Memenuhi jemputan ke pelancaran ‘Janda Baik Top 30 Attractio…


Memenuhi jemputan ke pelancaran ‘Janda Baik Top 30 Attractions’ Ahad lepas.
[Admin]











1/7/18 Ahad

Menghadiri pelancaran ‘Janda Baik Top 30 Attractions’ bersama Ahli Parlimen Bentong, YB Wong Tack. Ini adalah inisiatif Persatuan Pengusaha Resort/Chalet/Homestay Janda Baik dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan di Janda Baik. Agenda pelancongan di Ketari dan Bentong merupakan agenda utama bagi saya dan YB Wong Tack.

#YoungBersama
#VisitJandaBaik
#VisitBentong

Source

Saya sedang menuju ke Sertik dengan seku…


Saya sedang menuju ke Sertik dengan sekumpulan sukarelawan untuk lawatan rumah ke rumah. Kami menyumbang barangan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan dan mengambil kesempatan untuk mendengar setiap cerita mereka.

Dalam perjalanan ke sana, kami berhenti untuk makan tengahari di sebuah warung. Pembantu warung tersebut datang berbual dengan kami. Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang janda dan bertanya sama ada kita hanya membantu kumpulan orang tertentu, di mana kita menjawab, “Kami membantu semua.” Kami telah menghulurkan sedikit sumbangan barangan kepadanya dan dia menerimanya dengan penuh bersyukur. Dia kemudian memberitahu kami tentang seorang balu lain yang tinggal tidak jauh dari warung itu yang amat memerlukan bantuan. Walaupun sudah berada di belakang jadual, kami memutuskan untuk bertemu dengan wanita ini.

Ketika kami tiba, seorang wanita bersaiz kecil berusia 50-an, cacat, menyeret badan dengan tangannya, dengan gembira menyambut kami di pintu. Beliau berkongsi kisahnya. Enam tahun yang lalu, semasa bangun pagi, beliau mendapati dirinya tidak dapat bergerak dan anggota badannya sudah bentur . Hingga hari ini, beliau menanggung kesakitan dan kesukaran dalam kehidupan sehariannya. Beliau juga tidak banyak makan selama beberapa hari ini kerana bekalan beras sudah habis. Walau bagaimanapun, beliau amat gembira dengan kunjungan kami, tetapi, pada masa yang sama mengakui dengan perasaan sedih bahawa sepanjang Raya, tiada seorang pun datang melawatnya.

Bila tiba masanya untuk kami semua minta diri, beliau memegang tangan saya dan mengucapkan terima kasih. Ayat-ayat terakhir yang dilafazkan oleh beliau masih berdering kuat di kepala saya – “Saya hanya ada satu permintaan. Saya harap dapat berjalan semula. Tolonglah….”

Oleh itu, jika anda kenal sesiapa yang sudi membantu wanita ini – chiropractor, ahli fisioterapi, tukang urut , akupunktur, doktor, sensei, sifu, dll-, sila hubungi / PM saya.

Yang ikhlas,
Wong Tack




Source

Menghadiri jamuan raya di Akis Corner Ke…


Menghadiri jamuan raya di Akis Corner Ketari bersama kawan-kawan dari Amanah. Kita akan bersiap sedia untuk menewaskan BN pada PRU 14.

与政贤和诚信党友人在吉打里Akis Corner出席开斋节茶会,我们誓言在第十四届大选击败国阵,实现改朝换代的梦想。




Source

Lynas, jangan ingat kamu boleh masuk ke …


Lynas, jangan ingat kamu boleh masuk ke negara kami dan musnahkan alam sekitar, kehidupan serta kesihatan anak2 kami. Kami akan tentang kamu habis-habisan!

Ini perjalanan kita,
Ini perjuangan kita,
Ini tentang hidup anak-anak kita,
Ini perlu penglibatan semua dari kita.

Pilihan di tangan kita. Salam HIJAU!




Source