Selaku warden asrama Smk Sulaiman, Saya …

Selaku warden asrama Smk Sulaiman, Saya rasa relevan untuk up kan posting ni..
Orang berbudi Kita berbahasa, orang memberi tentunya Kita menghargai..
Posting penghargaan 💕

Terima kasih YB Wong Tack (MP Bentong) yang telah membiayai kos membaiki dan menggantikan bumbung asrama (tempat mandi, membasuh dan juga ampaian)
Tempat yang agak luas dan panjang, so Kos nya bukan kaleng-kaleng….

Sungguh kami hargai bantuan ini dan ianya akan menjadi kenangan yang baik2 untuk kami semua… Akan dikenang.

Ya la ini pun untuk keselamatan juga cz yang lama tu pun dah agak uzur.

Jumaat lepas YB Wong Tack umum then beberapa jam lepas tu terus hantar team untuk tengok2, then terus mula kerja dan alhamdulillah hari ni siap.

Pandangan sudut belakang dari Arena Brave Lion, asrama dah kelihatan cantik dan baru.

Again… Tq so much YB.

#smksulaiman #penghargaan #mpBentong #ybwongtack #asrama






Source

Urgent: 15 orang termasuk Wong Tack selaku Pengerusi Himpuna…


Urgent: 15 orang termasuk Wong Tack selaku Pengerusi Himpunan Hijau dan Ahli Parlimen Bentong serta Hew Kuan Yau telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram dan menimbulkan kekacauan.

Hukuman denda yang dikenakan ke atas 15 orang adalah dari RM 1000 hingga RM1500, dengan jumlah sebanyak RM24 ribu. Mereka dikehendaki membayar denda sebelum dilepaskan dan akan masuk ke penjara selama 40 hari sekiranya denda tidak dibayar.

Himpunan Hijau adalah sebuah NGO. Tabung Himpunan Hijau telah hampir dihabiskan bagi Kempen Bantah Lynas dan juga kos perbelanjaan berdepan ke makhamah.

Maka, Himpunan Hijau menyeru kepada orang ramai agar menderma kepada 15 orang pahlawan hijau tersebut yang berani.

Sila derma ke:
Wong Tack, Ooi Boon Seng, Phua Kia Yaw(Joint Account Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari Himpunan Hijau)
Public Bank
3177376616

Selepas menderma, sila pm melalui Facebook kepada m.me/wongtack

Himpunan Hijau 2.0


Source