Chronology Hari Penamaan Calon PRU 14…


Chronology Hari Penamaan Calon PRU 14
N. 34 KETARI, BENTONG.

By: Nik Wan Nurul Ain (Young Syefura’s campaign manager)


Chronology Hari Penamaan Calon PRU 14
N. 34 KETARI, BENTONG.

By: Nik Wan Nurul Ain (Young Syefura’s campaign manager)

7.30 am: berkumpul untuk perarakan ke Dewan Penamaan Calon. Dari awal sehingga sepanjang perjalanan perarakan seringkali ditahan oleh pihak polis atas alasan jumlah penyokong yang dibenarkan masuk ke kawasan dewan hanya seramai 30 orang. Jumlah kami memang 30 orang yang berarak di depan, tidak lebih dan tidak kurang tetapi alasan diberikan masih sama. Perjalanan seolah olah sengaja diperlahankan.

8.55 am: baru dapat dibenarkan masuk ke perkarangan Dewan.

9.00 am: diarahkan hanya calon, pencadang dan penyokong untuk masuk ke dalam tanpa wakil calon/agent calon. Kami bantah kerana wakil calon perlu menguruskan dokumentasi calon. Wakil calon mempunyai tag nama. Selepas berunding, kami semua yang mempunyai TAG NAMA berjaya masuk.

9.05 am: Calon, pencadang dan penyokong menunggu giliran untuk hantar dokumen penamaan calon. Didapati, wakil calon/agent calon dari Parti lain telah ada di dalam dewan. Persoalannya, mengapa agent calon PH dihalang sedangkan parti lain boleh??

9.30 am: giliran Young Syefura (Rara), penyokong dan pencadang menyerahkan dokumen kepada SPR.

9.45 am: Rara menyerahkan baki dokumen kepada saya selepas SPR. Didapati, borang A tidak diambil SPR sedangkan itu dokumen penting! Saya bertemu pegawai SPR bagi Dun Ketari dan bertanya kenapa tidak diambil? Pegawai akui, perlu diserahkan dan Registrar Officer (RO) akan mengesahkan. Terus dokumen tersebut diserahkan. Kenapa borang itu tidak diambil? Sedangkan calon lain sebelum Rara diambil? Sekiranya ada apa-apa borang yang dihantar tidak mencukupi, calon akan hilang kelayakan. Syukur, berjaya dihantar semula sebelum pukul 10 pagi waktu tamat penyerahan. Walaupun dalam hati mula curiga.

11 am: Masih menunggu keputusan. Pengumuman dari kawasan lain telah pun berlaku tetapi Bentong masih lagi menanti dengan sabar. Kami mendengar khabar bahawa kad pengenalan calon B-End Ketari tidak menepati syarat kelayakan bertanding DUN dimana alamat tertera bukan bermastautin di negeri bertanding iaitu Pahang. Kami masih juga sabar menunggu SPR sekiranya ada masalah atau penolakan.

11.30 am: SPR memaklumkan untuk mengumumkan penamaan calon di luar Dewan. Kami memohon kerjasama SPR untuk menjelaskan sama ada benarkah khabar bahawa alamat kad pengenalan calon B-End Ketari bukan di Pahang tetapi di kuala lumpur. SPR enggan menjawab dan ingin teruskan dengan penamaan. Kami bantah!! Tunjukkan dahulu kad pengenalan kerana sekiranya benar, ia adalah salah di sisi undang-undang dan SPR sendiri.

12 pm: Hari kami menggesa untuk kad pengenalan didedahkan. Berani kerana benar! Kekecohan berlaku di luar Dewan. SPR dan calon B-End tersebut enggan dan calon menyepikan diri. Saya sediakan borang bantahan yang diberikan oleh SPR bersama-sama dokumen terdahulu. Rara tandatangan dan kami masuk semula ke dalam dewan untuk menyerahkan borang bantahan. SPR menolak dengan menyatakan tiada lagi bantahan boleh dibuat. Perlu umumkan penamaan calon dahulu. Sekiranya ada bantahan, melalui petisyen dan boleh bawa ke mahkamah. Amboi amboi! Mahkamah?

Kami terus menggesa pegawai SPR. Kemudian kami diberi jawapan bahawa tiada masalah bagi calon tersebut mempunyai alamat di KL kerana alamat dalam cip kad pengelanan calon itu telah ditukar ke Pahang semenjak tahun 2017. Make sense tak? What on earth are you talking about?! You can get your ic changed within a day from JPN! Since 2017 and only in chip? Habis buat apa hantar salinan ic bagai kalau pakai cip? Buat online je la.

