Telah dijemput oleh Tuan Haji Sulaiman, SU Koperasi FELDA Mempaga Satu untuk bersama-sama menjayakan program jualan buah-buahan tempatan secara pandu lalu (drive through) bertempat di Stesen Minyak Petron FELDA Jaya Mempaga semalam.
Usaha ini dijana oleh Unit Buah-Buahan Koperasi FELDA Mempaga Satu bagi memasarkan buah-buahan dengan harga yang lebih murah memandangkan sektor pertanian terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.
Saya memuji usaha pihak pengurusan Koperasi FELDA Mempaga Satu kerana menjalankan inisiatif seperti ini yang dapat membantu pekebun kecil menjual hasil tanaman mereka. Langkah seperti ini harus dicontohi oleh semua pihak.
Syabas diucapkan kepada semua warga Koperasi FELDA Mempaga Satu atas program ini. Kepada penduduk FELDA Jaya Mempaga dan sekitar, marilah bersama-sama memberi sokongan dengan membeli buah-buahan yang disediakan.