“Saya, Wong Tack setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan …


“Saya, Wong Tack setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat adalah dengan ini mengangkat sumpah dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian, dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”

Wong Tack 黄德
16.07.2018




Source

Memang banyak yang ingin saya lakukan untuk Bentong sejak be…


Memang banyak yang ingin saya lakukan untuk Bentong sejak beberapa tahun ini.

Akhirnya, berganjak masuk ke Pejabat Pegawai Daerah semalam untuk berbincang cara-cara untuk menjadikan Bentong sebuah tempat yang lebih baik.

There were so much I wanted to do for Bentong all these years.
Finally walked into the Bentong District Officer’s office yesterday to discuss how we can make Bentong better.


Source

Terdapat t 15 buah Kampung Baru Cina di Bentong. Saya hanya …



Terdapat t 15 buah Kampung Baru Cina di Bentong. Saya hanya kalah di Manchis pada PRU13. Semalam, buat pertama kalinya dalam 60 tahun, sebuah Bilik Gerakan PRU ditubuhkan di Manchis. Sambutan yang di terima daripada penduduk2 setempat amat baik sekali. Ada yang balik awal dari ladang hanya untuk menghadiri majlis perasmian Bilik Gerakan kami.
Angin Perubahan Rakyat Malaysia sudah tiba. Pada 509, saya yakin kita akan menyambut sebuah kerajaan yang baru.

文冬有 15 个新村。上届大选除了文积,我几乎得到文冬所有新村的多数票。
但是昨天,最具历史性的一刻就发生在文积。60多年走来,昨天文冬民主行动党成功在文积成立了第一间行动室!令我们感到惊喜的是,当地群众也对我们成立行动室一事,予以我们意料之外的热情回响。许多居民更是为了出席我们行动室的开幕仪式,而特意提前下班。

这届大选,全民海啸将要掀起。

我深信,乘着全民的改变之风,我们将迎来新政府新希望。

There are 15 Chinese New Village in Bentong. I won all in the last GE except Manchis.
Yesterday, for the first time in 60 years, a Bilik Gerakan is set up in Manchis. The support from the locals was way beyond our expectations. Some of them even came back early from their farms just to attend our launching ceremony.
The Malaysians Wind of Change is here. It is real. On 509, I’m confident we will usher in a new government.



https://www.facebook.com/wongtack/videos/1871656642866257/

Source

Salah satu sebab saya pilih untuk pulang…


Salah satu sebab saya pilih untuk pulang ke kampung saya.

Saya tidak ingin lihat orang-orang kampung saya hidup seperti zaman mak ayah saya dulu.

~Wong Tack, Anak Bentong.








Perkampungan orang asal di sungai gapoi terletak di dalam dun pelangai kawasan menteri besar Pahang.

Gotong royong gantikan atap rumah yang sudah lama ke kepada yang baru.
Oleh team jentera dun yang menamakan #gengcikgunab Dan sumbangan Mr Wong Tack kepada penduduk di sini.

Kerja amal sukarela ini bertujuan memastikan setiap warga Malaysia tidak kira apa bangsa berhak berkongsi sedikit sumbangan kerana orang asal di perkampungan ini .tidak di pandang oleh pihak kerajaan kerana jumlah mereka minoriti .sedangkan mereka juga ada lah pengundi di dalam dun pelangai .wakil rakyat mereka ada lah menteri besar Pahang.

Kehadiran # gengcikgunab dalam misi bantuan yang di ketuai pak atan Dan Mr Wong Tack sendiri yang sama2 berpadu tenaga untuk siapkan kerja2 disambut baik penduduk Dan juga tok batin .
Ucapan terima kasih yang tak terhingga
Diatas sumbangan kerana sebelum ini tidak ada program seumpana ini jelas tok batin.

#gengcikgunab
#sayasokongcikgu.

Source

Saya sedang menuju ke Sertik dengan seku…


Saya sedang menuju ke Sertik dengan sekumpulan sukarelawan untuk lawatan rumah ke rumah. Kami menyumbang barangan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan dan mengambil kesempatan untuk mendengar setiap cerita mereka.

Dalam perjalanan ke sana, kami berhenti untuk makan tengahari di sebuah warung. Pembantu warung tersebut datang berbual dengan kami. Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang janda dan bertanya sama ada kita hanya membantu kumpulan orang tertentu, di mana kita menjawab, “Kami membantu semua.” Kami telah menghulurkan sedikit sumbangan barangan kepadanya dan dia menerimanya dengan penuh bersyukur. Dia kemudian memberitahu kami tentang seorang balu lain yang tinggal tidak jauh dari warung itu yang amat memerlukan bantuan. Walaupun sudah berada di belakang jadual, kami memutuskan untuk bertemu dengan wanita ini.

Ketika kami tiba, seorang wanita bersaiz kecil berusia 50-an, cacat, menyeret badan dengan tangannya, dengan gembira menyambut kami di pintu. Beliau berkongsi kisahnya. Enam tahun yang lalu, semasa bangun pagi, beliau mendapati dirinya tidak dapat bergerak dan anggota badannya sudah bentur . Hingga hari ini, beliau menanggung kesakitan dan kesukaran dalam kehidupan sehariannya. Beliau juga tidak banyak makan selama beberapa hari ini kerana bekalan beras sudah habis. Walau bagaimanapun, beliau amat gembira dengan kunjungan kami, tetapi, pada masa yang sama mengakui dengan perasaan sedih bahawa sepanjang Raya, tiada seorang pun datang melawatnya.

Bila tiba masanya untuk kami semua minta diri, beliau memegang tangan saya dan mengucapkan terima kasih. Ayat-ayat terakhir yang dilafazkan oleh beliau masih berdering kuat di kepala saya – “Saya hanya ada satu permintaan. Saya harap dapat berjalan semula. Tolonglah….”

Oleh itu, jika anda kenal sesiapa yang sudi membantu wanita ini – chiropractor, ahli fisioterapi, tukang urut , akupunktur, doktor, sensei, sifu, dll-, sila hubungi / PM saya.

Yang ikhlas,
Wong Tack




Source