Dalam rundingan dengan SPR, saya dan beberapa agent calon PH lain dapati ada 2 individu yg mencurigakan tanpa TAG NAMA di dalam dewan. Cameraman pun ada Tag. SPR pun ada tag. Who are you?!

Individu tersebut seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya mengambil initiatif bertanya kepada perempuan itu yg sedang on the phone dgn seseorang yg dipanggil Dato. Perkataan yang kami dengar adalah “clear”. Agent calon lain berhampiran. Saya bertanya, “Puan dari mana ye?”. Terkejut dengan teguran saya, secara spontan dijawab JPN. Lelaki di sebelahnya tidak membantah. Kami terkejut dan mereka ‘act cool’ dengan katakan sibuk. Kami nampak perempuan itu menyerahkan sekeping kertas kepada lelaki disebelahnya. Perempuan itu bangun dan ditahan oleh calon PH dan kami.

Saya ikuti dekat lelaki tersebut dan berjaya melihat kertas itu kerana lelaki tersebut tidak melipat kertas dan sibuk dengan phone. Rupanya kertas itu adalah salinan ic calon B-End Ketari! Saya dekati dan berjaya melihat alamat! Kuala Lumpur! Segera saya maklumkan kepada rakan agent calon dan kami bersama sama menuju ke arah lelaki itu, dalam pada waktu yg sama, salah seorang pegawai SPR bertugas mendahului kami dan mengarahkan lelaki tersebut melipat dan simpan salinan itu. Lelaki tersebut sempat lipat tetapi tidak berjaya masukkan ke dalam poket lalu diletakkan di belakangnya dan menafikan.

Kekecohan berlaku lagi. Perempuan tadi rampas salinan ic itu dari rakannya dan cuba menyimpan. Calon calon kami cuba ambil dari perempuan itu. Pengurus SPR mengambil Salinan.

Source

Jemputan Perhimpunan Hari Pencalonan Parlimen Bentong…


Jemputan Perhimpunan Hari Pencalonan Parlimen Bentong

Tarikh: 28 April 2018
Masa: 7.30am
Tempat Perhimpunan: Medan Selera Kampung Baru, Bentong

*Berpakaian merah.

明天就是提名日,我们在此诚邀大家,明天早上7点半,一起聚集到文冬甘榜巴鲁小食中心。

同时,我们也呼吁所有出席者穿上红色衣服,一起为我们的候选人加油打气 !

提名日,有你就有势 !

更多详情,请联系 Angeline 016-9629842 。


Source

Menghadiri ceramah kelompok pada hari sabtu lepas di Kampung…


Menghadiri ceramah kelompok pada hari sabtu lepas di Kampung Bukit Gajah, Pelangai bersama Adun Bilut Chow Yu Hui dan bakal calon Dun Pelangai Cikgu Nab. Ceramah ini diadakan oleh PPBM yang baru menubuhkan cawangan di sana, sambutan agak menggalakkan.

Kami juga mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli dari parti komponen Pakatan Harapan untuk merancangkan aktiviti semasa kempen PRU yang akan datang.







Source

Menziarahi seorang rakan di Felda tempoh hari. …


Menziarahi seorang rakan di Felda tempoh hari.

Kata beliau pada saya ,”Saya mimpi awak akan menang. Tapi mesti ingat ya. Lepas menang nanti, jangan takut2 dan jangan goyang kaki di Parlimen.”

Saya jawab, “Jangan bimbang. Saya pasti ingat nasihat Pakcik.”


Source

Mengimbas kembali hari yang penuh bermakna di kampung dan Felda pada hari minggu…



Mengimbas kembali hari yang penuh bermakna di kampung dan Felda pada hari minggu yang lepas.

Diiringi oleh Puan Young Syefura Othman (Rara), Naib Pengerusi Pakatan Harapan Bentong, hari bermula dengan satu lawatan ke sebuah kuil India yang terletak di satu sudut kecil di Taman Karak. Saya diberitahu kuil ini telah wujud lebih daripada setengah abad. Apabila saya tiba, sudah terdapat agak ramai penganut2 India yang menggelilingi kuil kecil yang berukuran tidak lebih daripada 10×10 kaki itu. Saya telah menyertai mereka dalam upacara sembahyang dan telah berdoa untuk masa depan yang cerah untuk semua.

