Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu


PRU ini PANGKAH MATA, sebab DACING TIPU!!! [Admin]

Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu

‘Daim: PRU ini pangkah mata, sebab dacing tipu’

PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini.

Menyertai ceramah HARAPAN di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pendang Daim mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan mengundi BN.

Sebaliknya kata Daim, mereka mesti mengundi ‘mata’ – merujuk kepada simbol PKR yang disepakati oleh HARAPAN menjadi logo bersama mereka sempena PRU kali ini.

“Pangkah mata, jangan pangkah dacing (BN) sebab dacing tu tipu. Kemudian pada 10 hari bulan nanti, kita akan ada sebuah kerajaan baru,” katanya di depan hampir 100 orang yang berada di program berkenaan.

Pendang ialah sebuah kerusi yang dianggap berpotensi untuk dimenangi HARAPAN walaupun sejarah menunjukkan pemenang di kerusi parlimen itu bertukar-tukar di antara BN dan PAS.

Suatu ketika ia pernah diduduki Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebelum beliau meninggal dunia.

Pada PRU ke-13 Pendang dikuasai BN melalui Datuk Othman Abdul. Pada 9 Mei ini Othman berdepan cabaran tiga calon lain iaitu Wan Saiful Wan Jan (HARAPAN), Awang Hashim (PAS) dan Abdul Malik Manaf (bebas).

Di peringkat DUN pula, HARAPAN diwakili Mohd Firdaus Jaafar (Tokai) serta Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).

Untuk rekod Daim ialah antara tokoh yang rapat dengan Dr Mahathir dan menduduki jawatan menteri kewangan hasil lantikan pengerusi HARAPAN itu.

Kedua-dua mereka juga berasal dari Kedah.

Sekarang barang naik

Kata Daim ekonomi negara di bawah Dr Mahathir juga berkembang dengan baik berbanding apa yang berlaku semasa zaman Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga secara bersahaja memberikan ‘makna baru’ buat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijanjikan HARAPAN bakal hapus jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

“GST ni sebenarnya (singkatan) government sudah tipu.

“Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) pernah kata harga barang akan turun kalau GST dilaksanakan. Ada turun (harga) tak?

“Tunjuk satu barang yang turun. Yang turun ialah harga getah, yang turun pendapatan rakyat,” katanya.

Justeru kata Daim, 80, pada PRU lapan hari lagi pengundi tidak boleh membuat kesilapan kerana ia akan membawa masalah kepada generasi akan datang.
Beliau juga banyak berjenaka dan orang ramai jelas terhibur dengan apa yang disampaikannya.

Antaranya Daim mengaitkan pilihan raya ini dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Sekarang orang kata BN ni ialah barang naik.

“Sekarang ni orang kata kalau undi BN, maksudnya undi siapa? Undi bini Najib,” katanya.

Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

Source

CARA NAJIB TIPU ← Chedet


Cara NAJIB TIPU!

CARA NAJIB TIPU ← Chedet

CARA NAJIB TIPU

http://chedet.cc/?p=2842

1. Najib berada dalam keadaan cemas. Sentimen rakyat 90% menolak Najib. Mereka tidak akan undi BN dalam PRU 14.

2. Oleh itu sudah ternampak penipuan yang dilakukan dan akan dilakukan oleh Najib.

3. Demikianlah dunia percaya Najib akan tipu sehingga “The Economist” U.K. telah siar berita bertajuk Najib akan curi PRU 14 di Malaysia.

4. Apakah jenis penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib. Saya senarai dibawah penipuannya.

i. Senarai pengundi sudah diubah sehingga 4 juta tidak ada alamat yang penuh.

ii. Beratus pengundi mempunyai nama yang sama, umur sama tetapi tinggal di negeri-negeri berlainan.

iii. Hingga 70 pengundi memiliki alamat yang sama – iaitu tinggal di satu rumah – walaupun berlainan kaum. Apabila diselidik terdapat hanya 2 orang di rumah itu.

iiii. Pengundi pos dan pengundi awal bertambah hingga 1 juta. Cara mengundi pos tidak jelas dan terbuka untuk penipuan. Peti undi boleh disembunyi dari pemerhati parti lawan. Besar kemungkinan kertas undi ditambah.

v. Sempadan kawasan pilihanraya diubah supaya kaum-kaum diasingkan. Kononnya Melayu mudah disogok supaya mengundi BN. Mengikut Najib orang Cina sukar disogok. Ini dilihat dalam PRU 13.

vi. Pengundi terutama kakitangan Kerajaan ditakutkan dengan dakwaan kononnya Najib tahu siapa undi siapa. Pegawai dan kakitangan Kerajaan diberi amaran oleh Najib sendiri bahawa mereka mesti undi BN atau tindakan akan diambil terhadap mereka. Sebenarnya tiada siapa yang akan tahu siapa undi siapa apabila perkiraan dibuat.

vii. Bantuan wang kepada parti lawan disekat dengan tindakan oleh LHDN dan MACC menambah cukai atau membeku wang di bank supaya perniagaan tidak dapat diteruskan.

viii. Semua kawan-kawan pemimpin parti lawan ditegah berdekat dengan pimpinan parti lawan. Maka pemimpin parti lawan kehilangan semua kawan. Sudah tentu mereka tidak boleh bantu P.H.

