Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan ra…

Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan rakyat diberi keutamaan.

Saya dimaklumkan oleh Pegawai Daerah Bentong, Dato' Mohd Zulkifli Hashim bahawa peruntukan seribu pek bakul makanan bagi Parlimen Bentong telah tiba. Beliau telah meminta saya menyenaraikan nama penerima yang berada dalam kesusahan.

Berkesempatan singgah di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bentong semalam. Sememangnya petugas JKM sedang menghadapi cabaran besar kerana kekurangan tenaga kerja dalam waktu kritikal seperti sekarang. Namun mereka masih bertungkus-lumus memastikan agihan bekalan makanan dapat dijalankan dengan lancar. Syabas diucapkan atas usaha mereka.

Saya berharap pek bekalan makanan dapat diserahkan kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin.

Pihak pejabat saya juga sedia membantu semampu mungkin jika diperlukan.

"We do what we can."

#KitaJagaKita
#Bentong


Source

Sehari selepas melalui detik malang pali…

Sehari selepas melalui detik malang paling hitam dalam sejarah negara ini, saya meluangkan masa di kebun sayuran organik HoHo kepunyaan adik saya, melakukan hobi saya selama ini – berkebun. Namun, walaupun cangkul tidak lekang dari tangan dan terus melakukan kerja, ternyata tidak dapat membuatkan saya lupa walaupun sedetik kejadian yang meruntun hati ini, yang berlaku begitu pantas sekali. Fikiran saya hanya tertumpu dengan mencari jalan bagaimana caranya untuk terus maju ke depan.

Tatkala sedang giat bercangkul, telefon bimbit berdering. Panggilan daripada seorang ibu. Beliau ingin mengongsi sebuah cerita. Sebuah cerita yang mengingatkan saya bahawa berputus asa itu bukanlah satu pilihan, walau sesukar mana pun dugaan yang menimpa.

Ibu tersebut menyatakan kepada saya, dia menghubungi anaknya untuk memaklumkan negara ini kini ditadbir sebuah kerajaan ‘pintu belakang’ yang ditubuhkan oleh golongan ‘pencuri’ dan ‘pengkhianat’. Anaknya seraya menjawab – “Ya ibu, saya juga tahu berita itu.”

Ibu berkenaan kemudian bertanyakan keadaan anaknya. Anaknya memberitahu yang pada waktu itu, dia berada di kolej, sedang mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya di sebuah kelas kosong, pada tengahari hari Ahad.

Ketika itulah ibu tersebut sedar bahawa berputus asa bukan satu keputusan yang boleh diterima. Anaknya dan rakan-rakan tetap meneruskan tanggungjawab mereka, menimba ilmu serta melakukan yang terbaik untuk merealisasikan impian mereka. Mereka menunjukkan azam, menggembleng tenaga bagi merebut masa depan yang lebih cerah. Maka, wajarkah dia, sebagai seorang ibu, melepaskan tanggugjawabnya begitu saja? Wajarkah perasaan sedih serta berputus asa yang menyelubungi dirinya digunakan sebagai alasan untuk tidak melindungi nasib dan masa depan anak-anak daripada dirompak? Anak-anak bergantung harap kepada kita. Berputus asa adalah satu tindakan paling tidak bertanggungjawab.

Ibu tersebut sedar yang keupayaannya juga terhad. Namun, dia tahu jika setiap ibu bapa, bakal ibu bapa juga semua lapisan pemimpin negara ini bergabung dan terus memberi komitmen untuk melindungi dan memelihara masa depan anak bangsa, perubahan yang diimpikan pasti menjadi kenyataan.

Ibu tersebut juga meyakinkan saya untuk tidak menyerah kalah. Saya berjanji untuk terus berjuang.

———
Spent the morning of the day after one of the blackest days in the history of our nation at Hoho organic vegetable farm, indulging in my favorite pastime – tilling the land. But all the ‘cangkul-ing’ could not take my mind off the heartbreaking events that had happened so quickly. The mind was constantly searching for a way to move forward.

Then my phone rang. On the other end of the line was a mother. She told me a story. A story that reminded me that giving out is not an option, no matter how tough the situation seems.

She told me that she called her young son to tell him that we now have a backdoor government, made up of thieves and traitors. Her 17 year-old son told her, “Yeah, I saw the news.”

She then asked her son what he was doing. He said he was at his college, studying with a few of his friends in one of the empty classrooms. It was a Sunday afternoon.

At that moment she realized she couldn’t give out. Her son and his young friends have carried out their duties. They were doing their best to realize their dreams. The children were doing their part to secure a good future for themselves. How could she, as a parent not do hers? How could she not do her best to protect their future from being robbed away? Our children depend on us. It would be irresponsible to give out.

The mother who called was aware that she has limited capacity. But she knew that if every parent or future parents and all responsible leaders of this nation commit fully to do everything they can to protect the future of our children, then the desired change will happen.

She urged me not to give out. I promised her I will not.


Source