Ceramah Perdana Bina Harapan malam ini berada di Kampung Chamang, semua dikemput hadir!
改朝换代造势大会 今晚在暹猛新村!欢迎大家出席!
https://www.facebook.com/wongtack/videos/1868564053175516/
Source
黄德部落格 Wong Tack Blog
Ceramah Perdana Bina Harapan malam ini berada di Kampung Chamang, semua dikemput hadir!
改朝换代造势大会 今晚在暹猛新村!欢迎大家出席!
Siaran Langsung Ceramah Bina HARAPAN di Taman Desa Damai. Semua dijemput hadir!
安乐园Taman Desa Damai 造势活动,欢迎大家前来参与!
Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di Bentong pada 15.04.2018
Demokrasi Negara Semakin Terbelakang Di Bawah BN
Wong Tack Desak Liow Tiong Lai Kecam Ahmad Zahid
Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru rakyat yang bekerja di Singapura agar tidak balik mengundi sekiranya tidak mendapat kebenaran majikan.
Dalam kenyataan medianya, Wong Tack menyatakan bahawa kata-kata Ahmad Zahid ini sebenarnya adalah membelakangi prinsip demokrasi lantaran setiap rakyat haruslah menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi. Sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid patutnya menyeru semua rakyat untuk melibatkan diri dalam PRU kali ini demi menentukan hala tuju negara dan bukannya menanamkan kesedaran sebegini yang tidak demokratik dan salah dan menyebabkan demokrasi negara terbelakang lagi.
Wong Tack berujar bahawa kenyataan Ahmad Zahid sebenarnya adalah bertujuan untuk mengetepikan tanggungjawab yang seharusnya dipikul rakyat lantaran kadar keluar mengundi yang rendah akan memudahkan BN untuk terus bersubahat dengan SPR demi memenangi PRU kali ini.
Wong Tack menegaskan bahawa niat hati BN sudah ternyata jelas. Kini BN amat gentar terhadap kadar keluar mengundi yang tinggi kerana kadar mengundi yang melebihi 85% sudah tentunya akan menjanakan perubahan kerajaan. Sebenarnya beberapa kenyataan pemimpin UMNO yang tidak munasabah dan tidak logik langsung telah menunjukkan bahawa UMNO jelas bahawa pemerintahan mereka akan ditamatkan dalam masa sebulan ini dan pemimpin yang rakus rasuah akan dihantar ke penjara Sungai Buloh tidak lama lagi.
Selepas pengumuman tarikh PRU, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah menggerakkan kempen balik undi secara besar-besaran dan kehangatan ini tidak pernahnya wujud sebelum ni. Kempen balik undi yang digerakkan melalui media sosial mengilustrasikan bahawa rakyat jelata adalah mementingkan PRU kali ini dan kesemua inilah yang paling ditakuti oleh rejim UMNO BN. Malah SPR sengaja meletakkan hari Rabu sebagai hari mengundi untuk mengelakkan orang ramai untuk balik mengundi.
Sebelum bermulanya kempen PRU, sekali lagi pemimpin tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan sebegini yang memalukan dan tidak menghormati demokrasi. Oleh itu, Wong Tack mendesak Liow Tiong Lai untuk menyatakan pendirian sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Ahmad Zahid yang menyeru rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara agar tidak balik mengundi dan sekiranya tidak bersetuju, adakah Liow Tiong Lai berani mengecam kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara ini dan menyeru pengundi di Bagan Datuk untuk menolak calon sedemikian yang membelakangi prinsip demokrasi.
Wong Tack turut menyeru semua rakyat untuk melibatkan diri dalam PRU kali ini. Sekiranya BN terus menggunakan tipu muslihat seperti persempadanan semula yang tidak adil untuk menjejaskan keputusan PRU, maka rakyat wajib bangkit lawan tetap lawan dan tidak tunduk kepadanya. Kadar keluar mengundi yang tinggi sudah tentu akan menjamin pembentukan sistem dua parti dan pastinya Pakatan Harapan dapat mara ke Putrajaya demi membina HARAPAN untuk anak cucu kita.
Kami tinggalkan kampung demi mencari rezeki dan balik rumah demi selamatkan negara. Semua rakyat sekali lagi diseru untuk mengundi Pakatan Harapan dalam PRU kali ini lantaran setiap undi anda adalah berupaya untuk mengubah hala tuju negara kita untuk membuka lembaran baru demi Malaysia.
Pulau Pinang tidak pernah membezakan warna kulit, bangsa dan latar belakang beragama.
Di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang, syiar Islam terus subur berkembang. Pada masa sama, hak kebebasan agama lain tetap dihormati.
Sejak 2008, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM497.77 juta bagi pembangunan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.
Di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang, syiar Islam terus subur berkembang. Pada masa sama, hak kebebasan agama lain tetap dihormati.
