Walaupun tewas, Wong Tack tidak pernah meninggalkan Bentong …


Walaupun tewas, Wong Tack tidak pernah meninggalkan Bentong selama 5 tahun ini.

Tanpa mengenal lelah, beliau gigih mengusahakan kawasan luar bandar.

Kaki Wong Tack telah menjejaki seluruh pelosok Bentong, tidak kiranya kawasan FELDA, perkampungan orang Asli, perladangan India mahupun kampung baru Cina.

Telinga Wong Tack sentiasa bersedia untuk mendengari cerita dan suara hati rakyat.

Negara semakin terjerumus, rakyat semakin terdesak, Wong Tack turut mengalami perasaan yang sama.

Segala ini mengukuhkan pegangannya, iaitu perUBAHan kerajaan adalah satu-satunya langkah yang boleh menyelamatkan negara dan menjadikan kehidupan rakyat lebih baik.

# Anda boleh melihat http://wongtack.com/ sekiranya ingin mengetahui perjuangan Wong Tack selama 10 tahun ini.









Source