KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MTIB KE ATAS MENTERI BESAR PERAK…

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MTIB KE ATAS MENTERI BESAR PERAK

Petaling Jaya, 26 Mac.- YB Tuan Wong Tack, Pengerusi MTIB telah membuat kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak bertempat di Royal Chulan Damansara, Mutiara Damansara.

Kunjungan ini antara lain ialah…






[vid_url]

Source

Urgent: 15 orang termasuk Wong Tack selaku Pengerusi Himpuna…


Urgent: 15 orang termasuk Wong Tack selaku Pengerusi Himpunan Hijau dan Ahli Parlimen Bentong serta Hew Kuan Yau telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram dan menimbulkan kekacauan.

Hukuman denda yang dikenakan ke atas 15 orang adalah dari RM 1000 hingga RM1500, dengan jumlah sebanyak RM24 ribu. Mereka dikehendaki membayar denda sebelum dilepaskan dan akan masuk ke penjara selama 40 hari sekiranya denda tidak dibayar.

Himpunan Hijau adalah sebuah NGO. Tabung Himpunan Hijau telah hampir dihabiskan bagi Kempen Bantah Lynas dan juga kos perbelanjaan berdepan ke makhamah.

Maka, Himpunan Hijau menyeru kepada orang ramai agar menderma kepada 15 orang pahlawan hijau tersebut yang berani.

Sila derma ke:
Wong Tack, Ooi Boon Seng, Phua Kia Yaw(Joint Account Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari Himpunan Hijau)
Public Bank
3177376616

Selepas menderma, sila pm melalui Facebook kepada m.me/wongtack

Himpunan Hijau 2.0


Source

Kenyataan pengerusi Himpunan Hijau Wong …


Kenyataan pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack pada 14 Dis 2017 mengenai iklan Lynas di akhbar The Star.

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack mengutuk iklan Lynas Corporation Ltd sebanyak tiga setengah muka surat di akhbar The Star yang menyifatkan nadir bumi sebagai hadiah semulajadi, kerana ini membawa agenda untuk mengelirukan orang awam tentang pengancaman kilang Lynas terhadap negara.

Wong berkata, kerajaan memutuskan bahawa Lynas perlu mengemukakan pelan dan lokasi Tapak Pelupusan Kekal (PDF) sebelum Lesen Operasi Tetap (POL) dikeluarkan. Namun begitu, tanpa mematuhi syarat penting ini, Lynas telah pun diluluskan lesen oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) meskipun terdapat bantahan keras daripada rakyat Malaysia.

Iklan di akhbar The Star cuma satu publisiti Lynas, ianya langsung tidak menjawap isu teras yang ditanya-tanya rakyat. Di samping itu, publisiti Lynas juga bercanggah dengan kenyataan Pengerusi MCA Liow Tiong Lai yang sebelum ini menegaskan bahawa sisa buangan harus dibawa keluar dari negara. Sekiranya tidak, lesen akan ditarik balik dengan segera.

Apa yang dilihat sekarang, Lynas gagal mengemukakan lokasi Tapak Pelupusan Kekal, tidak pernah mengumumkan kaedah pengurusan sisa buangan. Cara pengendalian sebegini memperolehi lesen operasi tetap, tidak diambil tindakan seperti yang dijamin Menteri, ini amat tidak munasabah.

Wong menyeru Lynas hentikan publisiti yang tidak berkenaan, serta mengumumkan kaedah pengurusan sisa buangan dan lokasi tapak pelupusan kekal. Sekiranya tidak, kerajaan harus batalkan lesen operasi tetap Lynas dengan serta merta.

Wong Tack
Pengerusi Himpunan Hijau




Source

Kenyataan media Wong Tack, Pengerusi Pak…


Kenyataan media Wong Tack, Pengerusi Pakatan Harapan Bentong:

Meningkatkan usaha menembusi kawasan luar bandar,
PAKATAN HARAPAN BENTONG menambah tiga lagi jawatan naib pengerusi

1. Pengerusi Pakatan Harapan Bentong, Wong Tack, mengumumkan bahawa untuk mencerahkan harapan mencapai kemenangan dalam kawasan luar bandar terutamanya kawasan melayu, Pakatan Harapan Bentong merombak pucuk pimpinan parti dengan menambah tiga orang naib pengerusi dari Amanah, PPBM dan DAP. Pakatan Harapan Bentong akan menggembleng tenaga untuk menembusi kawasan pedalaman yang dianggap sebagai kubu kuat Barisan National agar dapat memenangi kerusi parlimen Bentong.

2. Tiga orang naib pengerusi baharu yang dilantik adalah seperti yang berikut:

– Ashraf Mustaqim (Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bentong)
– Ustaz Adnan (Ketua Parti Amanah Bentong)
– Young Syefura (Naib Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan)

3. Wong Tack mengatakan bahawa tiga orang naib pengerusi Pakatan Harapan yang sedia ada terdiri daripada tiga orang ADUN dalam Parlimen Bentong, iaitu ADUN BILUT CHOW YU HUI, ADUN KETARI LEE CHIN CHEN dan ADUN SABAI Kamache Doray Rajoo.

Berikutan pelantikan tiga orang naib pengerusi yang baharu, Pakatan Harapan Bentong akan dapat memperkemas serta meningkatkan keefisienan pembahagian kerja di semua kawasan pilih raya dalam kawasan Parlimen Bentong.

4. Kunci kemenangan kawasan parlimen Bentong terletak di kawasan Felda dan luar bandar. Penambahan tiga orang naib pengerusi yang berasal daripada tiga parti komponen akan memudahkan Pakatan Harapan menyalurkan mesej perubahan kepada penduduk di kawasan tersebut yang selama ini merupakan kubu UMNO., sekali gus menumpaskan calon BN.

5. Komposisi pengundi dalam kawasan parlimen Bentong terdiri daripada 44% orang Melayu, 43% orang Cina, 10% orang India, dan 3% Orang Asli. Untuk menukar kerajaan, Pakatan Harapan tidak boleh bergantung pada undi daripada masyarakat Cina atau bandar sahaja. Pakatan Harapan mesti berusaha untuk memenangi undi daripada kaum lain baru dapat menempa sejarah dengan memenangi kerusi parlimen kawasan Bentong buat kali pertama.

Pimpinan Pakatan Harapan Bentong :

Pengerusi: Wong Tack (DAP)

Timbalan Pengerusi: Dasimah Zainuddin (PKR)

Naib Pengerusi:
Chow Yu Hui (ADUN BILUT-DAP)
Lee Chin Chen (ADUN KETARI-DAP)
Kamache Doray Rajoo (ADUN SABAI-DAP)
Ustaz Adnan (Ketua Amanah Bentong)
Ashraf Mustaqim (Pengerusi PPBM Bentong)
Young Syefura ( Naib Setiausaha DAP Wanita kebangsaan)

Setiausaha: Hafiz Chai (Amanah)

Bendahari: Kiu Hoon Sang (DAP)




Source