Agihan sayuran diteruskan pada hari ini….

Agihan sayuran diteruskan pada hari ini. 4 ribu kilogram sayuran telah dihantar kepada lebih seribu keluarga di kawasan Pelangai.

Proses mengasing, membungkus dan mengagihkan lebih seribu beg sayuran bukanlah tugas mudah. Apatah lagi memerlukan kerja keras dan berkorban keringat pada cuaca yang panas ketika ini.

Apa yang paling menyentuh hati saya adalah apabila melihat mereka yang sebelum ini menerima sumbangan sayuran dua hari lalu kini pula berganding bahu menghulurkan bantuan membungkus dan mengagihkan sayuran berkenaan kepada keluarga di kawasan Pelangai. Rakan kami yang beragama Islam juga tidak terkecuali untuk bersama-sama menolong walaupun pada bulan puasa.

Terima kasih kepada semua Ketua Kampung di kawasan Pelangai atas kerjasama yang diberikan, tidak lupa juga sukarelawan dari Manchis yang tidak kenal erti penat lelah dalam menjalankan tugas hari ini. Ini menunjukkan semangat #KitaJagaKita!

Pada tengahari, kami berjaya menyelesaikan agihan di semua kawasan kecuali dua tempat – FELDA Chemomou dan FELDA Sungai Kemahal. Diharapkan lebih banyak penyumbang dapat menyalurkan sumbangan agar kami dapat membuat agihan sehingga ke sempadan Negeri Sembilan.

Untuk yang ingin menyumbang :
【PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG】
PUBLIC BANK 3215046400

Sila hubungi 012-9621813/ 012-9721813 untuk sebarang pertanyaan.
———
Another batch of vegetables were distributed today. 4000 kgs were sent out to more than 1000 families in Pelangai.

Sorting, packing and distributing more than 1000 bags of vegetables were no small matter. It involved a lot of hardwork and sweat especially under such an extremely hot weather.

What touched me most was seeing those who have received our vegetables packages two days ago coming out today to help with the packing and distribution for families in Pelangai. Our Muslim friends have also came forward, though it’s puasa month.

Thank you to all the Ketua Kampung from Pelangai for their cooperation and all the volunteers from Manchis who have worked tirelessly today. This is truly the spirit of #KitaJagaKita!

By afternoon, we’ve covered all the areas except two – Felda Chemomoi and Felda Sungai Kemahal. Hopefully more funds will come in this week and we will push all the way til the Negeri Sembilan boundary.

To donate, please bank-in to :
[PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG]
Public Bank 3215046400

Enquiries : 012-9621813/ 012-9721813

#ParlimenBentong





Source

Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan ra…

Ini detik di mana politik wajar diketepikan dan kebajikan rakyat diberi keutamaan.

Saya dimaklumkan oleh Pegawai Daerah Bentong, Dato' Mohd Zulkifli Hashim bahawa peruntukan seribu pek bakul makanan bagi Parlimen Bentong telah tiba. Beliau telah meminta saya menyenaraikan nama penerima yang berada dalam kesusahan.

Berkesempatan singgah di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bentong semalam. Sememangnya petugas JKM sedang menghadapi cabaran besar kerana kekurangan tenaga kerja dalam waktu kritikal seperti sekarang. Namun mereka masih bertungkus-lumus memastikan agihan bekalan makanan dapat dijalankan dengan lancar. Syabas diucapkan atas usaha mereka.

Saya berharap pek bekalan makanan dapat diserahkan kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin.

Pihak pejabat saya juga sedia membantu semampu mungkin jika diperlukan.

"We do what we can."

#KitaJagaKita
#Bentong


Source

[Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab ki…


[Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai pengundi yang bijaksana, dengan memilih Pakatan Harapan.

Bagi penduduk Bentong yang berada di kota mahupun di luar negara, #balikundi kerana undi anda amat bernilai. Langkah ke Putrajaya bermula dengan undi anda.

9 Mei ini, undi Wong Tack sebagai Ahli Parlimen Bentong dan #teambinaharapan sebagai ADUN anda bagi Bilut (Lee Chin Chen) , Ketari (Young Syefura), Sabai (Kamache Doray Rajoo) dan Pelangai (Norhaizan Binti Abu Hassan) dengan memilih #keadilan!

#undikeadilan
#pakatanharapan
#teambinaharapan
#wongtack4bentong


Source

Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu


PRU ini PANGKAH MATA, sebab DACING TIPU!!! [Admin]

Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu

‘Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu’

PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini.

Menyertai ceramah HARAPAN di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pendang Daim mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan mengundi BN.

Sebaliknya kata Daim, mereka mesti mengundi ‘mata’ – merujuk kepada simbol PKR yang disepakati oleh HARAPAN menjadi logo bersama mereka sempena PRU kali ini.

“Pangkah mata, jangan pangkah dacing (BN) sebab dacing tu tipu. Kemudian pada 10 hari bulan nanti, kita akan ada sebuah kerajaan baru,” katanya di depan hampir 100 orang yang berada di program berkenaan.

Pendang ialah sebuah kerusi yang dianggap berpotensi untuk dimenangi HARAPAN walaupun sejarah menunjukkan pemenang di kerusi parlimen itu bertukar-tukar di antara BN dan PAS.

Suatu ketika ia pernah diduduki Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebelum beliau meninggal dunia.

Pada PRU ke-13 Pendang dikuasai BN melalui Datuk Othman Abdul. Pada 9 Mei ini Othman berdepan cabaran tiga calon lain iaitu Wan Saiful Wan Jan (HARAPAN), Awang Hashim (PAS) dan Abdul Malik Manaf (bebas).

Di peringkat DUN pula, HARAPAN diwakili Mohd Firdaus Jaafar (Tokai) serta Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).

Untuk rekod Daim ialah antara tokoh yang rapat dengan Dr Mahathir dan menduduki jawatan menteri kewangan hasil lantikan pengerusi HARAPAN itu.

Kedua-dua mereka juga berasal dari Kedah.

Sekarang barang naik

Kata Daim ekonomi negara di bawah Dr Mahathir juga berkembang dengan baik berbanding apa yang berlaku semasa zaman Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga secara bersahaja memberikan ‘makna baru’ buat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijanjikan HARAPAN bakal hapus jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

“GST ni sebenarnya (singkatan) government sudah tipu.

“Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) pernah kata harga barang akan turun kalau GST dilaksanakan. Ada turun (harga) tak?

“Tunjuk satu barang yang turun. Yang turun ialah harga getah, yang turun pendapatan rakyat,” katanya.

Justeru kata Daim, 80, pada PRU lapan hari lagi pengundi tidak boleh membuat kesilapan kerana ia akan membawa masalah kepada generasi akan datang.
Beliau juga banyak berjenaka dan orang ramai jelas terhibur dengan apa yang disampaikannya.

Antaranya Daim mengaitkan pilihan raya ini dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Sekarang orang kata BN ni ialah barang naik.

“Sekarang ni orang kata kalau undi BN, maksudnya undi siapa? Undi bini Najib,” katanya.

Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

Source