Kontrak mereka, perniagaan mereka, hutang bank mereka akan dihentikan jika masih berjumpa pemimpin parti lawan. Tindakan-tindakan ini menentukan parti lawan tidak ada kewangan yang diperlukan untuk biayai pilihanraya.

Sebaliknya Najib memiliki banyak duit yang diselewengkan dari 1MDB dan lain-lain dana Kerajaan.

ix. Sogokan wang dan barangan kepada bakal pengundi dibuat secara terbuka oleh Najib dan UMNO sebab polis atau MACC tidak dibenar oleh Najib mengambil tindakan undang-undang.

x. Tempat mengundi ditukar tanpa diberitahu pengundi supaya apabila mereka pergi ke tempat mengundi biasa nama mereka tidak ada disitu. Tempat undi mereka dipindah jauh dari tempat tinggal pengundi. Dengan itu mereka tidak dapat mengundi. Hak mereka dicabul.

xi. Daftar pengundi baru disembunyi daripada parti lawan sehingga tidak dapat parti lawan berkempen dikalangan mereka.

xii. Pada kebiasaannya parti politik yang baru ditubuh didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan dengan segera. Tetapi permohonan gabungan parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan tidak dijawab setelah sembilan bulan berlalu.

Keadaan tidak menentu ini meletak Pakatan Harapan dalam keadaan serba salah. P.H. tidak dapat membuat persiapan sebagai sebuah parti dengan mengguna satu logo dan satu simbol baginya.

Jika diketahui P.H. tidak akan didaftar maka parti-parti dalam P.H. perlu guna 4 simbol sendiri. Ini akan mengelirukan pengundi berkenaan yang manakah simbol bagi parti-parti lawan yang bergabung dalam P.H.

xiii. Kononnya P.H. tidak dilulus pendaftarannya ialah kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah tidak mengikut perlembagaannya.

Ini disebut dalam ucapan ROS tetapi tidak disampaikan secara bertulis kepada PPBM. PPBM tidak dapat perbetulkan kesalahannya untuk mendapat kelulusan ROS.

Arahan mahkamah kepada ROS untuk jawab surat PPBM hanya menghasil surat dari ROS meminta tambahan maklumat yang sudahpun lama diberi oleh PPBM.

Di antara sebab-sebab yang banyak ialah kerana mesyuarat agung PPBM tidak mengikut perlembagaan.

PPBM mesti adakan mesyuarat cawangan dahulu. PPBM parti baru dan belum ada cawangan jauh sekali mengadakan cawangan yang disahkan oleh ROS

PPBM hanya dapat tubuh bahagian dan tidak semua diluluskan oleh ROS. Sebab itu PPBM terpaksa mengadakan mesyuarat agung PPBM dengan dihadiri oleh wakil bahagian yang dilulus sahaja. Ternampak jelas ROS hendak cari salah supaya P.H. tidak didaftar.

Sekarang ROS telah bubar sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya tidak boleh bertanding dalam pilihanraya.

Bermacam syarat dikenakan termasuk ditegah pamer gambar pengerusinya. Pembubaran selama 30 hari didapati sama dengan pilihanraya. Niat jahat Kerajaan dan ROS amat jelas.

Undi Pos.

5. Peraturan mengundi pos tidak jelas. Pengundi boleh undi di rumah dan hantar undinya kepada SPR. Tidak ada polling agen parti pembangkang mengawasi pengundi atau sesiapa lain semasa mengundi. Parti lawan tidak dapat mengetahui siapa yang mengundi, ke mana undi itu dihantar, siapa yang menyimpannya, di mana peti undi (jika ada) disimpan.

6. Pengundi pos juga disenarai dalam senarai pengundi biasa dan boleh mengundi secara biasa. Besar kemungkinan pengundi undi dua kali. Juga undi mungkin tidak dapat dirahsiakan; yang mana ini mendedahkan kepada ugutan tindakan tertentu oleh Kerajaan.

7. Amatlah jelas proses PRU 14 akan dipenuhi dengan aneka jenis penipuan oleh Najib. Ia tidak akan bersih. Benarlah Najib akan mencuri PRU ke -14.

8. Namun penipuan ini boleh dibantut oleh rakyat dengan keluar mengundi lebih dari 85% pengundi dalam tiap-tiap kawasan pilihanraya.

9. Dan sekarang hari mengundi ditetapkan pada hari Rabu, hari bekerja. Ini satu lagi cara Najib untuk sekat rakyat dari mengundi. Ya, semasa saya PM pernah hari mengundi ditentukan pada hari Isnin. Tetap diberi cuti pada hari itu.

10. Jangan takut.

11. Undi biasa di tempat mengundi adalah rahsia. Jika kelebihan mengatasi 10,000 bagi P.H., undi pos tidak akan mencukupi untuk disumbat ke dalam peti undi.

12. Jika disogok – ambil sahaja wang dan hadiah. Wang dan hadiah ini datang dari wang pengundi sebagai rakyat yang dicuri oleh Najib.

13. Pengundi tidak perlu terima kasih kepada Najib atau mengundi BN.

14. Jika disuruh bersumpah, bersumpahlah. Tetapi buat niat lain – niat untuk menolong P.H. Niat lebih diterima dari sumpah paksa yang dilafaz.

Source