24 Februari 2019 | Pelangai, Bentong
Penyerahan cek sumbangan kepada Tabika-tabika KEMAS di seluruh DUN Pelangai.
[vid_url]
Source
黄德部落格 Wong Tack Blog
24 Februari 2019 | Pelangai, Bentong
Penyerahan cek sumbangan kepada Tabika-tabika KEMAS di seluruh DUN Pelangai.
[vid_url]
Source
21 Februari 2019 | Felda Lurah Bilut
Memenuhi jemputan untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-42 SK Felda Lurah Bilut.
[vid_url]
Source
19 Februari 2019 | Bentong
Hari yang sibuk.
Pada waktu pagi telah berjumpa dengan En. Lim yang ingin menubuhkan sebuah Pusat Pertanian di Bentong dengan harapan untuk melatih anak-anak muda yang berminat dalam bidang pertanian.
Selepas itu berjumpa dengan Cik Khoo, seorang anak muda Bentong yang kini bekerja di Selangor. Seperti saya, beliau juga adalah seorang pencinta alam sekitar. Beliau telah lama mengkaji kaedah penanaman semula hutan Miyawaki. Saya harap dapat membantunya untuk mendapatkan sebidang tanah kecil/ kawasan sesuai di Bentong untuk mencuba kaedah tersebut.
Pada sebelah petang, saya telah membawa Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Tengku Zulpuri ke tapak sebuah lombong dan kuari. Lombong tersebut telah beroperasi selama lebih kurang 20 tahun. Manakala lesen operasi kuari tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri kira-kira 2 tahun yang lepas.
Kemusnahan yang terpapar di depan mata amat menyedihkan. Sungai yang dulunya jernih kini dimendapi lumpur. Pelanggaran undang-undang adalah banyak dan sungguh nyata sekali. Mana agensi2 penguatkuasaan??
Selepas lawatan ke lombong, saya telah ke Pejabat Perhutanan Bentong pula untuk melaporkan kegiatan pembalakan haram di kawasan berhampiran lombong tersebut.
Pada sebelah malam pula, telah menghadiri dua majlis komuniti di Sri Telemong dan Karak sempena Chap Goh Mei.
[vid_url]
Source
1 Februari 2019 | Kuantan, Pahang.
Mengiringi Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching semasa lawatan kerja beliau ke Kuantan. Kami telah membuat lawatan ke beberapa buah sekolah serta mengadakan satu sesi dialog bersama guru besar dari SJKC Pahang Timur untuk mendengar dan berbincang jalan penyelesaian untuk isu-isu yang dihadapi.
[vid_url]
Source