Selepas itu, saya bergegas pula ke upacara anugerah kecemerlangan UPSR untuk murid2 Sek. Keb. Kg. Shafie yang telah mengikuti kelas tuisyen yang ditaja saya. Tahniah! Saya memberitahu mereka, “Saya membesar di Sri Telemong, kat sebelah sini saja . Pada masa tu, tiada orang yang sangka budak miskin dari kampung kecil ini boleh melanjutkan pelajaran ke Kanada dan mencapai kejayaan. Anda semua mesti terus berusaha, jangan putus asa dan apabila sudah berjaya nanti, mesti pulang ke kampung dan berkhidmat untuk masyarakat anda seperti yang dilakukan saya sekarang!”

Bergerak pula ke Felda lepas itu untuk menziarahi warga yang sakit, uzur dan marhaen. Juga berpeluang bersembang sambil minum teh tarik dengan ramai warga Felda yang sungguh ramah dan baik hati. Walaupun ada antara mereka yang tidak sama haluan politik, namun kata-kata sokongan daripada mereka amat memberangsangkan. Makan malam bersama warga Felda mengakhiri hari yang walaupun agak memenatkan jugak, namun penuh bermakna.

Melihat senyuman yang terukir di bibir setiap orang yang saya jumpa merupakan pemangkin kepada saya untuk meneruskan perjuangan demi rakyat ini.

————————————————————-
Recounting my meaningful day in the kampung and Felda last weekend.

Accompanied by Puan Young Syefura Othman, Vice Chairman of Pakatan Harapan Bentong, the day started off with a visit to an Indian temple sitting in a little corner in Taman Karak, which I was told has existed for more than half a century. When I arrived there was already quite a big number of devotees gathered around this tiny temple of not more than 10ft by 10ft. Joined them in their prayer session and I wished for brighter days ahead for all of them.

After that I rushed off to attend an award giving ceremony for students from an intensive tuition class from Sek Keb Kg. Shafie which I have sponsored. Congratulations for excelling in your UPSR! I told them that I too was a kid from a kampung near theirs (Sri Telemong). And at that time no one thought that a poor kid from such a small kampung could further his studies in Canada and achieve success in life. I encouraged them to work hard, never give up and return one day to serve their community like what I’m doing now.

I moved on to the Felda to visit the sick, elderly and the underprivileged. Also had the opportunity to sembang over teh Tarik’s with many warga Felda. They are such good hearted people. Although some of them may not be on the same side politically, but yet the support and kind words from each of them are so encouraging. Ended the day by having dinner with the community of Felda.

Although tiring, it was truly a meaningful day. Smiles from the people I met are what kept me going on this path of struggle for change.




Source

Generasi hari ini pemimpin di hari esok….


Generasi hari ini pemimpin di hari esok.

Anwar Ibrahim pernah berkata
Anak melayu anak kita
Anak cina anak kita
Anak India anak kita
Anak kadazan anak kita
Anak Malaysia anak2 kita
Semua bangsa adalah anak kita
Jangan biarkan masa hadapan mereka
Terus gelap.
Jangan biarkan mereka warisi kepunahan
Jangan biarkan mereka merempat di negara sendiri.
Segera kita bangkit lakukan perubahan
Segera kita bangun tuntut keadilan
Segera kita segera selamatkan Malaysia
Khidmat ku untuk rakyat
Bakti ku kepada rakyat
Di mana langit di junjung
Di situ bumi di pijak
Di mana ada kemahuan
Di situ ada jalan
Yang ringan tidak datang berterbangan
Yang bulat tidak datang bergolekan
Usaha tetap di teruskan
Kejayaan pasti tiba.
Demi anak2 kita.
Anak2 semua bangsa
Kita percaya anak ini ada lah pemimpin di hari esok .
Kerana kita perintis di jalan yang berliku.

[Admin] 8/8/2017




Source

Hari ini bergotong royong membersih seru…


Hari ini bergotong royong membersih serumah di kampung baru karak .gotong royong di manakan gotong royong 1 malaysia terdiri daripada kawan2 melayu cina dan india. Ini lah semagat kerjasama semua bangsa.Dan memberi sedikit sumbangan kepada orang Susah Dan sakit.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.








Source

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semu…


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat serta seluruh umat Islam di Malaysia. Saya banyak belajar sepanjang bulan puasa ini, edar kurma berjumpa kebanyakan orang. Sokongan kata-kata semangat akan menguatkan lagi usaha kita untuk membina negara ini dengan lebih baik lagi. Kesempatan berbuka puasa bersama rakan2 Islam juga membuatkan saya rasa betapa perlunya perpaduan dan rasa kita semua bersaudara tanpa mengira agama dan bangsa. Kita harus tetapkan semangat kita ke arah perubahan.

Salam Hijau. Salam Aidilfitri.




Source