【admin】Kira-kira pukul 3 petang tadi, calon Pakatan Harapan …


【admin】Kira-kira pukul 3 petang tadi, calon Pakatan Harapan Parlimen Bentong Wong Tack telah disiasat oleh pihak polis di bawah Akta AntiBerita Tidak Benar 2018. Wong Tack telah memberikan kenyataannya selama satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Pihak polis telah memulakan siasatan terhadap Wong Tack akibat laporan polis oleh Pemuda MCA Wilayah Persekutuan. Atas tuduhan bahawa terdapatnya individu yang menjerit nama “Liow Tiong Lai” dalam siaran langsung halaman Facebook berkenaan insiden alamat Lau Hoi Keong, maka Pemuda MCA telah membuat laporan polis terhadap Wong Tack di bawah Akta tersebut.

Menurut Akta tersebut, sesiapa yang menyebarkan berita palsu akan dikenakan hukuman RM500,000.00 ataupun dipenjarakan sebanyak 6 tahun ataupun dikenakan kedua-duanya sekaligus.

Wong Tack telah menjelaskan kepada media bahawa beliau tidak pernah sesekalipun mempersoalkan kad identiti Liow Tiong Lai dalam proses penamaan calon. Wong Tack hanya menuntut Lau Hoi Keong untuk mengemukakan kad identitinya demi mengesahkan bahawa alamat kad identitinya adalah berlokasi di negeri Pahang.

Sesungguhnya pimpinan calon Pakatan Harapan Bentong telah ditindas oleh pihak penguatkuasa SPR dan UMNO BN sepanjang kempen PRU ini. Daripada insiden alamat calon BN DUN Ketari, dan perobohan papan iklan Pakatan Harapan sahaja, serta taktik BN yang memburukkan pihak lawan dalam sepanduknya sehinggalah penyiasatan terhadap Wong Tack di bawah Akta tersebut, semua ini menunjukkan bahawa UMNO BN semakin gentar.

Walaupun dizalimi, namun kami akan lawan tetap lawan demi rakyat!


Source

Santuni warga Felda Sg Kemahal petang tadi….Kebetulan bertemu dengan Zamri, ra…


Santuni warga Felda Sg Kemahal petang tadi….Kebetulan bertemu dengan Zamri, rakan seperjuangan saya dari dulu sampai hari ini. Walaupun beliau sudah tidak berkecimpung dalam arena politik, namun ia bukan sebab tidak peduli. Perjuangan tetap simpan di hati. Bila masa sampai kita tentu satu hati.

Met my comrade Zamri during my walkabout in Felda Sg Kemahal this afternoon. Although he’s no longer active in politics, but that doesn’t mean he doesn’t care anymore. The struggle for change is still close at heart. When the time comes, we will unite.

– Wong Tack.




Source