Ketika saya melawat FELDA Mempaga Satu m…

Ketika saya melawat FELDA Mempaga Satu minggu lalu, saya telah dimaklumkan oleh Tuan Pengurus Rancangan, En. Nazri Che Musa bahawa mereka telah menubuhkan pusat agihan makanan asas untuk mereka yang memerlukan di kawasan berkenaan dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Mempaga Satu.

Saya amat kagum dengan usaha murni mereka. Sebagai tanda sokongan, pejabat saya telah menyerahkan bantuan untuk pusat berkenaan pada hari ini.

Oleh yang demikian, kepada penduduk Mempaga yang ingin bantuan makanan bolehlah terus ke pusat berkenaan.

Saya turut berkesempatan menziarah taman perumahan berdekatan di mana didiami ramai generasi kedua FELDA yang rata-rata juga anak peneroka. Ramai antara mereka yang berpendapatan harian terkesan akibat PKP. Saya secara peribadi menyerahkan beberapa pek bungkusan makanan asas kepada keluarga yang terjejas.

Turut bersama saya pada hari ini adalah ADUN Ketari, YB Young Syefura Othman.

Bersamalah kita lakukan yang terbaik untuk rakyat.

#KitaJagaKita





Source

Melawat JKM Bentong dan berbincang dengan pengarah berhubung…


Melawat JKM Bentong dan berbincang dengan pengarah berhubung cara untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran Kg Repas. 昨天与政贤和菈菈到文冬福利局与其总监讨论如何协助力巴士火灾的灾民。





昨天到文冬福利局和局长利娅那开会商讨力巴士大火灾事宜。

他向我们汇报已经将日用品及援助金发放给灾民,并将会持续关注灾民的情况。

我们也将在网络筹款运动截止后与福利局合作安排分配所筹获的款项。

感谢福利局在发生火灾后迅速的展开救灾工作,协助灾民度过难关。

Source