Ketika saya melawat FELDA Mempaga Satu m…

Ketika saya melawat FELDA Mempaga Satu minggu lalu, saya telah dimaklumkan oleh Tuan Pengurus Rancangan, En. Nazri Che Musa bahawa mereka telah menubuhkan pusat agihan makanan asas untuk mereka yang memerlukan di kawasan berkenaan dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Mempaga Satu.

Saya amat kagum dengan usaha murni mereka. Sebagai tanda sokongan, pejabat saya telah menyerahkan bantuan untuk pusat berkenaan pada hari ini.

Oleh yang demikian, kepada penduduk Mempaga yang ingin bantuan makanan bolehlah terus ke pusat berkenaan.

Saya turut berkesempatan menziarah taman perumahan berdekatan di mana didiami ramai generasi kedua FELDA yang rata-rata juga anak peneroka. Ramai antara mereka yang berpendapatan harian terkesan akibat PKP. Saya secara peribadi menyerahkan beberapa pek bungkusan makanan asas kepada keluarga yang terjejas.

Turut bersama saya pada hari ini adalah ADUN Ketari, YB Young Syefura Othman.

Bersamalah kita lakukan yang terbaik untuk rakyat.

#KitaJagaKita





Source

Felda Kemasul adalah kawasan yang mereko…

Felda Kemasul adalah kawasan yang merekod kes denggi yang tinggi setiap tahun. Dalam tahun ini, walaupun baru sahaja masuk bulan kedua, lima kes denggi telah dilaporkan dan empat keluarga telah dikeluarkan kompaun.

Demi membanteras denggi, masyarakat setempat, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bentong telah mengadakan kempen kesedaran serta aktiviti gotong-royong Ahad yang lalu.

Inisiatif pro-aktif sedemikian sangat membanggakan.

Saya sentiasa percaya bahawa kasih sayang dan tolong-menolong sesama umat manusia mampu menangani segala cabaran hidup. Kita mesti sayangi setiap orang dalam komuniti kita seperti ahli keluarga sendiri.

Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat!





Source

Pecah amanah: 2 bekas pegawai Felda dihukum penjara


[admin] Dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masing-masing dipenjara lima dan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat pecah amanah dana Felda lebih RM47 juta, empat tahun lalu.

Pecah amanah: 2 bekas pegawai Felda dihukum penjara

Atas tuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat pecah amanah dana Felda lebih RM47 juta.

Source

Selamatkan Felda, Bina Harapan Malaysia. …


Selamatkan Felda, Bina Harapan Malaysia.

Sebagaimana skandal kewangan terbesar 1MDB, tahun 2017 menyaksikan satu demi satu kebobrokan pengurusan FELDA terdedah dan menjadi bualan masyarakat dari atas hinggalah ke peringkat akar rumput.

Pada 2015 Laporan Ketua Audit Negara pula mengesahkan sebanyak RM47.6 Juta hilang dalam satu projek FELDA melibatkan penternakan ikan sturgeon.

Skandal-skandal mega 1MDB serta Felda dan MARA menyebabkan beban kewangan negara teruk terjejas. Semua ini membebankan rakyat.

Satu-satunya jalan keluar daripada krisis penyelewengan dan salah urus tadbir parah ini ialah melalui reformasi pentadbiran yang boleh dicapai melalui kesungguhan politik.

Persoalannya, adakah rakyat bersedia melakar perubahan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak?

Felda kena buat perubahan kerana banyak sangat skandal yang terbongkar dan terbukti adanya kelemahan.

Anak-anak Felda perlu perubahan.

Ubah kepada HARAPAN yang pasti !

#BerjuangSepenuhHati #BerbaktiDemiPertiwi





Source

Menziarahi seorang rakan di Felda tempoh hari. …


Menziarahi seorang rakan di Felda tempoh hari.

Kata beliau pada saya ,”Saya mimpi awak akan menang. Tapi mesti ingat ya. Lepas menang nanti, jangan takut2 dan jangan goyang kaki di Parlimen.”

Saya jawab, “Jangan bimbang. Saya pasti ingat nasihat Pakcik.”


Source

Tsunami FELDA sudah bermula….


Tsunami FELDA sudah bermula.
Kali Inilah!







Jelajah Felda Pakatan Harapan di Felda Gunong Besout, Slim River semalam. Alhamdulillah sambutan daripada para peneroka sangat memberangsangkan. Kita yakin, para peneroka sudah berani untuk berubah!

Source