Setelah menyerahkan sumbangan pek bungkusan makanan kepada f…

Setelah menyerahkan sumbangan pek bungkusan makanan kepada food bank FELDA Mempaga 1 tempoh hari, saya dimaklumkan sebuah food bank turut ditubuhkan di FELDA Mempaga 2. Pejabat saya telah menghantar pek bungkusan makanan, sumbangan daripada rakyat yang prihatin, kepada mereka semalam.

Saya juga mengambil peluang mengedar 30 pek bungkusan makanan kepada keluarga yang memerlukan di FELDA Mempaga 3.

Bersempena Ramadan, YB Rara juga mengambil peluang menyelitkan bungkusan kurma dalam semua pek bungkusan makanan tersebut.

#ParlimenBentong

Source

Program Sumbangan PKP Covid-19 anjuran P…

Program Sumbangan PKP Covid-19 anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bentong. Sebanyak 100 pek makanan asas telah diagihkan kepada penduduk yang miskin di Pelangai

在这行动管制令期间,文冬国会议员服务中心进行了一项扶贫计划。目前已经分发了100包的基本食品给Pelangai的贫困家庭

Source

KM rakam rasa terharu sumbangan RM1 juta…

KM rakam rasa terharu sumbangan RM1 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor

GEORGE TOWN – Sebagai tanda solidariti, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebentar tadi mengumumkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada negeri Pulau Pinang yang dilanda banjir paling teruk dalam sejarah ekoran tempias taufan Damrey.

Katanya, sumbangan tersebut turut disertai dengan jentera serta logistik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 300 sukarelawan.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri Selangor menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

“RM1 juta yang diberikan adalah untuk disumbangkan kepada keperluan mangsa-mangsa banjir di negeri ini… PBT bersama-sama jentera juga diarahkan untuk turun membantu di sini sebaik sahaja banjir reda,” katanya pada sidang media di Bilik Kawalan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dekat Komtar di sini tadi.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow; Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin; Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri, Wong Hon Wai; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan Darus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Ghazali Derahman dan Datuk Bandar MBPP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif.

Azmin dalam pada itu turut memuji Ketua Menteri yang memberikan komitmen selama 48 jam dalam menangani isu banjir yang berlaku di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Guan Eng ketika berucap menyatakan rasa terharu kepada sokongan yang ditunjukkan oleh Azmin bersama-sama rombongannya.

“Saya berasa terharu atas sokongan, simpati dan solidariti yang ditunjukkan oleh Azmin ke atas bencana yang berlaku di Pulau Pinang, dan apa yang berlaku dan diderita oleh rakyat di sini.

“Saya ucapkan terima kasih mewakili Kerajaan Negeri atas sokongan beliau (Azmin), sehingga beliau sendiri hadir ke Pulau Pinang, batalkan program-program lain untuk menunjukkan komitmen beliau,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Sehingga pukul 7 petang hari ini, Farizan memaklumkan bahawa seramai 3,573 mangsa berada di pusat pemindahan banjir seluruh negeri.

Azmin ketika hadir turut ditunjukkan paparan rakaman CCTV tempias taufan yang membadai sekitar pulau semalam.

Pautan video langsung : https://www.facebook.com/buletinmutiara/videos/1885312561486185/

Teks & Gambar: WATAWA NATAF ZULKIFLI
Video Langsung : ALVIE CHENG

Memberi sumbangan kepada golongan miskin…

Memberi sumbangan kepada golongan miskin dan orang kurang upaya di Felda Lurah Bilut selepas program di Kechara bersama Adun Bilut Chow Yu Hui, Adun Ketari Lee Chin Chen dan Pengerusi PKR Bentong Dasimah.

离开kechara后,到美律谷垦殖区进行新春施赠贫老活动,虽然还在农历新年期间,但我们施赠的对象不只局限在华裔,希望一点点心意能够帮到他们。

#奉献文冬

Source

Kami memerlukan SUMBANGAN Anda !…

Kami memerlukan SUMBANGAN Anda !

AFFIN BANK #1001-2015-1548
Nama Akaun : PERTUBUHAN GELOMBANG HIJAU KUANTAN
(mohon pm page admin selepas transaksi untuk penyelarasan akaun)

Ini perjalanan kita,
Ini perjuangan kita,
Ini tentang hidup anak-anak kita,
Ini perlu penglibatan semua dari kita !

#Red2Green Walk, Kuantan – Parlimen, 12-28 Mac

Ahli-ahli Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit :

1. Angkatan Belia Islam Pahang (ABIM Pahang)
2. Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM)
3. Health, Empowerment and Reforming Team (HEART)
4. Himpunan Hijau
5. HOSPIS Pahang
6. Kuantan Concerned Citizen
7. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
8. Pertubuhan IKRAM Malaysia Pahang (IKRAM Pahang)
9. Malaysian Nature Society (MNS)
10. Pejabat ADUN Beserah
11. Pejabat ADUN Semambu
12. Pejabat ADUN Tanjung Lumpur
13. Pejabat ADUN Teruntum
14. Pejabat Parlimen Indera Mahkota
15. Pejabat Parlimen Kuantan
16. Pertubuhan Gelombang Hijau Kuantan
17. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)
18. Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (PRO GUAM)
19. Jingga 13- Muafakat Ke Putrajaya
20. REFORMIS 98
21. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
22. Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAh Pahang)
23. Wakil Penduduk Bukit Goh
24. Wakil Penduduk Bukit Sagu
25. Wakil Penduduk Kg Kubang Badak, Jeram Beserah
26. Wakil Penduduk RTP Bukit Goh
27. Wakil Penduduk Taman Impian
28. Wakil Penduduk Kg. Padang

Source

Sumbangan manis “ABC” dari ibu muda Inta…

Sumbangan manis “ABC” dari ibu muda Intan yg dalam perjalanan pulang ke Kuantan.

“I 100% sokong you all. Kita sama2 berjuang untuk masa depan anak2 kita.” – Intan.

Intan, anda IBU YANG HEBAT 🙅🏻💪👍👊

#Red2Green
#stopbauxite
#savekuantan

Source