Sepanjang lima tahun, Wong Tack tidak pernah meninggalkan Be…


Sepanjang lima tahun, Wong Tack tidak pernah meninggalkan Bentong.

Sebaliknya, dia masuk ke pinggir bandar, terus perjuangannya demi rakyat. Dia telah mengunjungi semua tempat di Bentong, setiap pinggir bandar mahupun setiap kawasan FELDA Bentong.

Dia berasa dukacita kerana kehidupan rakyat menderita.

Dia berasa marah kerana alam sekitar Bentong tercemar.

Walaupun lima tahun yang lalu, Wang Tack dikalahkan dalam PRU-13, tetapi dia tetap berusaha dengan gigih.

Walaupun tidak mempunyai sumber dan dana yang banyak bertanding dengan pesaingnya MCA, dia tetap tabah.

Wang Tack percaya, demi masa depan Malaysia yang lebih cerah dan demokrasi, kita perlu tukar kerajaan, dan undilah Pakatan Harapan.

Rakan-rakan Bentong , marilah balik rumah dan mengundi pada 9 Mei 2018, sokonglah Wong Tack!

#MeninggalRumahKeranaRezekiBalikRumahUntukMengundi


Source

Walaupun tewas, Wong Tack tidak pernah meninggalkan Bentong …


Walaupun tewas, Wong Tack tidak pernah meninggalkan Bentong selama 5 tahun ini.

Tanpa mengenal lelah, beliau gigih mengusahakan kawasan luar bandar.

Kaki Wong Tack telah menjejaki seluruh pelosok Bentong, tidak kiranya kawasan FELDA, perkampungan orang Asli, perladangan India mahupun kampung baru Cina.

Telinga Wong Tack sentiasa bersedia untuk mendengari cerita dan suara hati rakyat.

Negara semakin terjerumus, rakyat semakin terdesak, Wong Tack turut mengalami perasaan yang sama.

Segala ini mengukuhkan pegangannya, iaitu perUBAHan kerajaan adalah satu-satunya langkah yang boleh menyelamatkan negara dan menjadikan kehidupan rakyat lebih baik.

# Anda boleh melihat http://wongtack.com/ sekiranya ingin mengetahui perjuangan Wong Tack selama 10 tahun ini.









Source

RUU AntiBerita Tidak Benar Mencabuli Kebebasan …


RUU AntiBerita Tidak Benar Mencabuli Kebebasan
Wong Tack Seru Undi Pakatan Bina Harapan

BN Tetap Zalim, Rakyat Wajib Ubah

Kerajaan BN telah meluluskan usul persempadan semula dalam parlimen pada minggu lepas secara bengis tanpa menghiraukan suara bantahan tempatan mahupun antarabangsa demi mencuri keputusan pilihan raya yang akan datang. Sekali lagi ahli parlimen BN telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) AntiBerita Tidak Benar 2018 yang telah dikecam oleh pelbagai pihak pada hari semalam demi menjamin rejim Najib boleh terus bermaharajalela.

Wong Tack yang turut merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Bentong berkata definisi berita tidak benar (palsu) dalam RUU tersebut adalah kabur dan tidak diterangkan secara jelas. Hal ini telah membolehkan kerajaan berhak untuk mentafsirkan kesahihan sesuatu berita. RUU sedemikian bukan sahaja menyekat pihak media dan penerbit, malah sesiapa yang menyebarkan berita yang telah ditafsirkan kerajaan sebagai berita palsu akan didenda sebanyak RM500 ribu ataupun dipenjarakan sebanyak 6 tahun mahupun dikenakan kedua-dua hukuman tersebut sekaligus.

Wong Tack mengulas bahawa Majlis Peguam Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia dan Persatuan Penerbit Baharu dan Akhbar Dunia serta pertubuhan sivil lain telah membantah pelaksanaan undang-undang sedemikian yang berkemungkinan besar akan disalahgunakan oleh kerajaan. Hal ini disebabkan undang-undang tersebut bukan sahaja tidak mentakrifkan sesuatu secara jelas, malah bidang kuasa undang-undang ini juga membolehkan pihak media negara lain didakwa dan maka undang-undang ini adalah langsung tidak munasabah dan keterlaluan. Asalnya tahap kebebasan media negara kita sudah semakin menurun dan kelulusan RUU sebegini hanya akan menjadikan keadaannya bertambah teruk.

Wong Tack berujar, Malaysia merupakan negara pertama di sedunia yang meluluskan dan akan melaksanakan undang-undang anti berita palsu dan ini telah memberikan impak besar terhadap kebebasan bersuara rakyat serta operasi pihak media. Kerajaan harus berunding dan merujuk kepada pelbagai pihak yang berkenaan sebelum penggubalan undang-undang ini. Namun seperti lumrahnya, kerajaan UMNO BN telah meluluskan undang-undang ini dengan pantas sekali tanpa sebarang perbincangan yang menyeluruh. Jelasnya, kerajaan UMNO BN ingin menyampaikan mesej kepada semua pihak yang melawannya, khususnya pihak media luar yang melaporkan skandal 1MDB, bahawa rejim UMNO BN adalah bersedia untuk menggunakan segala taktik termasuklah menzalimi pihak media untuk memenangi pilihan raya yang akan datang.

“Tindakan jahat UMNO BN yang merompak hak rakyat demi membela rejim penyangak adalah amat menghampakan. Tidak lupa juga Ahli Parlimen Bentong, Liow Tiong Lai yang menyokong segala dasar zalim kerajaan UMNO BN dalam parlimen demi memenangkan rejim Najib. Walaupun rakyat menentang kuat kedua-dua persempadanan semula dan RUU tersebut, namun kerajaan BN tetap meluluskannya. Hal ini jelas mengilustrasikan bahawa kerajaan minoriti UMNO BN tidak lagi mempedulikan suara majoriti rakyat dan berniat untuk terus memerintah dengan bersenjatakan sistem pilihan raya yang tidak adil serta penggunaan undang-undang zalim”, kata Wong Tack.

Wong Tack menyatakan bahawa kerajaan UMNO BN tidak pernah mempedulikan suara rakyat dan hanya sibuk menindas rakyat selama 60 tahun ini, tidak kiranya dalam isu merosakkan alam sekitar seperti operasi kilang Lynas, persempadanan semula serta pelaksanaan undang-undang antiberita palsu.

Wong Tack menyeru semua rakyat bangkit UBAH demi menyelamatkan tanah air kita yang semakin terjerumus di bawah rejim UMNO BN. Ayuh mengundi calon Pakatan Harapan untuk menghancurkan kepimpinan rejim autokratik BN demi memulihkan sistem serta institusi kerajaan dan membina semula negara ini.


Source

Jika kita tidak hentikan perlombongan ba…


Jika kita tidak hentikan perlombongan bauksit di Kuantan dengan segera, satu hari nanti, anak cucu kita tak akan dapat walau segelas pun air yang selamat untuk diminum.

铝土矿作业必须立刻停止!否则,太迟了。
以后,孩子连要喝一口好水也没有!

– Wong Tack 黄徳




Source

Jika kita tidak hentikan perlombongan ba…


Jika kita tidak hentikan perlombongan bauksit dengan segera, satu hari nanti, anak cucu kita tak akan dapat segelas pun air yang selamat untuk diminum.

铝土矿作业必须立刻停止!否则,太迟了。
以后,孩子连要喝一口好水也没有!

– Wong Tack 黄徳




Source