Persiapan terakhir Kempen Air Bersih – Sejuta Pokok ‘999 @ Bentong’.
Tarikh : 18 November 2018 (Ahad)
Masa : 6 pagi
Tempat berkumpul : Dataran Bentong
Jumpa esok !
– admin –
[vid_url]
Source
黄德部落格 Wong Tack Blog
Persiapan terakhir Kempen Air Bersih – Sejuta Pokok ‘999 @ Bentong’.
Tarikh : 18 November 2018 (Ahad)
Masa : 6 pagi
Tempat berkumpul : Dataran Bentong
Jumpa esok !
– admin –
[vid_url]
Source
KEMPEN AIR BERSIH – SEJUTA POKOK
‘999 @ Bentong’
Air nadi hidup.
Air bersih adalah landasan ekosistem/alam sekitar dan masyarakat sihat serta ekonomi yang mantap. Melindungi sumber bekalan air dan memastikan kualiti air minum yang bagus harus menjadi kewajiban semua.
Oleh kerana pokok memainkan peranan penting dalam melindungi kualiti serta sumber bekalan air, kami membawa inisiatif Kempen Air Bersih – Sejuta pokok – ‘999@Bentong’.
Pada 18hb November 2018, 999 pohon anak pokok akan ditanam sepanjang tebing Sg Perting dan kawasan sekelilingnya. Sg Perting membekalkan air kepada 50,000 penduduk Bentong. Ia juga merupakan tempat tadahan air. Sekiranya kita dapat melindungi Sg Perting, kita dapat memastikan bekalan air bersih bukan sahaja untuk orang Bentong tetapi juga penduduk Lembah Kelang juga.
Kempen ini adalah sebuah kempen yang inklusif yang mengalu-alukan sokongan semua. Oleh itu, kami ingin menjemput semua badan-badan bukan kerajaan, jabatan dan agensi kerajaan serta orang ramai untuk mengambil bahagian sebagai SATU KELUARGA untuk membina masyarakat penyayang alam sekitar. Anggaplah aktiviti ini sebagai HARI KELUARGA. Bawalah ahli-ahli keluarga, termasuklah anak-anak dan kawan-kawan.
Untuk mengambil bahagian sila isikan Borang Penyertaan dan kembalikan kepada sam509harapan@gmail.com.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Samantha/ Reena di talian 09-221 1813.
atau Whatsapp 012-972 1813.
#KempenAirBersih
#SejutaPokok
#wongtack
#Bentong
[vid_url]
Source
Kami akan lancarkan kempen #BebasMaria #MansuhSOSMA malam Jumaat jam 8 malam. Sila hadir ke Perpustakaan Petaling Jaya untuk menunjukkan sokongan anda kepada Maria Chin Abdullah yang masih ditahan di bawah akta zalim SOSMA.
Vigil solidariti di Dataran Merdeka akan dibatalkan Jumaat ini sahaja. Kita akan teruskan pada hari Sabtu.
156 people interested
Source
Kenyataan Media pada 22 Mac 2015
Petaling Jaya – Kempen Satu Juta Tandatangan Bebaskan Anwar secara rasminya dilancarkan hari ini, dengan sasaran mendapatkan satu juta tandatangan sebelum 1 Mei 2015, untuk memohon pengampunan Anwar Ibrahim oleh Yang Di Pertuan Agong.
Jawatankuasa juga mengumumkan bahawa satu ‘mock up’ penjara akan didirikan di depan penjara Sungai Buloh dan 100 orang pemimpin masyarakat akan diminta untuk tinggal di dalamnya selama 24 jam untuk mengetahui rasa kehilangan kebebasan.
Pengerusi kempen dan pemimpin gerakan mahasiswa Fahmi Zainol mengatakan, banduan teraniaya (prisoner of conscience) Anwar Ibrahim yang berusia 67 tidak melarikan diri ke luar negara, sebaliknya beliau memilih untuk menghadapi penindasan politik dan dihumban ke penjara. Sebab itu rakyat Malaysia juga perlu teguh mempertahankan prinsip keadilan dan demokrasi, memberi sokongan kepada kempen bebaskan Anwar.
“Saya menyeru semua rakyat, NGO dan pertubuhan komuniti menyokong kempen tandatangan inisiatif rakyat ini, sila melayari laman web http://freeanwarpetition.blogspot.com/ untuk muat turun borang tandatangan. Setiap orang cuma perlu mengutip 10 tandatangan, seterusnya faks ke 03-79549202 atau hantar ke emelfreeanwarpetition@gmail.com atau hantar ke alamat sekretariat No 11, Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor”
Fahmi berkata demikian di sidang media di pejabat Badan Amanah TBH demi Demokrasi. Penasihat kempen A. Samad Said dan Wong Tack, anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah turut menghadiri sidang media.
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack menekankan, masa sekarang adalah masa kesulitan negara kita, pemenjaraan Anwar dan tahanan pemimpin politik dan NGO berturutan menyebabkan ‘set back’ demokrasi. Rakyat yang bertanggungjawab mesti berdiri mempertahankan keadilan dan demokrasi.
“Kami menolak label ahli politik, kami tidak menyokong mana-mana parti politik, yang kami menyokong ialah nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia, yang kami bantah ialah penindasan politik”
Wong Tack menambah, kempen tandatangan perlu menggunakan borang cetak, ia bertujuan menjalankan pengutipan tandatangan dengan kaedah lebih terbuka, melalui proses lobi lebih ramai rakyat akan menyedari dan memahami tanggungjawab mereka sendiri. Kempen ini akan memperkasakan dan menggalakkan rakyat untuk mengambil tindakan aktif bagi mengatasi masalah mereka, pada jangka masa panjang ia akan memanfaatkan proses pembinaan masyarakat demokrasi.
“Ini adalah satu inisiatif rakyat, semua rakyat yang bertanggungjawab dari desa ke Bandar harus mendepani cabaran pada momen kritikal ini.” Wong berkata.
Penandatangan individu kempen ini:
1. Wong Tack
2. A. Samad Said
3. Fahmi Zainol
4. S. Ambiga
5. Maria Chin Abdullah
6. Toh Kin Woon
7. Jannie Lasimbang
8. Thomas Fann
9. Chow Yu Hui
10. Adam Adli
11. Mandeep Singh
12. Bang Seet Ping
13. Yusmadi Yusoff
14. Ng Yap Hwa
15. Lim Joo
16. Siah Kwong Liang
17. Ray Ng Yun Long
18. S.Barathidasan
19. Clement Low
20. M. Vivek
21. Lee Chiun Min
22. Lai Yak Guan
23. Ibrahim
24. Ooi Chen Lin
Penandatangan Pertubuhan kempen ini:
1. Himpunan Hijau
2. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
3. Anak Muda Harapan Malaysia
4. ENGAGE
5. KLSCAH Youth Section
6. LENSA Anak Muda Malaysia
7. MIPAS
8. SHIELD
9. KL Tak Nak Insinerator
10. Perak Green Pioneers
11. Rights Foundation
12. Old Pa Old Ma Reform movement
“Kempen penjagaan alam sekitar bukan sahaja tanggungjawab Himpunan Hijau, tapi adalah tanggungjawab semua RAKYAT!” – Mat Sabu
Pengumunan aktiviti pasukan kempen Wong Tack akan di muat naik disini, sila ikuti pengumunan terkini kita disini. Sila Share Info kita kepada kawan-kawan anda. We will update our activities anouncement at this album, please follow us.Please tell others and share our announcement. 我们将通过这相簿发布所有活动预告,敬请留意并分享我们的活动预告。Terima Kasih, Thanks, 谢谢。