Sehari selepas melalui detik malang pali…

Sehari selepas melalui detik malang paling hitam dalam sejarah negara ini, saya meluangkan masa di kebun sayuran organik HoHo kepunyaan adik saya, melakukan hobi saya selama ini – berkebun. Namun, walaupun cangkul tidak lekang dari tangan dan terus melakukan kerja, ternyata tidak dapat membuatkan saya lupa walaupun sedetik kejadian yang meruntun hati ini, yang berlaku begitu pantas sekali. Fikiran saya hanya tertumpu dengan mencari jalan bagaimana caranya untuk terus maju ke depan.

Tatkala sedang giat bercangkul, telefon bimbit berdering. Panggilan daripada seorang ibu. Beliau ingin mengongsi sebuah cerita. Sebuah cerita yang mengingatkan saya bahawa berputus asa itu bukanlah satu pilihan, walau sesukar mana pun dugaan yang menimpa.

Ibu tersebut menyatakan kepada saya, dia menghubungi anaknya untuk memaklumkan negara ini kini ditadbir sebuah kerajaan ‘pintu belakang’ yang ditubuhkan oleh golongan ‘pencuri’ dan ‘pengkhianat’. Anaknya seraya menjawab – “Ya ibu, saya juga tahu berita itu.”

Ibu berkenaan kemudian bertanyakan keadaan anaknya. Anaknya memberitahu yang pada waktu itu, dia berada di kolej, sedang mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya di sebuah kelas kosong, pada tengahari hari Ahad.

Ketika itulah ibu tersebut sedar bahawa berputus asa bukan satu keputusan yang boleh diterima. Anaknya dan rakan-rakan tetap meneruskan tanggungjawab mereka, menimba ilmu serta melakukan yang terbaik untuk merealisasikan impian mereka. Mereka menunjukkan azam, menggembleng tenaga bagi merebut masa depan yang lebih cerah. Maka, wajarkah dia, sebagai seorang ibu, melepaskan tanggugjawabnya begitu saja? Wajarkah perasaan sedih serta berputus asa yang menyelubungi dirinya digunakan sebagai alasan untuk tidak melindungi nasib dan masa depan anak-anak daripada dirompak? Anak-anak bergantung harap kepada kita. Berputus asa adalah satu tindakan paling tidak bertanggungjawab.

Ibu tersebut sedar yang keupayaannya juga terhad. Namun, dia tahu jika setiap ibu bapa, bakal ibu bapa juga semua lapisan pemimpin negara ini bergabung dan terus memberi komitmen untuk melindungi dan memelihara masa depan anak bangsa, perubahan yang diimpikan pasti menjadi kenyataan.

Ibu tersebut juga meyakinkan saya untuk tidak menyerah kalah. Saya berjanji untuk terus berjuang.

———
Spent the morning of the day after one of the blackest days in the history of our nation at Hoho organic vegetable farm, indulging in my favorite pastime – tilling the land. But all the ‘cangkul-ing’ could not take my mind off the heartbreaking events that had happened so quickly. The mind was constantly searching for a way to move forward.

Then my phone rang. On the other end of the line was a mother. She told me a story. A story that reminded me that giving out is not an option, no matter how tough the situation seems.

She told me that she called her young son to tell him that we now have a backdoor government, made up of thieves and traitors. Her 17 year-old son told her, “Yeah, I saw the news.”

She then asked her son what he was doing. He said he was at his college, studying with a few of his friends in one of the empty classrooms. It was a Sunday afternoon.

At that moment she realized she couldn’t give out. Her son and his young friends have carried out their duties. They were doing their best to realize their dreams. The children were doing their part to secure a good future for themselves. How could she, as a parent not do hers? How could she not do her best to protect their future from being robbed away? Our children depend on us. It would be irresponsible to give out.

The mother who called was aware that she has limited capacity. But she knew that if every parent or future parents and all responsible leaders of this nation commit fully to do everything they can to protect the future of our children, then the desired change will happen.

She urged me not to give out. I promised her I will not.


Source

Selepas terima banyak aduan daripada pen…

Selepas terima banyak aduan daripada penduduk-penduduk tempatan, saya dan YB Lee Chin Chen telah turun padang untuk meninjau sebuah operasi perlombongan pasir di Bilut. Pelanggaran syarat dan undang-undang oleh pelombong pasir tersebut begitu jelas dan berleluasa.

Apabila saya menyatakan kesalahan-kesalahan tersebut kepada taukeh lombong, beliau berkata, “Saya telah beroperasi begini untuk lebih 10 tahun. Apa masalahnya?”

Lantas saya jawab, “ Mungkin encik tak sedar kerajaan sudah ubah sejak 4 bulan lalu. Kita bukan nak halang anda cari makan. Kita cuma nak pastikan semasa cari makan tu, janganlah sampai jejaskan orang lain dan alam sekitar.”

Dalam pentadbiran baru ini, tidak ada ‘jalan belakang’ (back door). Seperti yang sering dikatakan oleh Tun M, segala yang dibuat mesti berlandaskan peraturan dan undang-undang.

Saya ingin mengingatkan pihak swasta dan pihak berkuasa agar jangan leka. Tidak ada kompromi dalam apa jua perkara jikalau kebaikan dan kesejahteraan rakyat tergugat. Rakyat akan sentiasa diutamakan!

————————————————————-

After receiving numerous complaints from the local community, I, together with YB Lee Chin Chen (ADUN Bilut) visited a sand mining operation in Bilut. The violations of law and regulations by the sand miner were so obvious and blatant.

As I pointed out the violations to the owner, he said to me, “I have been doing this for over 10 years. So, what’s the problem?”

I said, “It seems like you have not realized that the government has changed 4 months ago. We are not here to stop you from ‘cari makan’. We are here to ensure that your operations will not harm others and the environment.”

In this new administration, there’s no back door. As Tun M has said, everything has to comply with law and order .

I advise all businesses and authorities to buck up. When it comes to matters pertaining to the interest of the people, there shall be no compromise.

Rakyat akan sentiasa diutamakan!





[vid_url]

Source

URGENT! Selepas protes depan Sogo, Sdr A…


URGENT! Selepas protes depan Sogo, Sdr Adam Adli dan Cikgu Faris Musa telah ditangkap dan dihantar ke balai polis Jinjang. Sdr Nik Nazmi pun nyaris ditangkap. Sila hubungi balai 03-62572222 bagi tekanan dan gerakkan rakyat ke sana. Tk.




Source