dengan ADUN Bilut Chow Yu Hui da…


Bersama dengan ADUN Bilut Chow Yu Hui dan ADUN Ketari Lee Chin Chen, kami telah melancarkan program membantu golongan miskin dengan menggunakan truk HARAPAN.

Kami telah menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga miskin di Kampung Benggali dan Taman Bukit Chamang.

Sesungguhnya pimpinan DAP Bentong telah memulakan usaha untuk membantu golongan miskin khususnya di luar bandar sejak dua tahun yang lalu.

Dengan truk HARAPAN ini, diharapkan pimpinan Pakatan Harapan Bentong dapat membantu lebih banyak lagi rakyat yang memerlukan bantuan terutamanya di kawasan luar bandar untuk mewujudkan HARAPAN demi tanah air kita.

Sila PM saya sekiranya anda ingin memberitahu kita sesiapa memerlukan bantuan barangan keperluan.













Source

Saya sedang menuju ke Sertik dengan seku…


Saya sedang menuju ke Sertik dengan sekumpulan sukarelawan untuk lawatan rumah ke rumah. Kami menyumbang barangan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan dan mengambil kesempatan untuk mendengar setiap cerita mereka.

Dalam perjalanan ke sana, kami berhenti untuk makan tengahari di sebuah warung. Pembantu warung tersebut datang berbual dengan kami. Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang janda dan bertanya sama ada kita hanya membantu kumpulan orang tertentu, di mana kita menjawab, “Kami membantu semua.” Kami telah menghulurkan sedikit sumbangan barangan kepadanya dan dia menerimanya dengan penuh bersyukur. Dia kemudian memberitahu kami tentang seorang balu lain yang tinggal tidak jauh dari warung itu yang amat memerlukan bantuan. Walaupun sudah berada di belakang jadual, kami memutuskan untuk bertemu dengan wanita ini.

Ketika kami tiba, seorang wanita bersaiz kecil berusia 50-an, cacat, menyeret badan dengan tangannya, dengan gembira menyambut kami di pintu. Beliau berkongsi kisahnya. Enam tahun yang lalu, semasa bangun pagi, beliau mendapati dirinya tidak dapat bergerak dan anggota badannya sudah bentur . Hingga hari ini, beliau menanggung kesakitan dan kesukaran dalam kehidupan sehariannya. Beliau juga tidak banyak makan selama beberapa hari ini kerana bekalan beras sudah habis. Walau bagaimanapun, beliau amat gembira dengan kunjungan kami, tetapi, pada masa yang sama mengakui dengan perasaan sedih bahawa sepanjang Raya, tiada seorang pun datang melawatnya.

Bila tiba masanya untuk kami semua minta diri, beliau memegang tangan saya dan mengucapkan terima kasih. Ayat-ayat terakhir yang dilafazkan oleh beliau masih berdering kuat di kepala saya – “Saya hanya ada satu permintaan. Saya harap dapat berjalan semula. Tolonglah….”

Oleh itu, jika anda kenal sesiapa yang sudi membantu wanita ini – chiropractor, ahli fisioterapi, tukang urut , akupunktur, doktor, sensei, sifu, dll-, sila hubungi / PM saya.

Yang ikhlas,
Wong Tack




Source

Berkesempatan berkenalan dengan seorang …


Berkesempatan berkenalan dengan seorang Pakcik berumur 75 tahun di majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Shafie semalam. Semasa sembang2 saya pun kata, ” Orang kampung memang susah sikit nak ubah sebab tak disalurkan maklumat yang betul. BN juga selalu main isu perkauman dan agama.”

Pakcik tersebut memandang saya sambil tersenyum. Jawab beliau, “Mr. Wong, ini sudah cerita lama. Orang kampung tak bodoh lagi. Dulu Tun M buat kita tak bijak. Tapi sekarang kita semua sudah sedar dan jadi bijak sebab Tun M jugak.”

– Wong Tack





Source

Mewariskan anak cucu kita dengan perseki…


Mewariskan anak cucu kita dengan persekitaran yang sihat sejahtera adalah tanggungjawab generasi ini. Tanggungjawab ini tidak boleh dielak dan mesti sama2 dipikul oleh semua.

Jelajah berbasikal HIJAU 2800km ‘Tutup Lynas’ akan bergerak dari Kg Raja ke Kuala Terengganu esok . Adakah anda akan bersama-sama mereka untuk memikul tanggungjawab untuk generasi masa depan?

自己的責任、使命別人無法幫你扛,爭取環境的幸福需要你在行走的路上流下努力的汗水!明天長征路上依然有他們,還會有你嗎?


Source