Telah dijemput oleh Tuan Haji Sulaiman, …

Telah dijemput oleh Tuan Haji Sulaiman, SU Koperasi FELDA Mempaga Satu untuk bersama-sama menjayakan program jualan buah-buahan tempatan secara pandu lalu (drive through) bertempat di Stesen Minyak Petron FELDA Jaya Mempaga semalam.

Usaha ini dijana oleh Unit Buah-Buahan Koperasi FELDA Mempaga Satu bagi memasarkan buah-buahan dengan harga yang lebih murah memandangkan sektor pertanian terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Saya memuji usaha pihak pengurusan Koperasi FELDA Mempaga Satu kerana menjalankan inisiatif seperti ini yang dapat membantu pekebun kecil menjual hasil tanaman mereka. Langkah seperti ini harus dicontohi oleh semua pihak.

Syabas diucapkan kepada semua warga Koperasi FELDA Mempaga Satu atas program ini. Kepada penduduk FELDA Jaya Mempaga dan sekitar, marilah bersama-sama memberi sokongan dengan membeli buah-buahan yang disediakan.

#Kitajagakita
#Bentong





Source

Selaku warden asrama Smk Sulaiman, Saya …

Selaku warden asrama Smk Sulaiman, Saya rasa relevan untuk up kan posting ni..
Orang berbudi Kita berbahasa, orang memberi tentunya Kita menghargai..
Posting penghargaan 💕

Terima kasih YB Wong Tack (MP Bentong) yang telah membiayai kos membaiki dan menggantikan bumbung asrama (tempat mandi, membasuh dan juga ampaian)
Tempat yang agak luas dan panjang, so Kos nya bukan kaleng-kaleng….

Sungguh kami hargai bantuan ini dan ianya akan menjadi kenangan yang baik2 untuk kami semua… Akan dikenang.

Ya la ini pun untuk keselamatan juga cz yang lama tu pun dah agak uzur.

Jumaat lepas YB Wong Tack umum then beberapa jam lepas tu terus hantar team untuk tengok2, then terus mula kerja dan alhamdulillah hari ni siap.

Pandangan sudut belakang dari Arena Brave Lion, asrama dah kelihatan cantik dan baru.

Again… Tq so much YB.

#smksulaiman #penghargaan #mpBentong #ybwongtack #asrama






Source