Sejak 2008, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM497.77 juta bagi pembangunan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.
https://www.facebook.com/MPTonyPua/videos/2029523030411121/
Source
Perbicaraan kes 15 orang anti-Lynas bersambung di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. Sokongan daripada rakan2 seperjuangan hijau sangat mengagumkan. Terima kasih!
Hidup Hijau!
Menghadiri ceramah kelompok pada hari sabtu lepas di Kampung Bukit Gajah, Pelangai bersama Adun Bilut Chow Yu Hui dan bakal calon Dun Pelangai Cikgu Nab. Ceramah ini diadakan oleh PPBM yang baru menubuhkan cawangan di sana, sambutan agak menggalakkan.
Kami juga mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli dari parti komponen Pakatan Harapan untuk merancangkan aktiviti semasa kempen PRU yang akan datang.
Menziarahi seorang rakan di Felda tempoh hari.
Kata beliau pada saya ,”Saya mimpi awak akan menang. Tapi mesti ingat ya. Lepas menang nanti, jangan takut2 dan jangan goyang kaki di Parlimen.”
Saya jawab, “Jangan bimbang. Saya pasti ingat nasihat Pakcik.”
Mengedar limau kepada kawan-kawan Karak di sekitar pasar Karak bersama ADUN Sabai sdr Kamache. 与沙拜区州议员卡玛吉今早到加叻巴刹派发吉柑,希望加叻的同乡们今年又旺又🉐️!
Mengimbas kembali hari yang penuh bermakna di kampung dan Felda pada hari minggu yang lepas.
Diiringi oleh Puan Young Syefura Othman (Rara), Naib Pengerusi Pakatan Harapan Bentong, hari bermula dengan satu lawatan ke sebuah kuil India yang terletak di satu sudut kecil di Taman Karak. Saya diberitahu kuil ini telah wujud lebih daripada setengah abad. Apabila saya tiba, sudah terdapat agak ramai penganut2 India yang menggelilingi kuil kecil yang berukuran tidak lebih daripada 10×10 kaki itu. Saya telah menyertai mereka dalam upacara sembahyang dan telah berdoa untuk masa depan yang cerah untuk semua.
Selepas itu, saya bergegas pula ke upacara anugerah kecemerlangan UPSR untuk murid2 Sek. Keb. Kg. Shafie yang telah mengikuti kelas tuisyen yang ditaja saya. Tahniah! Saya memberitahu mereka, “Saya membesar di Sri Telemong, kat sebelah sini saja . Pada masa tu, tiada orang yang sangka budak miskin dari kampung kecil ini boleh melanjutkan pelajaran ke Kanada dan mencapai kejayaan. Anda semua mesti terus berusaha, jangan putus asa dan apabila sudah berjaya nanti, mesti pulang ke kampung dan berkhidmat untuk masyarakat anda seperti yang dilakukan saya sekarang!”
Bergerak pula ke Felda lepas itu untuk menziarahi warga yang sakit, uzur dan marhaen. Juga berpeluang bersembang sambil minum teh tarik dengan ramai warga Felda yang sungguh ramah dan baik hati. Walaupun ada antara mereka yang tidak sama haluan politik, namun kata-kata sokongan daripada mereka amat memberangsangkan. Makan malam bersama warga Felda mengakhiri hari yang walaupun agak memenatkan jugak, namun penuh bermakna.
Melihat senyuman yang terukir di bibir setiap orang yang saya jumpa merupakan pemangkin kepada saya untuk meneruskan perjuangan demi rakyat ini.
————————————————————-
Recounting my meaningful day in the kampung and Felda last weekend.
Accompanied by Puan Young Syefura Othman, Vice Chairman of Pakatan Harapan Bentong, the day started off with a visit to an Indian temple sitting in a little corner in Taman Karak, which I was told has existed for more than half a century. When I arrived there was already quite a big number of devotees gathered around this tiny temple of not more than 10ft by 10ft. Joined them in their prayer session and I wished for brighter days ahead for all of them.
After that I rushed off to attend an award giving ceremony for students from an intensive tuition class from Sek Keb Kg. Shafie which I have sponsored. Congratulations for excelling in your UPSR! I told them that I too was a kid from a kampung near theirs (Sri Telemong). And at that time no one thought that a poor kid from such a small kampung could further his studies in Canada and achieve success in life. I encouraged them to work hard, never give up and return one day to serve their community like what I’m doing now.
I moved on to the Felda to visit the sick, elderly and the underprivileged. Also had the opportunity to sembang over teh Tarik’s with many warga Felda. They are such good hearted people. Although some of them may not be on the same side politically, but yet the support and kind words from each of them are so encouraging. Ended the day by having dinner with the community of Felda.
Although tiring, it was truly a meaningful day. Smiles from the people I met are what kept me going on this path of struggle for change.