Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu


PRU ini PANGKAH MATA, sebab DACING TIPU!!! [Admin]

Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu

‘Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu’

PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini.

Menyertai ceramah HARAPAN di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pendang Daim mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan mengundi BN.

Sebaliknya kata Daim, mereka mesti mengundi ‘mata’ – merujuk kepada simbol PKR yang disepakati oleh HARAPAN menjadi logo bersama mereka sempena PRU kali ini.

“Pangkah mata, jangan pangkah dacing (BN) sebab dacing tu tipu. Kemudian pada 10 hari bulan nanti, kita akan ada sebuah kerajaan baru,” katanya di depan hampir 100 orang yang berada di program berkenaan.

Pendang ialah sebuah kerusi yang dianggap berpotensi untuk dimenangi HARAPAN walaupun sejarah menunjukkan pemenang di kerusi parlimen itu bertukar-tukar di antara BN dan PAS.

Suatu ketika ia pernah diduduki Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebelum beliau meninggal dunia.

Pada PRU ke-13 Pendang dikuasai BN melalui Datuk Othman Abdul. Pada 9 Mei ini Othman berdepan cabaran tiga calon lain iaitu Wan Saiful Wan Jan (HARAPAN), Awang Hashim (PAS) dan Abdul Malik Manaf (bebas).

Di peringkat DUN pula, HARAPAN diwakili Mohd Firdaus Jaafar (Tokai) serta Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).

Untuk rekod Daim ialah antara tokoh yang rapat dengan Dr Mahathir dan menduduki jawatan menteri kewangan hasil lantikan pengerusi HARAPAN itu.

Kedua-dua mereka juga berasal dari Kedah.

Sekarang barang naik

Kata Daim ekonomi negara di bawah Dr Mahathir juga berkembang dengan baik berbanding apa yang berlaku semasa zaman Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga secara bersahaja memberikan ‘makna baru’ buat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijanjikan HARAPAN bakal hapus jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

“GST ni sebenarnya (singkatan) government sudah tipu.

“Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) pernah kata harga barang akan turun kalau GST dilaksanakan. Ada turun (harga) tak?

“Tunjuk satu barang yang turun. Yang turun ialah harga getah, yang turun pendapatan rakyat,” katanya.

Justeru kata Daim, 80, pada PRU lapan hari lagi pengundi tidak boleh membuat kesilapan kerana ia akan membawa masalah kepada generasi akan datang.
Beliau juga banyak berjenaka dan orang ramai jelas terhibur dengan apa yang disampaikannya.

Antaranya Daim mengaitkan pilihan raya ini dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Sekarang orang kata BN ni ialah barang naik.

“Sekarang ni orang kata kalau undi BN, maksudnya undi siapa? Undi bini Najib,” katanya.

Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

Source

Salah satu sebab saya pilih untuk pulang…


Salah satu sebab saya pilih untuk pulang ke kampung saya.

Saya tidak ingin lihat orang-orang kampung saya hidup seperti zaman mak ayah saya dulu.

~Wong Tack, Anak Bentong.








Perkampungan orang asal di sungai gapoi terletak di dalam dun pelangai kawasan menteri besar Pahang.

Gotong royong gantikan atap rumah yang sudah lama ke kepada yang baru.
Oleh team jentera dun yang menamakan #gengcikgunab Dan sumbangan Mr Wong Tack kepada penduduk di sini.

Kerja amal sukarela ini bertujuan memastikan setiap warga Malaysia tidak kira apa bangsa berhak berkongsi sedikit sumbangan kerana orang asal di perkampungan ini .tidak di pandang oleh pihak kerajaan kerana jumlah mereka minoriti .sedangkan mereka juga ada lah pengundi di dalam dun pelangai .wakil rakyat mereka ada lah menteri besar Pahang.

Kehadiran # gengcikgunab dalam misi bantuan yang di ketuai pak atan Dan Mr Wong Tack sendiri yang sama2 berpadu tenaga untuk siapkan kerja2 disambut baik penduduk Dan juga tok batin .
Ucapan terima kasih yang tak terhingga
Diatas sumbangan kerana sebelum ini tidak ada program seumpana ini jelas tok batin.

#gengcikgunab
#sayasokongcikgu.

Source

Kami memanggilnya ‘Amuk’. Bukan sebab di…


Kami memanggilnya ‘Amuk’. Bukan sebab dia selalu mengamuk ler. Dia bukan sahaja menunggang basikal, tetapi juga adalah ‘Radio’ pasukan, ‘hailer’ sentiasa setia di sisi. Tidak kira di mana jua kami berada, selagi ada orang, akan terdengar suara Amuk lantang berteriak ‘Kita jumpa di Gebeng pada 622 untuk Tutup Lynas!!!”
Inilah AMUK tersayang kita :))

我們都叫他阿木,除了騎單車赶路,他必定隨身攜帶一個播音器,只要有人的地方都會聽到他的聲音,提醒大家622一起到關丹終結萊納斯廠。如此毅力,如此堅持,如此精神,加油!




Source