[admin] Pagi tadi, Wong Tack dan Lee Chin Chen mengunjungi r…


[admin] Pagi tadi, Wong Tack dan Lee Chin Chen mengunjungi rumah rakan-rakan dan memyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka di Lurah Bilut dan Mempaga. Semoga silaturahim sesama kita dapat dieratkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat ! ☺

今天早上和黄德一起到美律谷垦殖区和猛巴卡垦殖区拜访我们的穆斯林朋友,大家不分彼此共庆佳节。

祝所有穆斯林朋友开斋节快乐!









Source

【admin】Kira-kira pukul 3 petang tadi, calon Pakatan Harapan …


【admin】Kira-kira pukul 3 petang tadi, calon Pakatan Harapan Parlimen Bentong Wong Tack telah disiasat oleh pihak polis di bawah Akta AntiBerita Tidak Benar 2018. Wong Tack telah memberikan kenyataannya selama satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Pihak polis telah memulakan siasatan terhadap Wong Tack akibat laporan polis oleh Pemuda MCA Wilayah Persekutuan. Atas tuduhan bahawa terdapatnya individu yang menjerit nama “Liow Tiong Lai” dalam siaran langsung halaman Facebook berkenaan insiden alamat Lau Hoi Keong, maka Pemuda MCA telah membuat laporan polis terhadap Wong Tack di bawah Akta tersebut.

Menurut Akta tersebut, sesiapa yang menyebarkan berita palsu akan dikenakan hukuman RM500,000.00 ataupun dipenjarakan sebanyak 6 tahun ataupun dikenakan kedua-duanya sekaligus.

Wong Tack telah menjelaskan kepada media bahawa beliau tidak pernah sesekalipun mempersoalkan kad identiti Liow Tiong Lai dalam proses penamaan calon. Wong Tack hanya menuntut Lau Hoi Keong untuk mengemukakan kad identitinya demi mengesahkan bahawa alamat kad identitinya adalah berlokasi di negeri Pahang.

Sesungguhnya pimpinan calon Pakatan Harapan Bentong telah ditindas oleh pihak penguatkuasa SPR dan UMNO BN sepanjang kempen PRU ini. Daripada insiden alamat calon BN DUN Ketari, dan perobohan papan iklan Pakatan Harapan sahaja, serta taktik BN yang memburukkan pihak lawan dalam sepanduknya sehinggalah penyiasatan terhadap Wong Tack di bawah Akta tersebut, semua ini menunjukkan bahawa UMNO BN semakin gentar.

Walaupun dizalimi, namun kami akan lawan tetap lawan demi rakyat!


Source

Pagi tadi saya telah menghadiri majlis p…


Pagi tadi saya telah menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk Program Kebun Lestari Sekolah di Kota Kinabalu. Saya amat bangga dengan anda semua. Syabas kepada AJK ‘To Earth with Love’, guru2 dan pelajar2 yang telah melibatkan diri dalam program ini. Hadiah2 istimewa yang saya terima ini sememangnya adalah hasil titik peluh penuh kasih sayang anda semua. Teruskan usaha!

This morning, I attended the award ceremony for the Sustainable Gardening School Program in Kota Kinabalu. I am so proud of all of you. Well done to the Earth with Love committee, teachers and students who participated in this program! These wonderful gifts that I have received truly represents the joy in your hard work. Keep it up!




Source